Pembiayaan Mercedes-Benz lebih fleksibel dengan AgilityPlus

Pelanggan Mercedes-Benz Services Malaysia kini mempunyai kebebasan untuk menyesuaikan pelan Pembiayaan Agility mereka termasuk dengan insurans kenderaan komprehensif, Insurans Return To Invoice (RTI), Insurans Tayar dan Rim dan/atau pakej servis tambahan.

AgilityPlus menggabungkan beberapa penyelesaian penting untuk memberikan kemudahan, penjimatan dan perlindungan daripada perubahan harga pasaran. Ini termasuklah pilihan untuk melaraskan tempoh setiap pembiayaan, insurans dan pakej servis. Ia direka bagi memenuhi terhadap permintaan penyelesaian kewangan yang lebih fleksibel.

Pelopor pembiayaan automotif, Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd (Mercedes-Benz Services Malaysia) memperkenalkan AgilityPlus iaitu penyelesaian serba lengkap terkini oleh syarikat yang memberi pelanggan lebih kebebasan untuk menyesuaikan pakej untuk membiayai, melindungi dan menyenggarakan kenderaan Mercedes-Benz mereka yang dihargai dengan cara terbaik.

“Kami bertekad untuk menyokong gaya hidup pelanggan kami.  Untuk berbuat demikian Mercedes-Benz Services Malaysia menjangkaui sempadan pembiayaan konvensional. Strategi di sebalik portfolio kami yang berkembang kepada lebih RM2.3 bilion, ialah usaha memahami pelanggan terlebih dahulu dan menentukan keperluan mereka. AgilityPlus disediakan khas untuk individu yang inginkan nilai, manfaat tiada tandingan dan juga ketenangan fikiran,” kata Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Mike Ponnaz.

Dengan pakej AgilityPlus, pelanggan akan menikmati manfaat pelan Pembiayaan Agility yang tersendiri, iaitu pilihan fleksibel pada akhir perjanjian untuk menjelaskan atau melanjutkan kontrak, atau memulangkan kenderaan Mercedes-Benz mereka. Nilai Masa Depan Terjamin (GFV) ialah satu lagi ciri penting yang melindungi pelanggan daripada susut nilai, sambil membolehkan pelanggan menikmati ansuran bulanan lebih rendah.

Untuk menyempurnakan ciri-ciri ini, AgilityPlus memberikan pilihan kepada pelanggan untuk melengkapi pelan Pembiayaan Agility dengan tambah nilai menarik. Pelanggan bebas memilih satu, atau kombinasi ciri-ciri tambahan, yang terdiri daripada Insurans Kenderaan Komprehensif Mercedes-Benz, Insurans Tayar dan Rim, Insurans Return To Invoice (RTI) dan juga Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact atau Compact Plus). Kontrak servis dari Mercedes-Benz memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan semasa memandu, tanpa perlu bimbang tentang sebarang kerja pembaikan dan kos yang tidak diduga.

“Pelanggan menikmati tahap fleksibiliti lebih tinggi menguruskan aliran tunai dengan AgilityPlus kerana bayaran disusun menjadi ansuran. Kami merangka pakej untuk menggantikan bayaran sekaligus supaya pelanggan kini boleh menikmati penjimatan semasa pembelian. Dengan memilih Pakej Servis Mercedes-Benz, pelanggan menerima jaminan bahawa kenderaan Mercedes-Benz mereka disenggarakan oleh juruteknik terlatih dan berpengalaman, yang disokong oleh alat diagnostik terkini dan penggunaan alat ganti tulen yang terjamin. Kehadiran kami dapat dirasai di seluruh rangkaian kami yang luas dan memberikan jaminan kemudahan tambahan kepada pelanggan kami di seluruh negara,” jelas Ponnaz.

Dengan menawarkan penyelesaian tersendiri, AgilityPlus menghimpunkan beberapa penyelesaian penting setempat untuk meningkatkan kesenangan dan manfaat nilai tambah, pengalaman pelanggan bersama jenama menjadi semakin menarik. Tambahan lagi, pelanggan boleh memanfaatkan penjimatan kerana dilindungi daripada perubahan harga pasaran yang turun naik menerusi Nilai Masa Depan Terjamin dan Pakej Servis Mercedes-Benz.

Pelanggan juga bebas memilih tempoh setiap pakej pembiayaan dan insurans. Pilihan tempoh bagi Agility Financing, RTI dan Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact) adalah antara satu hingga lima tahun, manakala tempoh bagi Insurans Motor Komprehensif serta Tayar dan Rim ialah satu tahun (atas dasar pembaharuan). Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact Plus) adalah tambahan sekali sehaja.

Sebagai contoh, pelanggan yang ingin membiayai Mercedes-Benz GLC200 dengan pilihan Drive360+ selama lima tahun (20,000km setahun),  serta RTI 5 tahun, Insurans Motor Komprehensif Setahun (Compact Plus) serta Tayar dan Rim hanya perlu membayar RM 4,754 sebulan.

Baru-baru ini, MBSM telah memperkenalkan Kempen EQ Agility Care, yang berlangsung hingga 30 Jun 2018, sebagai pelengkap bagi produk EQ Power yang baru dilancarkan. Pelanggan Kempen EQ Agility Care, yang juga layak untuk menambah penyelesaian AgilityPlus, akan menerima penyelengaran dan servis kenderaan berjadual serta EQ Power pengecas wallbox dengan EQ Power C350 e atau E350 e bagi tempoh pemilikan dari satu hingga lima tahun.

Menerusi AgilityPlus, MBSM turut memperkenalkan kempen Performance Agility Care yang berlangsung dari 25 April hingga 30 Jun. Kempen ini menawarkan pembiayaan Agility bagi semua model Mercedes-Benz AMG 43 dan 45 bagi tempoh pemilikan dari satu hingga lima tahun, yang dilengkapi pakej servis dan merchandise AMG ekslusif.

Untuk maklumat lanjut mengenai AgilityPlus, sila layari www.mercedes-benz.com.my/AgilityPlus, hubungi pusat perkhidmatan pelanggan pembiayaan dan insurans Mercedes-Benz Services Malaysia di 1-800-88-1133, atau kunjungi mana-mana wakil penjual sah Mercedes-Benz.
cid:image002.png@01D3ECFF.AD7B7040

Petronas Sprinta SIC Junior Team kan beraksi di Le Mans hujung minggu ini

Para peserta Kejohanan Dunia Junior Moto3™ sekali lagi akan berpeluang untuk berlumba di litar Kejuaraan Dunia: iaitu litar legenda Circuit Bugatti Le Mans, hujung minggu ini seiring dengan  Kejohanan MotoGP™ Dunia HJC Helmets Grand Prix de France.

Pelumba-pelumba pasukan Petronas Sprinta SIC Junior Team, Izam Ikmal (No36) dan Idil Fitri Bin Mahadi (No78) akan bersaing dalam perlumbaan Moto3 ™ JWC dengan menunggang jentera Honda mereka.
Izam Iqmal
Pusingan hujung minggu ini di HJC Helmets Grand Prix Perancis merupakan cara yang baik untuk menguji para pelumba muda ini kerana litar Le Mans sangat mencabar dan yang paling oleh para pelumba FIM CEV Repsol, kerana ia hanya dilawati sekali setahun oleh para peserta kategori Moto3 sahaja.
Idil Fitri Mahadi
Sesi kelayakan pertama akan berlangsung pada hari Jumaat dari 12.00 hingga 12.50 dan yang kedua dari 16.05 hingga 16.55 untuk penentuan grid bagi pusingan ketiga JWC Moto3 ™ ini.

Perlumbaan Moto3™ 17 pusingan akan bermula Sabtu ini pada jam 16.30. Ianya akan disiarkan secara langsung di saluran Youtube kejohanan.

Semua keputusan dan maklumat mengenai Kejuaraan boleh anda dapati di laman web rasmi: www.fimcevrepsol.com

Movistar Yamaha Racing sedia hadapi Le Mans

 Selepas dua ujian berjaya di Jerez, Sepanyol dan  di Mugello, Itali, Pasukan MotoGP Movistar Yamaha bersedia untuk beraksi hujung minggu ini di Le Mans, litar Circuit Bugatti di Perancis.

Maverick Viñales yang menunggang YZR-M1 di litar Perancis sebelum ini terbukti merupakan gabungan  pemenang tahun lalu, ketika pelumba muda itu mendapat kemenangan Grand Prix Yamaha yang ke-500. Dia yang tamat ketiga pada tahun 2016 telah menetapkan untuk membuat hatrik menaiki podium hujung minggu ini.

Anak muda Sepanyol tersebut kini menduduki tempat ketiga dalam kejohanan itu, iaitu 20 mata di belakang pendahulu kejuaraan. Selepas ujian minggu lalu, dia berhasrat hadir di Le Mans dengan fikiran yang positif dan akan memberikan sepenuh usaha untuk merapatkan margin ke puncak kejuaraan.
Valentino Rossi pula begitu bersemangat untuk memulakan pusingan kelima kejohanan itu disamping mengujakan ribuan peminat yang hadir ke pusingan MotoGP Perancis setiap tahun. Dia berada di ambang kemenangan pada perlumbaan tahun lepas namun terjatuh ketika berada di tempat kedua. Pada tahun ini dia berhasrat mengulangi cabaran ini, dan melangkah naik ke podium Perancis dan merayakannya dengan peminatnya.

Secara tradisinya, The Doctor begitu kompetitif di Grand Prix de France. Sepanjang karier kelasnya, beliau telah mengumpul tiga kemenangan di Le Mans (2002, 2005 dan 2008), enam tempat kedua (2003, 2010, 2012, 2014, 2015 dan 2016) dan tiga tempat ketiga (2000, 2001 dan 2011). Dia kini berada di tempat keenam dalam kedudukan kejuaraan, 10 mata di belakang rakan sepasukannya.

Circuit Bugatti laman pertarungan hujung minggu ini

Litar perlumbaan Grand Prix Bugatti dibina pada tahun 1965 dan terletak hanya beberapa kilometer dari bandar Le Mans. MotoGP diadakan kali pertamanya di litar Perancis yang ikonik ini pada akhir tahun enam puluhan dan ia kekal sebagai di sini sehingga 1996. Selepas beberapa penambahan tahap keselamatan, litar 4.2km telah kembali pada kalendar MotoGP dalam tahun 2000. Rekabentuk lima selekoh kiri dan sembilan selekoh kanan menekankan membrek lewat, pecutan tangkas, dan daya cengkaman belakang, dan akan menjanjikan pertunjukan hebat pada hari Ahad kelak.
CIRCUIT INFORMATION
CIRCUIT Le Mans
LOCATION Le Mans, France

Visit website   
LENGTH (M) 4180
WIDTH (M) 13
POLE POSITION left
TURNS 14
TURNS RIGHT 9
TURNS LEFT 5

RECORD LAP
TIME 1'32.309
RIDER M. Viñales
BIKE Yamaha
YEAR 2017
BEST LAP
TIME 1'31.975
RIDER J.Lorenzo
BIKE Yamaha
YEAR 2016