OneXox TKKR Racing sasar kejayaan peringkat Asia

Nama OneXox TKKR Racing boleh dianggap baru dan masih hijau dalam lapangan sukan permotoran tempatan. Namun untuk musim 2018, mereka telah memperuntukkan sejumlah RM 3 Juta untuk menakluk saingan Cub Prix tempatan, tapi memasang impian untuk muncul pencabar terkuat dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Antara langkah berani yang diambil pasukan ini adalah dengan mengambil 10 pelumba di bawah naungan mereka.Harus diamati bahawa nama nama yang dibawa masuk bukanlah calang calang, sebaliknya merupakan mereka yang mempunyai reputasi tersendiri baik di peringkat tempatan mahupun Asia.

Antara yang menarik perhatian adalah penglibatan bekas pelumba Moto3 negara, Amirul Hafiq Azmi yang disunting bagi membantu OneXox TKKR Racing dalam saingan peringkat Asia.

Selepas 2 tahun menyepi, bekas pelumba Moto3 negara itu kini dedia menggegar semula litar lumba apabila sah menjadi pelumba sepenuh masa The Komanz Kru Racing Team (TKKR) bagi kategori Supersport 600 di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Selepas episod kecederaan patah tulang rusuk pada tahun 2015 yang hampir memadamkan kariernya sebagai pelumba, Hafiq kini kelihatan bersemangat apabila bakal menjadi sandaran dalam kategori perdana, Supersport 600 cc dalam kancah ARRC. Selain Hafiq, dia akan ditemani lagi seorang lagi pelumba berbakat iaitu Muhammad Muzakkir Mohamed.

"Saya agak kecewa dengan nasib saya dulu, tapi kini saya bakal membuat penampilan dalam pentas Asia, ia ibarat menghidupkan kembali karier saya sebagai pelumba motorsikal profesional".

Hafiq menggalas cabaran untuk mencapai sasaran yang tinggi oleh prinsipal pasukan, Bobby Farid Shamsuddin yang mahukan pelumba berusia 21 tahun itu menamatkan saingan di tempat ke 5 keseluruhan. Ini merupakan penampilan pertama pasukan ini dalam saingan perlumbaan motosikal di peringkat Asia.

Selain Haziq, pasukan ini diperkuat dengan kehadiran pelumba senior Ahmad Fazli Sham Walat bagi mengharungi kejohanan Cub Prix Malaysia Petronas musim ini.

Fazli punyai dua tugasan bersama pasukan, dalam saingan tempatan Cub Prix, dia akan bersaing dalam kategori perdana CP 150 manakala di pentas Asia ARRC, Fazli bakal membuat penampilan semula setelah berehat selama semusim dan bakal berikan cabaran dalam kategori Underbone 150.

"Saya memang menantikan saat ini, kerana bagi saya saingan di pentas Asia adalah yang paling mencabar, dan saya tak sabar nak buktikkan kemampuan saya bersama pasukan baru" ujar pelumba yang berasal dari Taiping, Perak ini.

Pasukan ini turut di mantapkan lagi dengan pelantikan Alizan Tambi bekas juara cubprix sebagai Pengurus Pasukan untuk Cub prix dan Syed Ahmad Nizam Syed Ahmad pula sebagai Pengurus Pasukan bagi ARRC. Mereka cukup berpengalaman dalam arena pemotoran negara bagi menempuh cabaran yang sangat kompetitif.

Pasukan yang baru ditubuhkan pada 2016 ino mahu mencipta sejarah bukan sahaja untuk menjadi pasukan persendirian pertama beraksi dalam saingan perdana Supersport 600cc ARRC, namun mahu buktikan bahawa tenaga tempatan yang menjadi pendokong belakang tadbir boleh menyediakan jentera mantap yang mampu mengegar persada lumba motosikal Asia.

Michelin tawar e-baucar Air Asia sempena Tahun Baru Cina

Pemilik kereta kini boleh merebut promosi nilai hebat yang ditawarkan oleh Michelin Malaysia sebelum mereka pulang ke kampung halaman untuk merayakan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Menjelang kesibukan ‘balik kampung’ pada musim perayaan akan datang, Michelin menghulurkan tangan untuk membantu anda dan keluarga agar sampai ke destinasi anda dengan selamat menerusi kempen Safe with Michelin (Selamat dengan Michelin). Objektif kempen ini adalah untuk lebih mendekati hati dan hidup rakyat Malaysia dengan kesedaran bahawa tayar Michelin dibina dengan mengutamakan keselamatan. Tiada yang lebih penting kepada Michelin selain keselamatan para pelanggannya.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Michelin menganjurkan promosi Travel Home with Michelin (Pulang Dengan Michelin) dari 8 Januari hingga 2 Mac 2018. Dengan promosi ini, Michelin menawarkan e-baucar Air Asia bernilai RM88 bersama dengan tag bagasi eksklusif Michelin kepada pelanggan yang membeli empat tayar Michelin di mana-mana kedai pengedar mereka. Sebaik sahaja membeli empat tayar Michelin di kedai yang menyertai promosi ini, pelanggan akan menerima tag bagasi Michelin dan arahan cara untuk menebus e-baucar Air Asia mereka. Pelanggan dikehendaki menghantar gambar resit dengan butir-butir berikut melalui WhatsApp ke 017-2576849:
1.    Nama seperti dalam Kad Pengenalan
2.    Nombor Kad Pengenalan
3.    Alamat E-mel

Pelanggan kemudiannya akan menerima e-baucar Air Asia mereka melalui e-mel dalam masa 14 hari bekerja. Selain itu, pelanggan yang membeli dua tayar juga akan menerima tag bagasi jenama Michelin.

 “Kempen Safe with Michelin menjanjikan detik-detik terindah dalam hidup orang yang menaiki kereta bersama keluarga tersayang dalam perjalanan pulang; memberi kepercayaan kepada tayar Michelin untuk membawa mereka sampai ke destinasi dengan selamat pada musim perayaan ini,” kata Pengarah Urusan Michelin Malaysia Sdn Bhd, Pascal Nouvellon.

“Apabila rakyat Malaysia meluangkan masa daripada jadual kerja mereka yang sibuk untuk menikmati masa yang menyeronokkan bersama keluarga dan kawan-kawan sempena Tahun Baru Cina ini, kami menggalakkan mereka untuk merebut promosi ini. Kami berterima kasih kepada pelanggan kami dan menghargai sokongan mereka selama ini. Menerusi promosi ini, pengguna mendapat jaminan bahawa mereka boleh memandu jauh dengan selamat kerana tayar Michelin direka bentuk untuk memastikan keselamatan dan prestasi yang tahan lama. Mereka juga boleh pergi lebih jauh dengan e-baucar Air Asia dan menggandakan kegembiraan pada musim perayaan yang meriah ini,” tambah Nouvellon added. 

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Kunjungi kedai pengedar sah Michelin yang berhampiran dan dapatkan ganjaran anda sempena Tahun Baru Cina ini!

Mengenai Michelin
Michelin, sebuah syarikat tayar yang terkemuka, bertekad untuk menambah baik daya pergerakan pelanggan, secara lestari; dengan menyediakan perkhidmatan digital, peta dan panduan untuk membantu menjadikan perjalanan dan pengembaraan lebih menarik dan unik; dan membangunkan bahan berteknologi tinggi yang berkhidmat kepada industri pengangkutan. Beribu pejabat di Clermont-Ferrand, Perancis, Michelin hadir di 170 negara, mempunyai 111,700 kakitangan dan mengendalikan 68 kemudahan pengeluaran di 17 negara, yang secara bersama menghasilkan 187 juta tayar pada 2016. (www.michelin.com).

Hafizh Syahrin ganti Folger di MotoGP?

Motorcyclenews.com hari ini mendedahkan bahawa 'sumber sumber' mereka memberitahu yang pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin telah tersenarai sebagai salah seorang calon utama untuk menggantikan pelumba Jerman Jonas Folger dalam pasukan Monster Yamaha Tech 3 untuk musim 2018 MotoGP.

Jika ia nya benar, pelumba berusia 23 tahun itu berpotensi menjadi pelumba pertama dari Asia Tenggara yang akan beraksi di kelas utama.

Folger, yang sedang sakit telah mengumumkan minggu lalu bahawa dia akan berehat musim ini (klik sini untuk baca semula), dan telah digantikan oleh Yonny Hernandez pada ujian Sepang minggu ini. Namun begitu Hernandez telah menandatangani perjanjian berlumba untuk Pedercini Kawasaki di Superbikes Dunia WSBK dan pengurus pasukan Tech3, Herve Poncharal menegaskan bahawa beliau tidak akan melanggar kontrak penunggang untuk mendapatkan pelumba gantian, maka harapan anak Colombia itu untuk menunggang jentera Yamaha hanya sekadar selama minggu ujian tersebut sahaja.

Ujian di sepang tentunya telah membuka peluang pertemuan empat mata untuk menawarkan seorang pelumba yang berpengalaman dan berpotensi, dan berkebetulan sedang mencari penajaan pasukan: siapa lagi kalau bukan Hafizh Syahrin. Kini ditaja oleh Litar Antarabangsa Sepang untuk projek pembangunan mereka, potensi peralihan Hafizh dari pasukan Moto2 yang ditaja oleh Sepang ke pasukan kelas perdana untuk musim yang akan datang tentunya akan disambut baik dan selaras dengan program pembangunan tersebut.

Poncharal, yang berada di ujian minggu ini di litar Sepang, mengesahkan pada MCN bahawa nama pelumba Malaysia tersebut kini berada dalam senarai potensi mereka - tetapi menegaskan bahawa kesepakatan masih belum rasmi.

"Pada masa ini, tiada apa yang telah ditentukan sejauh ini, kerana terdapat keutamaan yang berbeza dari beberapa rakan saya. Mereka mempunyai idea yang berbeza bergantung kepada sama ada mereka berada di sebelah sana Atlantik atau sebelah yang lain, dan bagi sesetengah dari mereka, Asia sangat penting namun bagi yang lain ia nya tidak begitu.

"Hafizh Syahrin adalah salah satu nama baru yang tidak ada dalam senarai sebelum ini sehinggalah kini tetapi percayalah, ia masih jauh dari rasmi. Sekarang, saya sangat penat dengan situasi kini. Kita perlu menjaga hati pengilang motosikal kami dan penaja kami, dan kontrak yang saya jual selama ini adalah bersama paparan pasangan Johann Zarco dan Jonas Folger. Paparan pelmba yang berbeza perlu dibincangkan semula, dan setiap orang mempunyai idea mereka sendiri dan saya berada di tengah-tengah. "

Walaupun hanya berumur 23 tahun, Hafizh telah menghabiskan lima musim di kelas pertengahan sejak menyertai padok Grand Prix sepenuh masa pada tahun 2013, dengan kemunculan terbaik pada tahun kesembilan dalam tahun 2016 dan meraih dua podium tahun lalu dalam keadaan hujan di Misano dan Motegi.

Kita nantikan perkembangan selanjutnya.