Kebangkitan era tiga roda tidak lama lagi

Jentera tiga roda telah wujud sejak awal lagi dalam dunia motosikal, tetapi selalunya dilihat  sebagai kumpulan tersendiri dalam dunia menunggang. "Trike" atau jentera tiga roda ini seperti Can-Am Spyder dan Polaris Slingshot telah menikmati kejayaan pasaran yang begitu banyak, dan pengilang motosikal kini sedang membangunkan generasi ketiga jentera roda tiga yang menyendeng seperti motosikal, dan lebih menarik daripada yang kita jangkakan!

Malah "kereta kuda roda tiga" mula dicipta pada abad ke-19 lagi. Tetapi walaupun jentera tiga roda selalu menjadi kompromi ganjil antara kestabilan dan keselamatan empat roda, dengan kelajuan dan kebolehan mobiliti dua roda, mereka telah wujud dalam pelbagai bentuk selama beberapa dekad. Ada yang mempunyai dua roda di bahagian belakang, ada yang mempunyai dua roda di bahagian depan, dan jika anda mengambil kira motosikal dengan pengangkut sisi seperti Ural, yang mempunyai roda yang dikuasakan melalui gandar, variasinya menjadi lebih banyak lagi.

Motosikal tiga roda telah ada sama lama dengan motosikal, tetapi secara tradisinya, "trikes" seperti 1942 Harley-Davidson ServiCar ini digunakan terutamanya sebagai kenderaan perkhidmatan dan penghantaran. Di negara kita ia masih digunakan untuk mengangkut benda benda kecil seperti tong gas.

Dalam dekad yang lebih baru-baru ini, trikes mula hilang fungsi sebagai kenderaan pengangkutan tetapi mempunyai pengikut di kalangan pelumba, terutama mereka yang mempunyai masalah mobiliti yang menghalang mereka daripada menunggang motosikal tradisional. Pada masa lalu, kebanyakannya merupakan ubah suai kenderaan, tetapi kini Harley-Davidson menawarkan trike Freewheeler sebagai model OEM.
Can-Am Spyder yang ganjil selalu menjadi semacam "adik tiri yang pelik" di kalangan pemilik motosikal tradisional, tetapi itu tidak menghalangnya daripada mencatat jualan tinggi kurang dari satu dekad.
Polaris Slingshot, yang meregangkan definisi "motosikal" telah mengalami masalah pendaftaran di banyak negara.


Piaggo MP3 merupakan jenis sendeng yang pertama melengkapkan tiga roda. Ia bersahaja dan luar biasa, tetapi itu tidak menghalangnya daripada menjadi kejayaan jualan dan mencuri perhatian jenama-jenama besar.

Dengan keupayaan roda depan yang mencondong, kit lepas jualan untuk modifikasi motosikal kepada tiga roda dari Tilting Motor Works tidak hanya mengekalkan prestasi dan "rasa" motosikal tradisional, ia juga berjaya mengekalkan rupa estetika asal juga. Lebih penting lagi, ia membuktikan bahawa konsep tiga roda menyendeng pada motosikal besar mampu digunapakai, walaupun dengan Harley yang beratnya hampir 500 kg.


Yamaha Niken, motosikal roda tiga menyendeng yang dibina berasaskan Yamaha MT-09 yang dijual meluas secara global, merupakan sensasi seluruh dunia berikutan pengumumannya pada lewat 2017.

Kawasaki J, konsep radikal yang mencondongkan tiga roda dengan kuasa elektrik dan casis dengan ergonomik berubah agar sesuai dengan mod menunggang.