Mudah Auto laman web automotif paling kerap dilawati

Mudah Auto, sebagai sebahagian daripada Mudah.my, pasaran terbesar di Malaysia, mengekalkan kedudukan teratasnya sebagai laman web automotif yang paling kerap dilawati di Malaysia, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh comScore, rakan kongsi yang dipercayai untuk merancang, mengurus dan menilai media merentasi platform. Di dalam kategori Automotif comScore, Mudah Auto secara konsisten memegang tempat nombor satu dari segi pelawat unik dan lawatan laman web keseluruhan sepanjang lapan bulan pertama tahun 2018.
Di komputer meja, Mudah Auto menduduki tempat teratas dalam senarai dengan purata 676,000 Pengunjung Unik setiap bulan di antara bulan Januari hingga Ogos 2018 - menjangkau kira-kira 40% daripada keseluruhan audien Internet automotif Malaysia dan tiga kali lebih banyak pelawat berbanding pesaing terdekatnya. Berbanding dengan platform automotif lain di Malaysia, Mudah Auto juga menduduki tempat pertama untuk Purata Minit Diluangkan oleh setiap pelawat di telefon bimbit - iaitu sebanyak enam kali lebih masa yang diluangkan berbanding pesaing terdekatnya.
Selain peningkatan baru, pasaran dalam talian juga mengumumkan perkongsiannya dengan Maybank Finance, yang membolehkan pengguna Mudah memohon pinjaman kereta secara dalam talian. Tawaran ini hanya tersedia untuk kereta-kereta yang diiklankan oleh pengedar Mudah yang disahkan melalui platformnya, dengan jumlah pinjaman minimum sebanyak RM30,000. Pasaran dalam talian juga menjalankan perjanjian berterusan dengan AIG Malaysia Insurance Berhad, yang menawarkan rebat 10% untuk polisi auto yang dibeli di Mudah.my kepada para pelanggan.
Kerjasama itu bertujuan untuk memberikan pengalaman pembeli yang lebih lancar di laman web ini dengan Mudah.my berkhidmat sebagai platform sehenti utama untuk semua keperluan berkaitan produk. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terkini Mudah.my, pengguna boleh melawat laman web mereka di www.mudah.my.

No comments: