Tengku Amirul cemerlang di CP115

Pelumba kelahiran Terengganu, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) beraksi cemerlang sekaligus terus melebarkan jurang pendahulu apabila berjaya meraih kemenangan keenam peribadi pada musim ini setelah menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 10’47.978s.

Bermula dari petak pertama, Tengku Amirul bagaimanapun sedikit ketinggalan pada permulaan perlumbaan sebelum kembali memintas pada penghujung perlumbaan dan seterusnya mmenangi perlumbaan mengatasi Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) di kedudukan kedua dengan masa 10:48.925s. Tempat ketiga milik Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing dengan masa 10:49.024s.
 Seepas tujuh pusingan, Tengku Amirul kini selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 163 mata, 67 mata mengatasi rakan sepasukan Md Fareez Afeez di kedudukan kedua dengan 96 mata manakala Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga, 92 mata. Hanya lapan mata diperlukan oleh Tengku Amirul bagi dinobatkan selaku juara keseluruhan musim 2018.
KEPUTUSAN PUSINGAN 7, KUALA TERENGGANU
CP115

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 10:47.978s

2 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 10:48.925s

3 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 10:49.024s

4 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 10:49.560s

5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 10:51.401s



Kedudukan Keseluruhan

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 163 mata

2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 96 mata

3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 92 mata

4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 91 mata

5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 81 mata

1 comment:

JohnRMay said...

tertanya-tanya bahawa Proton X70 2020 mempunyai fungsi kemudahan itu