Syarifuddin menang kali keempat berturut-turut

Ketiadaan pendahulu keseluruhan, Md Danial Syahmi membuka laluan mudah buat Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam kategori WIRA KBS apabila selesa mengungguli 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 8’46.717s.
 Md Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha) muncul naib juara dengan masa 8’52.974s diikuti Md Harith Haziq Zamri (SIC Junior Team AFB Tech Racing) di kedudukan ketiga dengan 8’53.275s.

Namun begitu, Danial masih kekal sebagai pendahulu keseluruhan dengan 113 mata namun diekori rapat oleh Alif Ashraf dengan 112 mata diikuti Syarifuddin di tangga ketiga dengan 108 mata.


KEPUTUSAN PUSINGAN 7, KUALA TERENGGANU
WIRA KBS

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 8:46.717s

2 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 8:52.974s

3 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 8:53.275s

4 Daniel El Fahim (PNG) SIC Junior Team AFB TECH Racings

5 Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 8:54.439s



Kedudukan Keseluruhan

1 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 113 mata

2 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 112 mata

3 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 108 mata

4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 70 mata

5 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 58 mata

No comments: