Shell mudahkan pengesahan ketulenan produk ‘Untuk Pasaran Malaysia’


Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baru bagi produk-produk Shell Helix tulen yang rasmi untuk dijual di Malaysia.

Rangkaian produk Shell Helix ‘Untuk Pasaran Malaysia’ tersebut dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Yang Berbahagia Dato’ Basaruddin Sadali.

Label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baru akan ditampilkan pada lima produk Shell Helix terlaris. Produk-produk tersebut adalah:
1.      Shell Helix Ultra 5W 40 (4L)
2.      Shell Helix HX7 10W 40 (4L)
3.      Shell Helix HX7 5W 30 (4L)
4.      Shell Helix HX5 10W 30 (3L)
5.      Shell Helix HX5 15W 40 (4L).

Kelima-lima produk Shell Helix tersebut kini diadun dan dipek di Shell Lubricants Oil Blending Plant di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Label baru di bahagian hadapan boleh dikupas untuk mendedahkan kod QR unik untuk pengesahan ketulenan produk dengan segera, manakala label di belakang menampilkan maklumat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.  


3 LANGKAH UNTUK MENENTUKAN KETULENAN SHELL HELIX ANDA
1.      Kupas label untuk mendedahkan Kod QR: Imbas kod QR yang dilekatkan pada label botol Shell Helix yang akan membawa anda ke laman pengesahan produk SHARE.
2.      Lengkapkan butiran anda dan hantar: Hantarkan nombor telefon bimbit anda,  nombor kenderaan, kod produk dan kod kedai (*Kod kedai terdapat di poster SHARE yang dipaparkan di cawangan SHARE yang mengambil bahagian).
3.       Keputusan pengesahan: Keputusan pengesahan boleh dilihat pada laman tersebut dan dihantar melalui SMS.
 
 Kod QR juga membolehkan pendaftaran mudah untuk program ganjaran Shell Advantage Rewards (SHARE) yang memberikan pelbagai ganjaran kepada pelanggan termasuklah bonus pendaftaran, Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dan produk Shell Helix percuma (tertakluk kepada terma dan syarat).

Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain, langkah tersebut merupakan pelaburan strategik oleh syarikat untuk melindungi kepentingan pemilik kereta dan rakan niaga dengan membolehkan mereka mengenalpasti produk tulen yang rasmi.

“Kewujudan produk palsu dan tidak sah di pasaran menjejaskan keyakinan pelanggan dan membawa kesan negatif kepada perniagaan rakan niaga kami. Keputusan untuk memulakan pengeluaran tempatan bagi produk rasmi Shell Helix tulen yang dikhususkan untuk pasaran Malaysia dan membolehkan pengecaman produk tersebut dengan jelas melalui label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baru adalah langkah yang penting untuk menangani isu ini,” katanya.
 Shairan menambah bahawa tiada sebarang perubahan kepada formulasi minyak enjin Shell Helix yang dibuat untuk Malaysia dan pelanggan akan terus menikmati prestasi enjin yang terunggul, walaupun dalam keadaan pemanduan lasak.

Pengenalan produk Shell Helix dengan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ masih berterusan dan dijangka akan disempurnakan menjelang Januari 2019.  Dalam tempoh peralihan ini, produk rasmi Shell Helix tulen dengan label lama masih berada di pasaran dan boleh disahkan ketulenannya menerusi kod produk yang unik pada label.


Minyak enjin rasmi Shell Helix yang tulen bagi pasaran Malaysia boleh dibeli dari bengkel berjenama Shell Helix, bengkel terpilih yang berurusan dengan pengedar Shell yang berdaftar dan cawangan stesen runcit Shell. Produk tersebut juga boleh didapati melalui kedai online rasmi Shell Malaysia dalam talian Lazada Malaysia, 11street dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai cawangan stesen runcit Shell Helix berdaftar yang berhampiran, layari www.shell.com.my/helix atau hubungi khidmat pelanggan Shell di 1300 88 1808.

No comments: