Honda Monkey berharga RM 13,999.00

Banana Yellow
Boon Siew Honda hari ini melancarkan motorsikal-mini ikoniknya iaitu Honda Monkey. Honda Monkey yang terbaharu ini didatangkan dengan enjin bersesaran 124 cc dengan reka bentuk yang moden untuk menambah daya tarikan motorsikal-mini ini.

“Honda Monkey adalah sebuah motorsikal-mini yang unik, ianya dikagumi oleh peminat di serata dunia termasuk di Malaysia”, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda. “Untuk model terbaharu ini, kami telah mempamerkan model tersebut terdahulu untuk mendapat maklum balas dari orang awam. Kami berpuas hati dengan maklum balas yang kami terima dan oleh sebab itu, kami memutuskan untuk melancarkan Honda Monkey di Malaysia”, kata Encik Yasuda. “Dengan pelancaran model ini, ianya akan mengukuhkan lagi commitment Boon Siew Honda untuk membawa motorsikal yang lebih menarik untuk pasaran Malaysia”, tambahnya lagi.
Pearl Nebula Red
 Honda Monkey dikemaskan dengan enjin 124 CC berkuasa 6.66kW pada 7,000 rpm dan tork 10.5Nm pada 5,500 rpm, menjadikan model Honda Monkey 2018 versi yang paling berkebolehan sejak pengenalan sulungnya pada thun 1963.
Penampilan baru Honda Monkey 2018 mengenengahkan penampilan retro yang disesuaikan dengan gaya moden. Antara ciri-ciri moden yang diketengahkan pada model ini termasuk:

1. Lampu depan LED: Untuk memperbaiki daya pengihatan penunggang.
2. Lampu belakang LED and lampu penunjuk berkelap-kelip LED:  Penambahan sentuhan moden untuk ketahanan yang lebih lama pada reka bentuk kasik.
3. Meter Digital dengan paparan LCD: Bagi memudahkan pemindahan maklumat yang lebih jelas.
4. Kotak simpanan alatan penjagaan: Untuk ruang peyimpanan peralatan penyelenggaraan.
5. Sistem penggera & jawab-balik: Membolehkan pemilik untuk mengenal pasti lokasi Honda Monkey mereka dengan serta merta dan memberi pelindungan tambahan
6. Peredam Bunyi baharu: Bagi melengkapkan aspek reka bentuk retro Honda Monkey.
Pearl Glittering Blue
Walaupon rupanya yang agak kerdil, ketinggian tempat duduk sama seperti motosikal biasa pada ukuran 775mm. Disertakan dengan suspensi belakang yang mempunyai jarak gerakan gantungan sebanyak 4 inci untuk memberi kelegaan tanah sebanyak 160mm bagi memberikan tahap keselesaan yang serupa dengan motosikal yang jauh lebih besar daripadanya.

Honda Monkey ditawarkan degan tiga pilihan warna untuk disesuaikan dengan gaya hidup individu masing-masing. Honda Monkey versi 2018 boleh didapati dalam gabungan krom dan skim warna yang terang iaitu Pearl Nebula Red, Pearl Glittering Blue dan Banana Yellow.

  Honda Monkey ini ditawarkan pada harga seperti berikut:
Varian
Harga

Monkey
RM 13,999.00


Harga yang ditunjukan adalah harga bilik pameran yang dicadangkan dengan 0% SST tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran Boon Siew Honda menawarkan kilang selama dua tahun atau jaminan pembatuan 20,000km (yang mana terdahulu).

Honda Monkey kini boleh didapati di pengedar sah Boon Siew Honda yang terpilih.

Komuniti Perodua sumbang RM1.1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia





Komuniti Perodua, terdiri daripada kumpulan syarikat organisasi serta kakitangannya, telah menyumbang RM1.1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan untuk mengurangkan jumlah hutang negara.


Pengerusi Perodua YBhg Tan Sri Asmat Kamaludin menyampaikan sumbangan tersebut kepada Menteri Kewangan Malaysia YB Tuan Lim Guan Eng di pejabatnya hari ini, disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

"Sumbangan ini membuktikan bahawa Perodua dan kakitangan kami mahukan Malaysia yang lebih baik, dan kami berbesar hati menunjukkan tanda sokongan kami ini,” kata Tan Sri Asmat.
 Tabung Harapan Malaysia dilancarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 30hb Mei 2018 untuk membantu kerajaan membayar balik jumlah hutang negara, yang melebihi RM1 trilion menurut Kementerian Kewangan.

Pelbagai organisasi, kumpulan dan individu telah menyumbang lebih daripada RM180 juta kepada Tabung Harapan Malaysia setakat akhir bulan Ogos.

“Kami memahami bahawa usaha mengurangkan jumlah hutang negara akan memakan masa yang lama, dan kami akan menyokong kerajaan masa kini dalam usaha membaikpulih semula ekonomi negara melalui eko-sistem automotif negara.

Untuk tahun ini, Perodua telah memperuntukkan RM5 bilion untuk membeli komponen kenderaan daripada pembekal-pembekalnya, yang kebanyakkannya adalah syarikat tempatan.

Perodua juga mensasarkan jualan kenderaan sebanyak 209,000 unit tahun ini, yang secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada pengedar bebas di seluruh negara.


Shell mudahkan pengesahan ketulenan produk ‘Untuk Pasaran Malaysia’


Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baru bagi produk-produk Shell Helix tulen yang rasmi untuk dijual di Malaysia.

Rangkaian produk Shell Helix ‘Untuk Pasaran Malaysia’ tersebut dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Yang Berbahagia Dato’ Basaruddin Sadali.

Label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baru akan ditampilkan pada lima produk Shell Helix terlaris. Produk-produk tersebut adalah:
1.      Shell Helix Ultra 5W 40 (4L)
2.      Shell Helix HX7 10W 40 (4L)
3.      Shell Helix HX7 5W 30 (4L)
4.      Shell Helix HX5 10W 30 (3L)
5.      Shell Helix HX5 15W 40 (4L).

Kelima-lima produk Shell Helix tersebut kini diadun dan dipek di Shell Lubricants Oil Blending Plant di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Label baru di bahagian hadapan boleh dikupas untuk mendedahkan kod QR unik untuk pengesahan ketulenan produk dengan segera, manakala label di belakang menampilkan maklumat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.  


3 LANGKAH UNTUK MENENTUKAN KETULENAN SHELL HELIX ANDA
1.      Kupas label untuk mendedahkan Kod QR: Imbas kod QR yang dilekatkan pada label botol Shell Helix yang akan membawa anda ke laman pengesahan produk SHARE.
2.      Lengkapkan butiran anda dan hantar: Hantarkan nombor telefon bimbit anda,  nombor kenderaan, kod produk dan kod kedai (*Kod kedai terdapat di poster SHARE yang dipaparkan di cawangan SHARE yang mengambil bahagian).
3.       Keputusan pengesahan: Keputusan pengesahan boleh dilihat pada laman tersebut dan dihantar melalui SMS.
 
 Kod QR juga membolehkan pendaftaran mudah untuk program ganjaran Shell Advantage Rewards (SHARE) yang memberikan pelbagai ganjaran kepada pelanggan termasuklah bonus pendaftaran, Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dan produk Shell Helix percuma (tertakluk kepada terma dan syarat).

Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain, langkah tersebut merupakan pelaburan strategik oleh syarikat untuk melindungi kepentingan pemilik kereta dan rakan niaga dengan membolehkan mereka mengenalpasti produk tulen yang rasmi.

“Kewujudan produk palsu dan tidak sah di pasaran menjejaskan keyakinan pelanggan dan membawa kesan negatif kepada perniagaan rakan niaga kami. Keputusan untuk memulakan pengeluaran tempatan bagi produk rasmi Shell Helix tulen yang dikhususkan untuk pasaran Malaysia dan membolehkan pengecaman produk tersebut dengan jelas melalui label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baru adalah langkah yang penting untuk menangani isu ini,” katanya.
 Shairan menambah bahawa tiada sebarang perubahan kepada formulasi minyak enjin Shell Helix yang dibuat untuk Malaysia dan pelanggan akan terus menikmati prestasi enjin yang terunggul, walaupun dalam keadaan pemanduan lasak.

Pengenalan produk Shell Helix dengan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ masih berterusan dan dijangka akan disempurnakan menjelang Januari 2019.  Dalam tempoh peralihan ini, produk rasmi Shell Helix tulen dengan label lama masih berada di pasaran dan boleh disahkan ketulenannya menerusi kod produk yang unik pada label.


Minyak enjin rasmi Shell Helix yang tulen bagi pasaran Malaysia boleh dibeli dari bengkel berjenama Shell Helix, bengkel terpilih yang berurusan dengan pengedar Shell yang berdaftar dan cawangan stesen runcit Shell. Produk tersebut juga boleh didapati melalui kedai online rasmi Shell Malaysia dalam talian Lazada Malaysia, 11street dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai cawangan stesen runcit Shell Helix berdaftar yang berhampiran, layari www.shell.com.my/helix atau hubungi khidmat pelanggan Shell di 1300 88 1808.

Orchid Run kutip lebih RM400 k

Orchid Run & Ride 2018, dengan tema 'United for a Cause - A Day with PETRONITA', yang diadakan di Persiaran KLCC Ahad lepas, berjaya meraih kutipan lebih RM400,000, melepasi sasaran awal RM250,000 yang ditetapkan oleh penganjur, Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita PETRONAS (PETRONITA).

Institusi yang menerima faedah sumbangan ini ialah Institut Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (Institute-HEARS), Universiti Kebangsaan Malaysia; Pusat Pergigian Penjagaan Khas, Fakulti Pergigian, Universiti Teknologi Mara (UiTM); Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia; dan Program Pinjaman Peralatan Rumah (HELP) oleh PPUMCARE (Pusat Perubatan Universiti Malaya).
Acara itu merupakan Orchid Run & Ride yang berjaya diadakan buat kali keempat, yang dianjurkan dengan kerjasama PETRONAS.

"Melalui Orchid Run & Ride, kami ingin meningkatkan kesedaran untuk golongan yang kurang bernasib baik dan menggalakkan orang ramai untuk bersatu dalam menyumbang ke arah tujuan mulia. Pada masa yang sama, kami mahu mempromosikan gaya hidup sihat, "kata Presiden PETRONITA Puan Sri Dr Azura Ahmad Tajuddin.

Keempat-empat organisasi itu menerima sumbangan mereka dari Puan Sri Dr Azura, yang disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif & Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, semasa upacara perasmian.
Orchid Run & Ride 2018, telah mencapai penyertaan yang disasarkan sebanyak 7,000 peserta dan penunggang basikal, yang termasuk kakitangan awam, kakitangan dan pengurusan PETRONAS. Turut hadir untuk menyokong acara tersebut ialah pemandu Mercedes Formula Satu Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton, dan Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain daripada berlari dan menunggang, para peserta juga dihiburkan oleh bakat tempatan seperti Altimet, Nana Al Haleq dan Drum Circle.
"PETRONITA ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan acara ini. Dengan sokongan daripada para peserta, penaja, rakan kongsi, sukarelawan dan semua orang yang terlibat, kami dapat mencapai hasil yang luar biasa ini. Kami juga melepasi kutipan sebanyak RM340,000 pada tahun 2017, "kata Puan Sri Dr Azura.

Orchid Run & Ride akan kembali pada tahun 2019 dengan lebih banyak aktiviti yang menarik.


Yamaha sarankan Kesedaran Persediaan Penunggangan

Hong Leong Yamaha Motor Memperkenalkan Program "Kesedaran Persediaan Penunggangan" KPP bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan rakyat Malaysia. Program yang diterajui oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) ini betujuan menyebarkan kesedaran keselamatan jalan ke peringkat seterusnya. Program KPP dibangunkan dengan sokongan Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) sebagai usaha berterusan dalam mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan jalan raya kepada semua rakyat Malaysia.

 Di bawah program ini, HLYM bekerjasama dengan semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara untuk berkongsi pengetahuan dan pendidikan dengan pelanggan baru mereka. Setiap pelanggan akan diberikan salinan "Buku Panduan Kesedaran Persediaan Pengunggangan (KPP)". Buku panduan keselamatan ini dibangunkan oleh HLYM dan JKJR untuk para penunggang motosikal.

"Penekanan terhadap keselamatan pelanggan kami akan sentiasa menjadi keutamaan syarikat kami dan HLYM akan terus menyokong kepentingan keselamatan jalan raya melalui banyak lagi program dalam masa terdekat. Kami menyedari bahawa sesetengah pemilik motosikal baru tidak semestinya menyedari keperluan asas keselamatan ketika mereka berada di jalan raya. Kami berharap dengan Program KPP, kami dapat mendidik mereka dengan informasi yang tepat agar dapat menjadi contoh yang baik bagi pengguna jalanraya yang lain," ujar Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, Dato 'Jim Khor.
Program Kesedaran Persediaan Penunggangan (KPP) ini telah dirasmikan oleh Datuk Mohamad Dahlan Md Maamor, Setiausaha Politik, bagi pihak Menteri Pengangkutan dan disaksikan oleh Dato' Jim Khor,  dan Pengerusi Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia Encik Wee Hong.

Kasma Daniel akhiri kemarau podium

Kasma Daniel Kasmayuddin menamatkan penantian podium sekaligus kembali merapatkan jurang kepada pendahulu dalam usaha untuk mempertahankan gelaran keseluruhan selepas menjuarai perlumbaan akhir CP150 pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis, hari ini.


Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu yang gagal menaiki podium pada dua pusingan lepas kembali mendapat rentak untuk menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13’52.854s mengatasi pendahulu keseluruhan ketika ini, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing).
Afif yang pada satu ketika mendahului perlumbaan sebelum dipintas Kasma pada pertengahan perlumbaan menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa keseluruhan 13’53.055s diikuti rakan sepasukan, Md Hafiz Nor Azman di tempat ketiga dengan masa 13’56.529s.

“Perlumbaan hari ini sangat sengit dan seperti biasa Afif terus memberikan tekanan di belakang. NAmun kali ini saya cuba untuk terus menjarakkan diri dengannya kerana sedar peluang untuk memintas di litar ini agak terhad,” jelas Kasma.

Afif bagaimanapun terus kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 135 mata manakala Kasma naik ke tangga kedua dengan 95 mata. Hafiz di tangga ketiga dengan 90 mata.

Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 akan bersambung di Kuala Terengganu, Terengganu pada 5 dan 6 Oktober depan.

KEPUTUSAN PUSINGAN 6 – KANGAR, PERLIS

CP150

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:52.854s

2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:53.055s

3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:56.529s

4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:59.632s

5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 14:00.101s


Kedudukan Keseluruhan

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 135 mata

2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 95 mata

3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 90 mata

4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 53 mata

5 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 45 mata

Tengku Amirul luaskan penguasaan CP115

Tengku Amirul Haffirudin  terus melebarkan penguasaan dalam kelas CP115 apabila meraih kemenangan kelima daripada enam pusingan perlumbaan yang telah berlangsung setakat ini.


Bermula dari petak ketiga, pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu berjaya menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 10’58.271s diikuti Nazirul Izzat Md Bahauddin PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing kedua, 11:00.683s dan Md Syafiq Rosli (ELF Koyoko Honda KC Racing) meraih podium pertamanya pada musim ini setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 11’01.526s.

Dengan kemenangan di Kangar, Tengku Amirul kini jauh mendahului senarai keseluruhan dengan mengumpul 138 mata diikuti rakan sepasukan, Md Fareez Afeez di tempat kedua dengan 86 mata dan Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga, 79 mata.

Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 akan diteruskan di Kuala Terengganu, Terengganu pada 5 dan 6 Oktober depan.

CP115

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 10:58.271s

2 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:00.683s

3 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 11:01.526s

4 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:06.336s

5 Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 11:07.599s



Kedudukan Keseluruhan

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 138 mata

2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 86 mata

3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 79 mata

4 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 70 mata

5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 67 mata