SIC Junior Team AFB Tech Racing beri komitmen 100 peratus

Ahmad Fuad Baharudin menegaskan pasukannya pasukan SIC Junior Team AFB Tech Racing perlu terus bekerja keras sekalipun  pelumba utamanya, Mohd Danial Syahmi sudah memenangi dua perlumbaan berturut-turut kelas WIRA KBS Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018.

 Dua kemenangan berturut-turut bukan tiket buat pasukan dan pelumba terutamanya Danial untuk berasa selesa,” jelas juara tiga kali kelas perdana Kejuaraan Cub Prix itu.

Tambahnya, “Begitu juga dengan jurutera pasukan. Saya tidak mahu mereka melakukan sebarang kesilapan mudah yang boleh menjejaskan aksi pelumba di litar. Jika pelumba sudah memberi yang terbaik tetapi jentera pula mengalami masalah mekanikal, sudah tentu ia sangat mengecewakan,” jelasnya.

Menjelang perlumbaan pusingan ketiga di Jasin, Melaka, hujung minggu ini, Ahmad Fuad berkata seluruh pasukan terutama pelumbanya telah diingatkan untuk terus memberikan komitmen 100 peratus  mereka dalam setiap pusingan perlumbaan.

“Saingan musim 2018 baharu saja bermula. Masih ada baki lapan pusingan sebelum musim tamat.

No comments: