CMC tawar model motosikal mampu milik menarik

CMC Tekken 250 merupakan sebuah motosikal serba-guna pemasangan tempatan yang ditawarkan Chear Global Sdn. Bhd. Tekken 250 motosikal kedua di bawah jenama CMC selepas model model CMC XY400 Classic, SK200 Street dan barisan model model chopper Regal Raptor. CMC juga menjanjikan pelbagi model menarik yang akan memeriahkan lagi penawaran motosikal dalam negara di masa akan datang.

Tekken 250 dikuasakan enjin satu silinder SOHC sejukan udara dengan transmisi 6-kelajuan yang memberikan kuasa maksimum 16.5bhp pada 7,000rpm dan tork maksimum 17.0 Nm pada 6500 rpm.
 Prestasi yang optimum mampu didapati dari motosikal ini dalam semua jenis keadaan menunggang.  Model Tekken 250 ini juga telah menjadi pilihan penjelajah benua Amerika oleh dua wanita Malaysia, dan salah seorang dari mereka, Bijan. M. Baki kini sekali lagi berada di sana dengan sebuah lagi Tekken 250 dal penjelajahan seterusnya.  Tekken 250 boleh didapati dalam warna oren dan putih untuk varian roda jejari. Warna Hijau dan Hitam pula ditawarkan untuk varian roda tetuang.




Satu lagi model motosikal yang ditawarkan ialah skuter mereka iaitu CMC Italjet 125.  Pereka Italjet 125 merupakan Alessandro Tartarini yang telah mencipta rekabentuk skuter futuristik dan bergaya sporti ini. Enjin 125cc 4-lejang satu silindernya menjanjikan tork optimal, kerangka yang diperkukuhkan, brek cakera depan dan belakang, suspensi monoshock bolehlaras,lampu depan dan belakang jenis LED, ruang simpanan boleh memuatkan topi keledar. Skuter ini didatangkan dalam dua warna: Merah Cili dan Putih Sporti. 

No comments: