Rossi ketiga kali ketiga berturut turut

Pelumba Movistar Yamaha MotoGP Valentino Rossi telah meraih tempat ketiga buat kali ketiga berturut-turut dalam Kejohanan Dunia MotoGP 2018 di Gran Premi Monster Energy de Catalunya baru baru ini. Rakan sepasukannya Maverick Viñales telah mengalami permulaan yang sukar di Circuit de Barcelona-Catalunya. Dia berada di pertengangan kumpulan pelumba selepas permulaan tetapi memperbaiki kedudukannya di separuh kedua perlumbaan untuk mengambil tempat keenam ketika menyeberangi garisan penamat.

Rossi bermula baik dari petak ketujuh di grid dan berada kelima ke Selekoh 1. Selepas satu pusingan, dia memintas Andrea Iannone dan mengejar kumpulan tiga pelumba di hadapan. Dia tidak mampu menyamai tahap mereka pada peringkat awal, tetapi terus memberikan tekanan, memastikan dia berada tidak jauh dari mereka.
Apabila Andrea Dovizioso terhempas di lap 9, The Doctor bergerak ke tempat ketiga. Dengan jarak 3.5 saat dari pemimpin perlumbaan Lorenzo dan lebih dari 2.5 saat dari pelumba di hadapannya iaitu Marc Marquez, 15 pusingan yang berbaki merupakan perjalanan kesepian untuk pelumba Itali ini. Dia memberi tumpuan untuk mengekalkan kedudukannya dan memperoleh kemenangan tempat ketiga buat kali ketiga berturut-turut, dengan margin 6.098s dari juara.

Viñales mempunyai masalah bermula dari petak keempat di grid awal dan jatuh ke kedudukan ke-10. Dia memintas Bradley Smith pada pusingan 4, dan selepas Dovizioso terjatuh, pelumba Sepanyol itu, akhirnya memintas Iannone. Dia naik ke tangga ketujuh dan bertempur dengan rakan sepasukan Yamaha Johann Zarco. Dia terpaksa membiarkan penunggang Monster Yamaha Tech3 mendahului, tetapi bijak kekal di belakangnya.

Pasangan itu mula mencatatkan pelbagai pusingan terbaik dan bersama-sama menewaskan Danilo Petrucci di pusingan 14. Viñales bangkit untuk melawan dan menyerang dalam serangan pertama kepada Zarco dengan 10 pusingan berbaki, tetapi tidak berjaya. Tujuh lap kemudian dia meletakkan percubaan kedua dan meraih tempat keenam. Dia berada di rentak yang baik dan mengancam Dani Pedrosa di P5, tetapi sedikit terlewat. Dia mengambil bendera penamat di posisi keenam, 10.798s di belakang juara.
Tempat ketiga Rossi meletakkannya di kedudukan kedua dalam kedudukan keseluruhan kejuaraan dengan 88 mata, 11 mata di depan rakan sepasukan Viñales, yang kekal di kedudukan ketiga. Yamaha turun ke tempat ketiga dalam Kejohanan Pengeluar, dengan margin 26 mata untuk kedudukan pertama, manakala Pasukan Movistar Yamaha MotoGP tetap berada di kedudukan pertama dalam kedudukan pasukan dan kini mempunyai jurang 10 mata dengan pasukan kedua.

MotoGP akan kembali untuk pusingan Motul TT Assen, yang diadakan di TT Circuit Assen dari 29 Jun - 1 Julai.

No comments: