Penanda jalan plastik mampu selamat nyawa penunggang

Pakar keselamatan kenderaan Eropah DEKRA sedang menguji penanda jalan plastik baharu di Jerman yang mampu meminimumkan risiko kecederaan bagi penunggang motosikal dalam kemalangan. Sebilangan besar penanda jalan kini dibuat dari keluli dan boleh jadi berbahaya bagi penunggang motosikal. Dan itulah sebabnya DEKRA sedang menguji pelbagai penyelesaian plastik.

Untuk menunjukkan perbezaannya - DEKRA telah mengeluarkan video ini, yang menunjukkan perbezaan yang luar biasa antara keluli dan plastik sekiranya berlaku kemalangan.

Seperti yang anda lihat, ujian kecelakaan yang dilakukan oleh DEKRA pada penanda-penanda jalan plastik baharu menghasilkan beberapa keputusan yang mengagumkan. Kesan penunggang motosikal terhadap tiang keluli kemungkinan besar akan membawa akibat yang membawa maut, tetapi perlanggaran dengan tiang plastik mungkin akan hanya menyebabkan kecederaan ringan kerana tiang tersebut hanya pecah.




Beberapa penanda jalan baharu telah dipasang di sekitar Baden-Württemberg di Jerman dan akan secara beransur-ansur menggantikan pemasangan logam lama. Tambahan pula, kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan Persekutuan, untuk penggunaan tanda-tanda jalan plastik baru di seluruh Jerman, sedang ditunggu. Melihat kepada video ini, sukar bagi mana negar termasuklah Malaysia untuk mengabaikan kelebihannya.

No comments: