#66 Niki ganti Zulfahmi di Moto2 SIC Racing

Pasukan SIC Racing Team telah mengumumkan pelumba Finland Niki Tuuli sebagai pengganti Zulfahmi Khairuddin, yang telah menamatkan kerjaya Moto2nya. Niki akan membuat kemunculan sulungnya dengan jentera Kalex 600cc #66 di Le Mans, Perancis hujung minggu ini.

Niki berusia dua puluh dua tahun dan berasal Imatra, Finland, akan bertanding dalam Kejohanan Moto2 menggantikan Zulfahmi yang memutuskan untuk memberikan tumpuan penuh kepada peranan mentornya dalam program 'Impian ke MotoGP' yang disokong oleh SIC.

Niki Tuuli memasuki Kejohanan Dunia dengan latar belakang perlumbaan yang mengagumkan sehingga kini.
Menunggang minimotos dari umur sembilan tahun, penampilan Niki menunggang motosikal 600cc buat kali pertama dan menang di IDM Yamaha R6 Cup dalam tahun 2012. Pada tahun berikutnya, beliau melangkah ke siri SuperStock600 Eropah selama tiga musim dan berjaya menaiki podium lima kali dan satu kemenangan dan tamat tempat keempat keseluruhan pada 2014.

Niki menyertai  di tiga dari empat perlumbaan terakhir Kejuaraan Dunia SuperSport 2016 sebagai peserta wildcard, dan tamat di podium dalam kesemua perlumbaan tersebut. Beliau juga memenangi Kejohanan Finland pada tahun tersebut.

Kemunculannya cemerlang di WorldSSP memberikannya peluang untuk bersaing sebagai pelumba sepenuh masa untuk musim 2017. Di bawah bimbingan Vesa Kallio (saudara Mika Kallio), Tuuli meraih dua podium dan satu permulaan petak utama pada tahun itu, dengan penyudahan keseluruhan ke-7.

Pada 2018, beliau telah mengambil bahagian dalam lima perlumbaan WorldSSP dan kini berada di tempat ke-8 dalam kedudukan keseluruhan, sebelum menerima tawaran daripada Pasukan SIC Racing untuk memulakan cabaran  bersama dalam Kejohanan Dunia Moto2.

No comments: