Honda EX5 kini berpenampilan baharu

Boon Siew Honda kini memperkenalkan model cub Honda EX5 legenda berwajah baharu untuk yang dihiasi warna baru Magenta dan jalur corak retro untuk menyerlahkan lagi penampilan yang bergaya.

Honda EX5 merupakan model Honda yang popular di Malaysia dan sehingga April 2018, lebih dua juta unit telah terjual sejak ianya dilancarkan pada tahun 1987. EX5 ialah model cub Honda pertama di Malaysia dalam kelasnya yang dipasang dengan teknologi sistem enjin FI yang dibangunkan untuk meningkatkan kuasa serta menjimatkan bahan api. Teknik kawalan elektronik sistem suntikan bahan api (FI) membolehkan enjin beroperasi dengan nisbah udara-bahan api yang minimum. Hasilnya, ia mampu menawarkan prestasi yang mesra alam dan kualiti tunggangan lebih baik.
 Tangki bahanapi berkapasiti 4.3 liternya mengurangkan kekerapan mengisi petrol, sekali gus menawarkan kemudahan kepada penunggang untuk mencapai perjalanan yang lebih jauh.
 Honda EX5 baharu ini direka agar kelihatan lebih bergaya. Jalur retro, lambang serta pemegang belakang krom memberikan imej vintaj kepada model ini. Selain itu, penutup ekzos krom tidak hanya berpenampilan menarik tetapi juga bertindak sebagai ciri keselamatan tambahan daripada haba.
 Boon Siew Honda percaya bahawa pengenalan Honda EX5 Baharu ini akan mampu menarik kumpulan pelanggan baharu terutama pengguna muda yang lebih suka sebuah cub yang mempunyai reputasi yang baik dengan reka bentuk yang bergaya.

EX5 baharu boleh didapati dalam warna berikut:


 Jenis
Warna
RM (tanpa GST)
RM (dengan GST)
Roda Jejari
(Penghidup Elektrik)
Pearl Magellanic Black
Pearl Nightfall Blue
RM4,859
RM5,150.54
Roda Tuangan
(Penghidup Elektrik)
Pearl Nightfall Blue
Candy Scintillated Red
Space Magenta Metallic
RM5,099
RM5,404.94





No comments: