Kini boleh beli pelincir Shell di 11street

 Shell Malaysia telah melancarkan Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia di 11street, bagi memudahkan rakyat seluruh Malaysia membuat pembelian pakej servis penukaran minyak Shell Helix (termasuk minyak Shell Helix pilihan anda, penapis minyak yang tulen dan caj buruh) secara dalam talian. Laman gedung rasmi tersebut boleh dilayari di www.11street.my/promotion-page/shell-official-store

Para pengguna di Semenanjung Malaysia, dan di Sabah dan Sarawak kelak, akan dapat membeli e-baucar bagi pakej servis penukaran minyak Shell Helix yang tulen secara dalam talian, dan menghubungi bengkel untuk membuat temu janji dan menebusnya melalui aplikasi mudah alih 11street di bengkel pilihan mereka dari sejumlah 45 bengkel Shell Helix yang menyertai program ini.

Bersempena pelancaran ini, Shell Helix dan 11street telah mengumumkan peraduan Belanja & Menang! Mulai 16 hingga 29 April 2018, pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus, High Mileage atau HX7 di 11street akan berpeluang untuk memenangi kredit beli-belah bernilai RM500.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, kerjasama dengan 11street akan membolehkan syarikat tersebut menyertai trend membeli-belah dalam talian yang sedang pesat berkembang dan membawakan produk Shell Helix yang tulen dan servis nilai-untuk-wang kepada pasaran yang lebih luas di seluruh negara.
Pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak Shell Helix di 11street juga layak untuk mendaftar bagi program kesetiaan Shell Advantage and Rewards (SHARE). Dengan pendaftaran dalam talian yang mudah di www.shell.com.my/share anda akan dapat menikmati pelbagai ganjaran dengan SHARE. Ini termasuklah tawaran hebat beli-3-percuma-1 bagi pembelian Shell Helix Ultra, peringatan penukaran minyak dan promosi bermusim.

Mereka yang mempunyai kereta yang berusia kurang daripada lapan tahun dan bacaan odometer 150,000km juga layak untuk mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dengan percuma apabila mereka menjalankan servis kereta dengan Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7.

No comments: