Yamaha Ego Solariz berbaju baharu untuk 2018

Model automatik Yamaha Ego Solariz kini didatangkan dengan Jajaran warna terkini untuk tahun 2018.

Reka bentuk warna dan grafik baharu ini bertujuan untuk memangkinkan keseronokan pada penampilan dan daya tarik sporty Yamaha Ego Solariz. Model segmen automatik 125cc yang popular ini akan dipersembahkan dalam tiga warna iaitu Merah, Biru dan Ungu Magenta.

Harganya kekal tidak berubah pada RM 5,548.04 iaitu harga jualan asas yang disyorkan termasuk GST (tanpa Lesen Kenderaan Motor, plat dan insurans)




No comments: