VW Beetle sambut ulangtahun ke-80

Volkswagen Beetle merupakan salah sebuah kereta yang paling ikonik dalam sejarah automotif, diiktiraf dan disayangi untuk bentuk dan warisan yang kaya. Di Malaysia golongan yang lebih senior kerap menggelarnya sebagai kereta kura kura kerana bentuknya, berbeza dengan masyarakat Eropah yang lebih menyamakan bentuknya dengan kumbang yang kerap kelihatan di sana.

Pada tahun ini, Beetle ikonik ini merayakan ulang tahun ke-80nya, dan Volkswagen sedang merayakan dengan perayaan peniaga di seluruh negara di mana setiap orang dijemput. Perayaan hari jadi seluruh negara akan berlangsung pada 17 Mac, Sabtu di semua pengedar Volkswagen yang bertauliah dari 11 pagi hingga 5 petang.

Pengunjung majlis ini akan dapat menguji pandu Beetle Sport 1.2TSI, dan menikmati aktiviti bertema dan minuman yang menyeronokkan untuk seluruh keluarga. Mereka yang mengambil bahagian dalam pandu uji juga akan berpeluang memenangi cabutan bertuah sebuah LEGO Creator Expert Volkswagen Beetle di pengedar yang dikunjungi mereka.

Beetle Sport ditawarkan pada harga RM147,888 dan boleh didapati dalam pelbagai warna menarik iaitu Hijau Bottle, Putih Pure, Merah Tornado,  Biru Sutera, Gangsa gelap Bronze dan Oren Habanero.

No comments: