Pusingan 2 Piala Idemitsu Asia Talent Cup mencabar

Perlumbaan 1 pada hari Sabtu menyaksikan Haruki Noguchi dan Mario Aji bertarung hebat untuk kemenangan di Buriram pada Pusingan 2 Piala Idemitsu Asia Talent Cup. Segala-galanya ditentukan di selekoh terakhir dan akhirnya Noguchi menundukkan Aji di bahagian dalam selekoh. Perebutan untuk tempat ketiga menyaksikan juara Race 2 Qatar, Bill van Eerde yang mendapat kelebihan dalam persaingan yang mengagumkan sepanjang perlumbaan, dan melengkapkan podium di belakang pemenang Noguchi dan Aji di tempat kedua.

Aji mengekori belakang Noguchi dan membiarkan penunggang Jepun itu memimpin, dengan jurang yang agak konsisten, dan dia dapat bersama Noguchi tetapi hanya tidak dapat lolos. Noguchi akhirnya mengekalkan kelebihannya dan melintasi garisan, dan kedua duanya dipisahkan hanya tujuh per sepuluh saat di penghujung perlumbaan.
Pertarungan untuk tempat ketiga dipimpin oleh Bill van Eerde yang muncul dari huru-hara sepuluh penunggang yang melepasi garisan tidak lebih dari dua saat pertama. Ketika mereka bergelut untuk mengukuhkan kedudukan dan bertarung sesama sendiri. Danial Sharil dari Malaysia akhirnya melintasi garisan di belakang van Eerde dari Australia, sejurus di hadapan pelumba kedua Indonesia, Afridza Munandar. Ibrahim Pawi pula melepasi garisan di tempat ke-15.

Perlumbaan 2 di Buriram pada Ahad menyaksikan veteran Noguchi yang mendapat kelebihan daripada pencabar rookienya, Bill van Eerde ketika kedua-duanya mereka mengasah siku di litar. Dalam pertempuran yang sengit untuk melengkapkan podium, Afridza Munandar dari Indonesia yang akhirnya muncul untuk mengambil tempat ketiga.


Drama pada mulanya melihat pelumba petak utama Mario Aji mengalami masalah dan tidak mampu untuk bermula, akhirnya berjaya juga tetapi kemudian bersara tidak lama selepas itu dan tidak dapat mengulangi cabarannya yang luar biasa untuk menang seperti pada hari Sabtu. Ini menjadikan Noguchi sebagai pemimpin perlumbaan dan van Eerde ketika itu berada di tempat ketiga.

Tetapi van Eerde dan Noguchi berjaya memisahkan diri hingga ke pusingan terakhir untuk menjadikannya pertarungan peribadi mereka, dengan Noguchi mendahului untuk menang dengan hanya 0.005 untuk satu lagi penamat foto.


Danial Sharil dari Malaysian mengambil P7 dan Ibrahim Pawi pula berjaya menamatkan perlumbaan di tempat sepuluh teratas dengan persembahan yang mengagumkan.

Idemitsu Asia Talent Cup akan beraksi lagi di Litar Antarabangsa Sepang apabila mereka berlumba se iring Kejohanan Superbike Malaysia pada bulan Julai, dengan Noguchi memimpin pungutan mata kejuaraan.


No comments: