Pembuat senjata AK47 keluarkan motosikal elektrik untuk tentera

Syarikat pertahanan Rusia terkemuka, Kalashnikov, yang merupakan pengilang senjata api AK-47, baru sahaja melancarkan motosikal elektrik mereka di Forum Teknikal Ketenteraan Antarabangsa 2017 berhampiran Moscow.

Kami pernah menulis tentang permintaan terhadap motosikal seperti ini yang disarankan agar dikeluarkan oleh pembuat motosikal nasional iaitu Modenas (klik sini untuk baca semula)

Berbalik kepada Kalashnikov, motosikal mereka ini dibina oleh pengilang motosikal Rusia, IZH, iaitu anak syarikat Kalashnikov, dan boleh didapati dalam bentuk supermoto jalan raya untuk pasukan polis bandar, dan sebagai motosikal di luar jalan untuk tentera. Kalashnikov mengumumkan bahawa 50 motosikal polis akan digunakan semasa Piala Dunia 2018 di Rusia. Model polis dikatakan mempunyai jarak capaian 150 kilometer, namun tidak banyak yang diketahui tentang spesifikasi teknikal lain bagi motosikal elektrik baru ini.
Tentera Amerika Syarikat juga dikatakan sedang berusaha membina sebuah motosikal elektrik. Dinamakan sebagai SilentHawk, berdasarkan motosikal luar jalan elektrik Alta Redshift MX, ia mampu mencapai jarak sejauh 240 km. Selain itu, prototaip seterusnya akan turut mempunyai janakuasa menggunakan pelbagai bahan api yang boleh tanggalkan bagi membolehkan tentera mengecas dan menggunakan motosikal ini untuk misi yang lebih jauh dan lama.

Motosikal luar jalan elektrik jelas mempunyai beberapa kelebihan untuk aplikasi ketenteraan, termasuk motor hampir-senyap dan kecekapan bahan api yang luar biasa - dan tenunya menarik untuk melihat bagaimana pasukan Rusia dan Amerika Syarikat terus membangunkan teknologi baru yang menarik dan menerapkannya dalam dunia nyata.

No comments: