Perodua catat rekod jualan bulanan tertinggi mereka

 Jumlah jualan Perodua sebanyak 17,693 unit bagi bulan Januari 2018 merupakan peratisan  bahagian pasaran tertinggi yang sejarah penubuhan syarikat pengeluar kereta tempatan itu. ngka ini melebihi 40% dari jumlah industri keseluruhan (TIV) yang dianggarkan mengunjur sebanyak 43,930 unit menurut anggaran dalaman mereka .

Kesemua model Perodua juga telah mengekalkan pimpinan dalam segmen berkaitan di Malaysia, dengan 9,029 buah Myvi, 4,085 buah Axia, 2,776 buah Bezza dan 1,803 buah Alza terjual pada bulan lepas.

"Walaupun kami mengenepikan angka jumlah oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami percaya dengan yakin bahawa bahagian pasaran bulanan kami untuk bulan Januari 2018 adalah yang tertinggi dalam sejarah kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh pada majlis makan tengahari Tahun Baharu Cina dengan media dan rakan kongsi perniagaan mereka semalam.

"Myvi baharu telah meraih lebih daripada 48,000 tempahan sehingga kini, dan hari ini kami bangga menyampaikan unit ke-18,000 kepada Encik Wong Wai Cheng dari Negeri Sembilan.

Hampir 20,000 unit Myvi baharu telah disampaikan sehingga kini. Secara keseluruhan, lebih sejuta Myvi telah didaftarkan di Malaysia sejak tahun 2005. Prestasi ini telah menjadi rangsangan besar kepada ekosistem automotif Malaysia memandangkan bahawa permintaan yang melebihi jangkaan untuk produk terkini mereka turut meningkatkan permintaan bagi pasaran alatganti dalam negara, tambah Aminar .

Perodua berhasrat menyimpan lebih RM5 bilion komponen dan alatganti dalam tahun ini daripada vendor tempatan. Ini akan terus menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi Malaysia memandangkan kemua model Perodua mempunyai lebih daripada 90% kandungan tempatan.

"Tidak cukup rasanya terima kasih kami kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan kasih sayang anda terhadap hatchback sederhana kami selama ini. Pengiktirafan anda mendorong kami untuk bekerja lebih keras untuk memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan kami, kerana seperti biasa, andalah yang terpenting buat kami," rangkum Aminar.

En Wong, 25, pastinya tersenyum kerana Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato' Dr Zahari Husin sendiri telah menyerahkan kunci kereta baharunya iaitu sebuah Myvi 1.5 Advance warna merah Lava.

"Saya bagaikan di awangan bulan untuk menerima penghantaran kereta baharu saya ini. Semenjak saya menatap Myvi baharu dan melihat berapa banyak ciri canggih yang saya dapat berbanding harganya, saya tahu ia adalah kenderaan pilihan saya," kata Wong.

Bagi mereka yang telah membuat pesanan untuk Myvi baharu dan masih belum menerima kereta mereka, Perodua meminta maaf atas penantian anda. Yakinlah bahawa mereka sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran untuk menghantar kereta kepada anda secepat mungkin. "Kilang Perodua Manufacturing Sdn Bhd akan terus bekerja lebih masa sehingga permintaan stabil," ulas Aminar sebagai penutup kata.


No comments: