Kenikmatan pemanduan mewah di Pavilion Kecemerlangan Mewah Eksklusif BMW

Pavilion Kecemerlangan Mewah BMW merupakan cara baru BMW untuk memperkenalkan kehadiran ppenjenamaan dan daya tarikan untuk kenderaan segmen mewah mereka.

Diperkenalkan buat kali pertamanya di negara ini, pembuat automotif premium ini juga mengambil kesempatan pada acara pelancaran pengalaman kecemerlangan mewah ini untuk mendedahkan siri BMW Concept 8 buat kali pertama di Malaysia, dan juga di Asia Tenggara. Malaysia dan Asia Tenggara mengalu-alukan kedatangan BMW Concept 8 Series yang membawakan kemuncak Kemurnian Dinamik dan Kemewahan Canggih.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Encik Han Sang Yun berkata, "Kami berbesar hati untuk berkongsi kehadiran dan ekspresi jenama yang baru untuk kereta mewah kami di BMW Luxury Excellence Pavilion. Dari Toronto, Kanada ke Malaysia, kami berharap dapat berkongsi pandangan kami tentang daya tarikan mewah jenama kami menerusi program pengalaman yang baik ini, dengan menunjukkan bagaimana kami telah mendefinisikan semula idea kemewahan moden dalam industri auto."

Han menambah bahawa BMW Concept 8 Series ini berfungsi sebagai penguji model BMW yang akan datang iaitu BMW 8 Series Coupé baru yang dijadualkan untuk dilancarkan tahun ini sebagai sebahagian model yang paling berani dalam sejarah pembuat kereta premium.

"Sepertimana kata Pengerusi Lembaga Pengurusan BMW Group AG, Harald Krüger, 'Nombor 8 sentiasa mewakili kemunculan prestasi sports dan eksklusiviti untuk BMW'. Kereta konsep sports eksklusif ini memancarkan keghairahan (Passion), kuasa (Power) dan prestasi (Performance). BMW 8 Series Coupé yang akan datang adalah sesuatu yang perlu diperhatikan, tetapi pada masa ini, BMW Concept 8 Series mewakili usaha kami ke arah kenderaan berdarah mewah bersaiz besar yang dicipta dalam tradisi coupe sporty."

Mengatasi kenikmatan memandu: Kemewahan inovatif gaya BMW.

Kehadiran penjenamaan baru untuk kereta mewah BMW membawakan profil dan kedudukan siri kenderaan paling eksklusif dalam rangkaiannya yang diperhalusi untuk menjadi satu kategori produk yang berbeza. Kenderaan siri ini amat memikat hati, dan ini meletakkannya dalam kedudukan yang baik untuk memperkaya gaya hidup pelanggan dalam segmen mewah dengan pengalaman yang menyentuh perasaan.

Estetika klasik ini menonjolkan sejarah BMW yang tidak dapat ditiru, iaitu pendekatan untuk mencari penyelesaian dan konsep yang berani, dan keupayaan untuk menghadapi cabaran dan muncul dengan lebih kuat. Ia nya bukan sahaja elemen warisan BMW yang mendalam tetapi juga merupakan resipi kejayaan yang mempamerkan semangat, keyakinan dan hadiah dari BMW untuk membawa masa depan ke masa sekarang ini.

BMW percaya bahawa kemewahan sesebuah kereta diwakili kepakaran dalam pelbagai bidang pembangunan. Tulen, menarik dan kemewahan moden ini adalah hasil tradisi semangat dan perintis, dan datangnya dari pengalaman bertahun-tahun dalam memperdalam pengetahuan dan bakat inovasi. Model model perdana dalam portfolio BMW akan mewujudkan kefahaman baru tentang kemewahan, yang membawa sentuhan perasaan yang ditakrifkan oleh estetika inspirasi dan kenikmatan memandu dengan pengalaman kebebasan dan individualiti yang ditentukan pemilik sendiri.

Di samping itu juga, BMW memberi tumpuan kepada perkembangan hubungan yang berterusan di antara mereka dengan para pelanggan, pengalaman dan emosi, dan menawarkan yang lebih baik. Matlamat pembuat kereta premium ini adalah untuk menawarkan pelanggan pengalaman mobiliti khas setiap hari, dengan menawarkan perkhidmatan yang unik dan bertambah baik.

Ekspresi baru dan kehadiran jenama baru BMW dapat dialami secara eksklusif di Pavilion Keunggulan Mewah BMW dari Khamis, 22 Februari 2018 hingga Rabu, 7 Mac 2018.

Pavilion Mewah BMW juga disokong oleh rakan-rakan niaga seperti Dior, Hugo Boss, Moet Hennessy Diageo, Jaeger-Le Coultre, Galeri Wei-Ling, Leica, illy Coffee and SPACE.


BMW Concept 8 Series ialah kenderaan BMW yang turut memaparkan idea-idea reka bentuk baru dan teknik pembinaan bentuk. BMW Concept 8 Series mempamerkan pendekatan baru untuk penggunaan bentuk, yang jelas kelihatan di permukaan kereta. Sejumlah garisan renyah menandakan permukaan yang jelas, dan bentuk utama kereta dipahat dengan nyata. Unsur-unsur ini menghasilkan model cemerlang yang penuh beperwatakan.

BMW Concept 8 Series memaparkan gril hadapan berbentuk buah pinggang yang besar, lampu berkembar nipis dan lohong pengambilan udara yang besar bagi membentuk penampilan depan yang menarik dan sporty. Templat BMW klasik tersebut kini mempunyai tafsiran baru, dengan membawa reka bentuk syarikat ke arah yang berbeza. Sebagai contoh, kedua bentuk buah pinggang tersebut rendah ke jalan raya dan menyebar secara meluas di bahagian hadapan. Ia mengambil inspirasi daripada pasangan BMW tahun lalu yang memaparkan bentuk buah pinggang itu dipasangkan bersama dengan lancar untuk membentuk satu elemen besar.

Gril ini membesar semakin ia meluncur ke bawah, bagi menjelaskan lagi karakter dinamik dari BMW Concept 8 Series. Bersama-sama dengan lampu laser super-tipis dan piksel heksagonal pada tema "kembar berkembar", ia membawa rupa berfokus ke hadapan. Di sisi lain, lohong pengambilan udara sisi besar di apron depan menyerlahkan pendirian kereta yang luas dan sporty di jalan raya dan menjanjikan pengalaman dinamik murni.

Unsur-unsur serat karbon meningkatkan lagi watak yang sporty dan berprestasi tinggi. Sementara itu, cat luaran atau eksterior eksklusif iaitu kelabu Barcelona Grey Cair yang berwarna biru-abu dengan pigmen yang sangat menyerlah memaparkan kesan optimum.

Lampu belakang yang langsing dan terbentang meluas di sisi BMW Concept 8 Series ini mengambil bentuk bilah L bila dilihat dari belakang. Ia membuatkan kelebaran kereta yang lebih jelas dan pendiriannya yang berkuasa di jalan raya, dan bentuk langsingnya memberikan penampilan ultra-sporty dan moden. Penyesar angin serat karbon gelap yang diwarnakan di bahagian bawah apron belakang menambah hiasan tambahan dan lebih sporty pada grafik belakang, yang diserlahkan lagi dengan ekzos trapezoid besar, bingkai bahagian belakang dan mengarah kepada pengalaman memandu dinamik masa akan datang.

Siri BMW Concept 8 ini memaparkan campuran dinamik yang kaya secara emosi di bahagian dalam. Permukaan dan garisannya menarik ke hadapan dan menggariskan pengalaman memandu yang dinamik. Di bahgian tengah, konsol pusat dan pintu memberikan struktur dalaman grafik yang jelas. Aliran dari panel instrumen ke pintu dan perasaan sporty, merangkumi hiasan dalaman dengan elemen reka bentuk yang menonjol. Kesan ini serlahkan lagi oleh oleh sambungan lancar antara konsol tengah dan panel instrumen.

Huasan kulit Merino dalam cokelat gelap Dark Brown dan putoh Fjord White memberikan suasana yang berkualiti tinggi. Tatarias gentian karbon dan aluminium yang digilap menghasilkan perbezaan atau kontras yang disengajakan dan memancarkan perasaan sporty dan teknikal. Tuil pengalih gear atau gearshift  dan Pengawal iDrive yang diperbuat daripada kaca Swarovski dengan kuarza berasap, dan memberikan sentuhan penamat yang ada kelas.

BMW 8 Series Coupé disasarkan untuk menjadi tradisi kereta mewah sports yang berjaya dan menambahkan lagi penawaran model menarik sebagai kereta idaman yang tulen kepada barisan kenderaan kelas mewah yang sedia ada.

No comments: