Honda HR-V kini ada edisi terhad Mugen

HR-V kini menjadi model ketiga Honda untuk menawarkan kit badan edisi terhad Mugen. SUV kompak tersebut kini menjadi lebih sporty apabila dinaik taraf kepada edisi terhad Mugen. Pakej Mugen edisi terhad sebelum ini merupakan Mugen 2.0 Civic Concept yang telah diperkenalkan pada 2006 dan model Concept M Civic dan Jazz diperkenalkan pada tahun 2010.
HR-V Mugen dilengkapi dengan kit badan baru yang terdiri daripada 9 peralatan iaitu penyesar angin ataupun spoiler bawah depan, spoiler bawah belakang, spoiler bawah sisi, spoiler ekor, lambang sporty,lambang kotak gear Mugen, lambang luaran Mugen, gril depan dan tikar permaidani khas*.
HR-V Mugen  edisi eksklusif ini terhad kepada hanya 1,020 unit dan disediakan untuk varian V. Harga HR-V Mugen edisi terhad ini adalah RM 118,800** (tanpa insurans).
Sejak pelancaran HR-V pada bulan Februari 2015, model itu telah mendapat sambutan hangat dan jumlah pendaftaran yang diterima adalah lebih daripada 65,000 unit setakat bulan Januari 2018. Pada tahun 2017, HR-V ini muncul sebagai model terlaris kedua, menyumbang 17% daripada jumlah keseluruhan jualan dan kekal di kedudukan utama dalam segmen SUV padat.

HR-V telah dibangunkan dengan pemanfaatan ruang maksimum. Ruang yang besar untuk kedua-dua pemandu dan penumpang di dalam kereta memberikan keselesaan maksimum dan mengurangkan ketegangan terutamanya semasa memandu jauh. Ruang kargo pelbagai guna yang luar biasa boleh diselaraskan melalui konfigurasi tempat duduk belakang serba boleh pelbagai mod iaitu Mod Utiliti, Mod Tinggi dan Mod Panjang. Mod Utiliti membenarkan tempat duduk belakang akan diturunkan untuk meningkatkan ruang dalam but. Mod Tinggi membolehkan ruang bebas dari lantai ke siling dengan tempat duduk belakang dilipat untuk item tinggi, dan Mod Panjang akan membolehkan barang-barang panjang dimasukkan ke dalam kereta dengan tempat duduk depan
dan belakang dibaringkan.

Seperti model Honda yang lain, ciri-ciri keselamatan tidak dikompromikan dalam HR-V. HR-V datang dengan tahap keselamatan aktif dan pasif yang tinggi bagi
perlindungan penghuni yang mendapat penarafan ASEAN NCAP Bintang 5, serta enam beg udara***, Brek Parkir Elektrik (EPB) dan Auto Brake Hold (ABH), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan Hill Start Assist (HSA).

Walaupun permintaan untuk HR-V kekal tinggi, Honda Malaysia komited untuk menyerahkan kenderaan kepada pelanggan tepat pada masanya dan tempoh menunggu
HR-V kekal antara 1 hingga 2 bulan.

Pelanggan boleh melawat mana-mana 93 **** Peniaga Sah Honda untuk melihat dan menempah HR-V Mugen Limited Edition dari 5 Mac dan seterusnya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau log masuk www.honda.com.my

* Semua peralatan eksklusif Mugen dari Honda Access kecuali lapik permaidani
** Bayaran tambahan untuk warna White Orchid Pearl terkini ialah RM300
*** Tersedia dalam variasi V sahaja
**** Unit untuk Sabah akan disediakan mulai 13 Mac dan unit Sarawak bagi boleh didapati dari 19 Mac

No comments: