Tempahan Toyota Vios 2018 kini dibuka

Bagi para peminat Toyota terutamanya Toyota Vios yang berhasrat untuk memandu kereta baharu bersempena tahun baharu 2018 ini, UMW Toyota Motor (UMWT) kini sudah mula mengambil tempahan bagi Toyota Vios baharu.

Model terlaris UMWT ini kini didatangkan dengan nilai tambah 2018 untuk kekal sebagai salah satu daripada kereta yang paling popular di Malaysia, yang mendapat perubahan kosmetik di bahagian luaran serta dalaman bagi memberikan penampilan yang serba baru.

Selain penyegaran reka bentuk, aksesori baru seperti Parking Sensor, antena sirip jerung, dan jenang pintu bercahaya kini diperkenalkan.

Vios akan menjadi model pertama dalam segmennya untuk menawarkan sensor parkir dan ia akan ditawarkan sebagai peralatan standard untuk variasi TRD, GX dan G. Sistem hiburan DVD-AVX yang baru dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan juga tersedia untuk Vios ini dan ia ditawarkan dengan kamera undur sebagai peralatan standard untuk semua varian kecuali Vios J (MT) dan J (AT).

Peralatan maju yang sedia ada seperti Monitor Panorama dan Perakam Video Digital masih ditawarkan selain aksesori baru.

Seperti dahulu, terdapat 6 varian untuk dipilih dengan harga bermula dari RM74,980 (tidak termasuk insurans, untuk pendaftaran swasta di Semenanjung Malaysia). Semua varian Vios diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di bawah Dasar Automotif Kebangsaan semasa.
Semua model Toyota baru yang dijual oleh UMWT didatangkan dengan jaminan selama 5 tahun dan perbatuan tanpa had. Jika kenderaan itu dijual dalam tempoh 5 tahun pertama, perlindungan jaminan juga ini akan turut tersedia kepada pemilik seterusnya bagi meningkatkan nilai kenderaan.

Tempahan kini diterima di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari toyota.com.my.



No comments: