MYPerodua Nation ke utara esok!

Karnival kegemaran Perodua kini kembali bagi meraikan Tahun Baru, dengan pelbagai tawaran tambahan dengan kempen Happy New Ride yang menawarkan rebat RM2,000 untuk Bezza Standard G dan Alza, dan RM1,500 bagi Bezza Advance dan Axia.

Berikutan kejayaannya di Shah Alam tahun lepas, karnival MYPerodua Nation akan ke utara hujung minggu ini, ke Amanjaya Mall di Sungai Petani dari pukul 10 pagi hingga 10 malam pada 13 dan 14 Januari.

"MYPerodua Nation menjanjikan sesuatu untuk semua orang. Alami perjalanan hebat kami sebagai pembuat kereta nombor satu negara dan memanfaatkan promosi menarik kami di karnival ini," kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato' Dr Zahari Husin.
Pengunjung boleh mendapat diskaun sehingga 50% daripada alatganti terpilih, aksesori GearUp dan barangan di Karnival MYPerodua Nation, dan mengambil kesempatan daripada Happy Hours pada kedua dua hari di mana pakej alatganti yang lebih menarik boleh didapati.

MYPerodua Nation juga akan menampilkan pameran khas Compact Nation yang menceritakan kisah perjalanan 25 tahun Perodua ke arah menjadi pembuat kereta kompak yang paling disukai di Malaysia.

"MYPerodua Nation adalah acara tahunan yang merupakan salah satu usaha kami untuk menjangkau dan berada lebih dekat dengan rakyat Malaysia. Tahun lepas kami mengadakan karnival ini di Shah Alam, dan kini kami membawanya ke seluruh negara, bermula dengan wilayah utara tahun ini, "kata Zahari.
Pengunjung dijemput untuk mengalami bagaimana Perodua Myvi Advanced Safety Assist (ASA) berfungsi menerusi demonstrasi, dan persembahan oleh artis jemputan seperti Aiman ​​Tino, Aizat Amdan, Projector Band, Hazama, Siti Nordiana dan juga BoBoiBoy.

Cabutan bertuah yang akan diadakan memungkinkan anda untuk pulang dengan sebuah telefon pintar bernilai lebih RM3,000, dan permainan mini, pertandingan, trak makanan dan juga pawagam luar menjanjikan dua hari yang menyeronokkan untuk anda dan keluarga anda.

"Dengan tawaran hebat, permainan, hadiah dan penampilan selebriti di karnival MYPerodua Nation, ia tentunya cara terbaik untuk memulakan 2018. Kami berharap dapat berjumpa anda di sana!" tambah Zahari.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara MYPerodua Nation, sila layari www.perodua.com.my.

No comments: