Jerayawara Kawasaki ke Kajang Selangor hujung minggu ini

 Berita baik untuk semua peminat Kawasaki di Lembah Kelang terutamanya di Kajang, Selangor! Jerayawara Kawasaki Test Ride Roadshow untuk menguji motosikal Kawasaki sedang diadakan di Tesco Extra Kajang bermula Abtu ini 18 hb November sehingga Ahad 19 hb November 2017 dari 10 pagi hingga 6 petang. Ia pasti akan menjadi hari yang menyeronokkan bagi anda kerana Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) mempunyai banyak aktiviti menarik untuk disertai semua orang.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menguji pelbagai jenis model superbike Kawasaki termasuk Versys 650 ABS, Versys-X 250, Z 900 SE ABS, Z 650 ABS dan Ninja 650 ABS semasa pameran terbaru Kawasaki Test Ride Roadshow. Alami prestasinya, keselesaan dan kepelbagaian barisan motosikal ini dengan sendiri dan ketahui motosikal mana yang sesuai dengan gaya anda dan mampu menambat hati anda dengan prestasinya.

Pemilik superbike Kawasaki juga boleh mendapatkan khidmat servis dan pemeriksaan percuma semasa acara tersebut. Perkhidmatan ini akan disediakan oleh kakitangan Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (KESC) yang terlatih. Nasihat perkhidmatan akan diberikan secara percuma oleh para profesional dengan terma dan syarat terpakai.

Jerayawara Kawasaki Test Ride adalah sebahagian daripada program KMSB dengan harapan agar mampu menjangkau pelanggan baharu dan lama serta masyarakat umum. Layari laman web KMSB (http://kawasaki.com.my/) dan halaman Facebook (Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd) untuk maklumat lanjut.