Honda tawar CBR650F dan CB650F 2017




Boon Siew Honda (BSH) kini menawarkan jentera empat silinder kelas pertengahan (middleweight) iaitu Honda CBR650F dan CB650F model dengan spesifikasi yang dinaik taraf dan warna baharu untuk 2017.

Varian 2017 bagi kedua dua CBR650F dan CB650F ini menerima beberapa peningkatan kuasa puncak kepada 67kW @ 11,000rpm berbanding dengan model 2016. Ia dicapai hasil dari pengubahsuaian aliran masuk udara dan ekzos yang baharu yang kini mempunyai peredam bunyi atau muffler yang lebih pendek. Tupang atau fork hadapan Showa Dual Bending Valve (SDBV) yang baharu dan angkup brek Nissin pula dibekalkan untuk meningkatkan pengalaman menunggang.  CBR650F dan CB650F kini datang dengan lampu LED depan dan belakang. Reka-bentuk luaran agresif dua-dua model ini menonjolkan rupa keseluruhan yang merupakan warisan Honda FireBlade CBR1000RR model 2017.

CBR650F dan CB650F baharu ini boleh didapati di rangkaian pengedar Impian Honda mulai Ogos 2017 ini.
Model
Warna
Harga
CBR650F
1.  Mat Gun Powder Black (Hitam)
2.  Millennium Red (Merah)
3.  Pearl Metalloid White (Putih)
STD: RM 47,115.94
CB650F
1.  Mat Gun Powder Black (Hitam)
2.  Millennium Red (Merah)
3.  Pearl Spencer Blue (Biru)
4.  Sword Silver Metallic (Perak)
STD: RM 44,995.94
Harga yang disyorkan termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan 2017 CBR650F dan CB650F Baharu ini, sila layari laman Facebook mereka: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.   atau hubungi talian percuma 1800-88-3993 (Isnin ke Jummaat, 8pg hingga 5ptg. Tidak termasuk cuti umum).


Model
CBR650F
CB650F
Engine Type / Jenis Enjin
649cc Liquid-Cooled 4-cylinder, 4-stroke, DOHC, 4 valves
Bore X Stroke(mm) / Gerek & Lejang
67.0mm x 46.0mm
Compression Ratio / Nisbah Mampatan
11.4:1
Max.Power / Kuasa Kuda Maksimum
67kW @ 11,000 rpm
Max.Torque / Tork Maksimun
64 Nm @ 8,000 rpm
Clutch Type / Jenis Klac
Wet Multiplate
Transmission / Transmisi
6 Speed Manual
Dimensions / Dimensi (LxWxH) (mm)
2,110 x 755 x 1,145
2,110 x 775 x 1,120
Wheelbase / Asas Roda (mm)
1,450mm
Caster Angle / Trail / Sudut Caster / Jerak Trail (mm)
25.5 / 101
25.5 / 101
Curb Weight / Berat Keseluruhan (kg)
CBR650F    213kg
CB650F    208kg
Fuel Tank Capacity / Muatan Tangki Petrol(ℓ)
17.3L
Suspension Type / Jenis Suspensi
Front Axle: 41mm SDBV telescopic fork
Rear: Monoshock damper with adjustable preload
Tyres Size / Saiz Tayar
Front: 120/70ZR17M/C (58W)
Rear:  180/55ZR17M/C (73W)
Brakes Type / Jenis Brek
Front: Hydraulic Dual Disc 320mm
Rear: Hydraulic Disk 240mm
Headlight / Lampu depan
LED
Taillight / lampu belakang
LED


Benelli turuti Jelajah 1-Jiwa BERNAMA

 Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah menganjurkan Program Jelajah 1 Jiwa bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Jubli Emas BERNAMA bermula 8 hingga 15 Julai 2017 lepas.
Jelajah 1 Jiwa merupakan konvoi motosikal dan skuter berkuasa tinggi melibatkan petugas BERNAMA sendiri. Program ini telah menjelajah ke setiap pejabat Biro BERNAMA di seluruh negara termasuklah pejabat-pejabat pewarta. Siri penjelajahan terbahagi kepada dua di mana Siri Pertama penjelajahan merupakan perjalanan ke Putrajaya, Kuala Lumpur, Shah Alam, Ipoh, Georgetown, Alor Star, Kangar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Bharu, Melaka dan Seremban. 

Siri Kedua program jelajah ini pula merangkumi Sarawak dan Sabah, yang telah bermula di Kuching, Sibu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. 
Pihak Mforce Bike Holdings telah menaja lima buah motosikal yang terbaharu jenama Benelli iaitu tiga buah model TRK502 dan dua buah model 302R yang digunakan sepanjang jelajah ini berlangsung. Selain daripada menjelajah ke setiap biro BERNAMA, konvoi tersebut juga berkunjung ke cawangan Mforce Bike Holdings di Segambut dan showroom Benelli. Penyerahan motosikal telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Mforce Bike Holdings, En Asri Ahmad pada majlis pelancaran dan pelepasan program tersebut di Wisma BERNAMA, Jalan Tun Razak pada 8 Julai 2017 lepas. Flag-off jelajah ini pula telah disempurnakan oleh Pengurus Besar BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh. 







Idemitsu Asia Talent Cup kembali lagi

 Kini tiba masanya untuk separuh kedua musim 2017 bagi cabaran Idemitsu Asia Talent Cup. Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia, merupakantempat seterusnya untuk menjadi tuan rumah kepada kejohanan ini buat kali kedua setelah pusingan pertengahan musim terdahulu. Litar MotoGP ini memberikan cabaran yang diperlukan penunggang muda Piala Idemitsu Asia Talent peluang untuk mengenali salah satu litar yang bakal dihadapi mereka yang ingin berlumba di pentas dunia.
 
Piala Idemitsu Asia Talent akan dilangsungkan seiring acara Kejohanan Superbike Malaysia pusingan keempat, dengan dua lagi perlumbaan Sabtu-Ahad yang pasti mempamerkan aksi terbaik pencabar Piala di dua lurusan panjang  memulakan dan mengakhiri setiap pusingan, dan aksi mencucuk angin atau slipstreaming juga akan memainkan peranan penting seiring kemahiran lain yang diperlukan untuk berlumba dengan pelumba muda terbaik lain di benua Asia. Cuaca juga kan mejadi pertimbangan utama di Malaysia dengan suhu yang membakar dan ancaman hujan yang seringkali mengubah percaturan pelumba.


Di puncak kedudukan keseluruhan untuk memasuki pusingan ke empat merupakan pelumba Jepun, Haruki Noguchi, yang memiliki 87 mata untuk memimpin rakan senegara Yuki Kunii di 85. Pelumba Turki Deniz Öncü berada di tempat ketiga, setelah melakukan kemenangan ganda untuk pembuka musim di Buriram, dan akan teruja kembali ke Malaysia untuk membuat satu lagi pungutan mata besar dan mencabar para pemimpin sekali lagi, diikuti Ryusei Yamanaka dengan 70 mata.

Tidak terlalu jauh di belakang mereka merupakan harapan tempatan Azroy Anuar, yang akan mengetuai cabaran tuan rumah. Dia kini menduduki tangga kelima dengan 60 mata yang masih mampu memberikan harapan besar untuk ke tempat teratas.

Tahun lepas, kemenangan di Malaysia telah diraih Andi Farid dan Juara 2016 Somkiat Chantra. Kelas 2017 pasti akan menampilkan pemenang baharu. Ryusei Yamanaka, Gerry Salim dan Can Öncü semuanya telah pernah berada di podium Sepang, begitu juga dengan Deniz Öncü dan Yuki Kunii. Separuh kedua musim bermula sekarang, dan barangkali tiada tempat yang lebih sesuai untuk membuka pintu cabaran getir ini selain Sepang.


 Nantikan aksi mereka hujung minggu ini 29 & 30 Julai 2017!