Honda RS150R berkonvoi seluruh Semenanjung sejauh 1,780KM



 Pengalaman mengharungi Konvoi Marathon Semenanjung 2017 telah memberi pengalaman dan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh 40 para pemilik RS150R. Sebanyak 40 buah motosikal Honda RS150R telah menyertai konvoi ini yang berlangsung pada 14 hingga 17 Julai lalu.

Aktiviti ini telah dijayakan oleh tiga pengedar sah Boon Siew Honda BSH (Impian Honda Shop) - Sing Yik Motors (Perak), Ah Thong Motors (Kelantan) dan AKJB Sales & Services (Johor). Konvoi ini telah berjaya mengharungi perjalanan sejauh lebih 1,780 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia. Konvoi ini mengambil masa selama 4 hari 3 malam bermula di Perak dan merentasi beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor sebelum kembali semula ke Perak. Manakala, peserta dari Kelantan akan menyertai konvoi dari 15 sehingga ke 18 Julai. 

Dari kiri, En. Simon Chuak (Sing Yik Motors); tengah En. Tio Wei Chun (Ah Thong Motors) dan En. Joseph Cheng (AKJB Sales & Services.



Pihak pengajur telah menjemput enam orang marshal dan pasukan sokongan Boon Siew Honda untuk memudahkan aliran trafik yang melibatkan ahli konvoi yang ramai. Bermula dari Sing Yik Motors, Chemor Perak, para peserta dari Perak dan Johor dilepaskan oleh Pengurus Jualan Sing Yik Motors, En. Simon Chuak dan Eksekutif Jualan Kanan Honda, Wei Wei seawal 8.30 pagi. Pasukan sokongan Honda yang terdiri daripada mekanik dan safety riding untuk membantu sekiranya ada peserta yang mengalami masalah di sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama 9 jam dengan beberapa perhentian di R&R dan stesen minyak. Mereka seterusnya bergerak melalui laluan Gerik ke Ah Thong Motors, Kota Bahru Kelantan.
  Pengurus dari Sing Yik Motors (kiri) berkesempatan bergambar bersama dengan
pasukan sokongan Boon Siew Honda & marshal
  Sesi Safety Riding 

 Sesi pengambaran di depan Sing Yik Motors sebelum berlepas ke Kelantan

  Peserta mula berlepas dari Sing Yik Motors dilepaskan oleh Mr. Simon Chuak ke Kelantan.

Biarpun masa yang diambil ke destinasi agak panjang, namun telatah ahli-ahli konvoi sangat menghiburkan walaupun ramai ahli yang baru sahaja menyertai konvoi buat kali pertama, namun keserasian terus tercipta di kalangan semua ahli. 

Sebaik sahaja tiba di Kota Bahru, para peserta disambut oleh pihak penganjur dari Ah Thong Motors, En. Tio Wei Chun dengan meriah. Lepas makan malam, ahli konvoi berlepas ke Masjid Al-Ismail, Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru, Kelantan untuk bermalam di E&E Hotel. 


Group foto lepas keluar dari Plaza Tol Bukit Besi

 Berkumpul di hadapan Masjid Al-Ismail, Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru, Kelantan.

Hari kedua dimulai dengan sarapan pagi enak yang dihidang oleh pihak Ah Thong Motors dan diikuti senaman bagi tujuan memanaskan badan yang dipimpin oleh Safety Riding dari Boon Siew Honda yang melibatkan semua peserta konvoi. Pasukan konvoi pada hari ini dilepaskan oleh pengurus Ah Thong Motors – En. Tio Wei Chun. 
 Sesi pengambaran di depan Ah Thong Motors sebelum berlepas ke Kelantan
  En. Tio dan sekeluarga datang untuk member sokongan padu kepada para peserta 

Di sepanjang perjalanan, mereka dapat menikmati keindahan pemandangan di sepanjang jalan merentasi Terengganu dan akhirnya sampai ke Kuantan, Pahang. 
 Bergambar di hadapan Hentian Royal Belum



Bergambar di Puncak Titiwangsa

Sesampainya ke Kuantan, mereka turut singgah di Pantai Teluk Chempedak untuk menikmati keindahan pantai. Setiap kumpulan dibahagikan kepada kumpulan kecil (10 ahli) untuk tugasan mendapatkan foto terbaik.
 Foto terbaik dimenangi oleh kumpulan “Desperato” di Pantai Teluk Chempedak

Mereka bermakan malam di Super Top Ikan Bakar, Tanjung Lumpur dan bermalam di Signature Hotel. 
 Makan malam di Super Top Ikan Bakar, Tanjung Lumpur
 
Di hari ketiga, mereka berlepas ke Kulai, Johor seawal 7.30 pagi dan bersinggah di beberapa R&R dan stesen minyak di Pekan, Mersing dan Kota Tinggi sebelum bertemu dengan ahli Honda RS150R Southern Club di depan AKJB Sales & Services pada pukul 5.30 petang. Mereka disambut oleh pengusaha AKJB En. Cheng, Pengurus Besar Boon Siew Honda – En. Yee Lip Kwong, Pengurus cawangan Johor – En. Liow Hai Peng dan Pengurus Kanan cawangan Terengganu – En. Ooi Kheng Siang.
Group foto bersama Mr. Cheng dari AKJB dan Eksekutif Jualan cawangan Johor – Chai.


Lepas itu, peserta konvoi balik ke hotel untuk mandi dan bersiap sedia untuk makan malam Gala Dinner yang berlangsung di Wheat & Wit Bakery Café & Dining. 


Pemenang - Acara pertandingan tarian




Pihak atasan dari BSH – kiri Ke-2: En. Yee (Pengurus Besar), ke-3: En. Ooi (Pengurus Kanan cawangan Terengganu), ke-5: En. Liow (Pengurus cawangan Johor) & Eksekutif Jualan cawangan Johor.  

  Group foto di Gala Dinner

Group foto bersama Pengurus Besar BSH – Mr. Yee dan Mr. Cheng- Pengusaha dari AKJB. 

Acara malam itu dimulakan dengan sesi bergambar di luar dewan yang melibatkan ahli konvoi, ahli dari Honda RS150R Southern Club dan pegawai-pegawai atasan dari Boon Siew Honda. Seterusnya, makan malam Gala Dinner dihiburkan dengan celoteh pengacara yang telah dijemput khas dan diselang-selikan dengan acara hiburan seperti alunan muzik, permainan, pertandingan tarian dan hidangan buffet. Majlis Gala Dinner tidak akan lengkap jika tidak diselitkan dengan acara cabutan bertuah. Hadiah utama berupa topi keledar berjenama GIVI & KYT yang bernilai lebih kurang RM400. Manakala kemeja-T,  pelincir dan pelbagai lagi hadiah berupa barangan penyelenggaran dan motosikal Berjaya dimenangi oleh peserta konvoi. Taniah diucapkan kepada para pemenang dan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja hadiah cabutan bertuah. Acara majlis Gala Dinner berakhir sekitar 11.00 malam. Senarai nama tajaan untuk konvoi: Boon Siew Honda Sdn. Bhd., GIVI, IPONE, RKM, Koyoto, XL Parts, AEON Credit, Parkson Credit, Up Gasket, Taikom Racing, Allianz General Insurance, P&O Insurance, TAA, Motor Tan, Apple Gasket, Wei Shean, Seng XT & Kok Woi Spare Parts.



Pada hari terakhir konvoi,  peserta bersiap sedia untuk pulang ke destinasi masing-masing sebaik sahaja selesai bersarapan.
 Para peserta dilepaskan oleh Pengurus Besar BSH En. Yee Lip Kwong di hadapan AKJB Sales & Services.

 Penganjur bergambar sebelum mengucapkan selamat tinggal

 Peserta dari Perak sampai ke Ipoh kira-kira 6.30 petang. Manakala peserta dari Kelantan bermalam sebelum berlepas balik di keesokan harinya. 



 Peserta bersinggah di Sungai Klah untuk berehat sambil mengisi perut

 Peserta berkumpul di perkarangan Bulatan Amanjaya Ipoh selepas balik dari Johor



Keletihan memang dirasai, namun apabila menunggang beramai-ramai, ia tidak dirasai kerana perasaan seronok mengaburinya. Setiap sejam perjalanan, mereka akan berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk mengisi minyak dan memastikan motorsikal berada dalam keadaan baik sebelum meneruskan perjalanan. Konvoi ini turut diikuti oleh pasukan sokongan mekanik dari Boon Siew Honda, Sing Yik Motors dan Ah Thong Motors. Setiap hentian, pengisian minyak dan pengendalian peserta konvoi di atas jalan diurus rapi bagi mengelakkan sebarang masalah.