Pemeriksaan 20 perkara secara percuma untuk Proton anda


PROTON Holdings Bhd menjemput kesemua pemilik kereta Proton untuk menjalani pemeriksaan 20 perkara bagi kenderaan mereka secara percuma bersempena musim perayaan yang menjelang tiba ini. Seperti juga musim-musim perayaan yang lepas, PROTON terus  berkerjasama PETRONAS Dagangan Berhad sekali lagi untuk memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan ini dengan lebih mudah di beberapa Stesen PETRONAS terpilih sebagai sebahagian daripada Kempen PETRONAS Coffee Break, selain di pusat servis PROTON yang bertauliah. malah kini pengusaha konsesi lebuhraya Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd atau LITRAK turut bersama PROTON untuk membuka stesen mudah alih untuk pengguna Proton yang akan menggunakan Lebuhraya Damansara-Puchong (“LDP”).

Pemeriksaan keselamatan mudah alih percuma di LDP akan diadakan di Hentian Sebelah Petaling Jaya dari Puchong ke arah Sunway, dari 20 - 22 Jun 2017, 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Khemah bagi pemeriksaan mudah alih PROTON juga akan ditempatkan di 5 stesen PETRONAS yang terletak di Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan, dari 21-23 Jun 2017, 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Berikut adalah senarai lokasi mudah alih bagi pemeriksaan keselamatan 20 perkara secara percuma:

20 – 22 Jun 2017, 10 pagi – 5 petang
Hentian Sebelah LDP Highway, Bandar Sunway, Petaling Jaya (sempadan Sunway)

21 – 23 Jun 2017, 10 pagi – 5 petang
Arah Utara
Stesen PETRONAS Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah
Arah Selatan
Stesen PETRONAS Seremban, Negeri Sembilan
Arah Pantai Timur
Stesen PETRONAS Jerteh, Terengganu
PETRONAS R & R Gambang (Sempadan Timur), Pahang
Stesen PETRONAS Gua Musang, Kelantan

Kesemua lokasi mudah alih telah dipilih berdasarkan lokasi yang bersesuaian bagi pengguna untuk singgah ketika dalam perjalanan mereka pulang ke kampung.

Pemeriksaan keselamatan 20 perkara secara percuma ini merangkumi pemeriksaan ke atas bunga dan tekanan tayar, sistem brek, operasi pedal pada brek dan klac, suspensi, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, semua suis dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, stereng, bahan pendingin dan bilah pengelap cermin.

Bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan ini, pemilik Proton yang hadir untuk pemeriksaan kenderaan mereka  juga akan membawa pulang buah tangan sebagai penghargaan di atas sokongan mereka.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau dengan mengirim emel ke customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau laman Facebook rasmi PROTON di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

Pusat servis Tyreplus bertambah di Pantai Timur

 Sebut sahaja bengkel atau pusat servis kereta, ramai akan membayangkan ruang yang berselerak, kotor dan berminyak dalam suasana yang merengsakan dan hingar bingar.

Selain daripada semua kelaziman ini, kebanyakan pusat servis kereta biasa kadangkala tidak mampu untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai, diyakini atau berkualiti, yang menyebabkan pemilik kereta atau pemilik angkatan kenderaan ragu-ragu sama ada kenderaan mereka telah diservis dengan selamat.

Dalam usaha mengubah tanggapan tersebut dan menawarkan perkhidmatan servis kereta secara mudah dan bermutu tinggi kepada rakyat Malaysia, Michelin Malaysia telah memperkenalkan rangkaian runcit TYREPLUS bertaraf antarabangsa ke seluruh negara pada 2009. Konsep TYREPLUS telah dimulakan pada tahun 2000 dan mempunyai rangkaian 1,600 cawangan di 26 negara, bertekad untuk menawarkan perkhidmatan servis kereta yang boleh dipercayai, menyeluruh dan menyenangkan pelanggannya. TYREPLUS menawarkan perkhidmatan servis kereta profesional yang merangkumi penggantian dan pembaikan tayar, pengimbangan dan penjajaran roda, penukaran minyak pelincir, penukaran bateri, pemeriksaan sistem brek dan penukaran alatganti brek dengan sokongan jenama antarabangsa termasuk Michelin, BFGoodrich, Bosch, Mobil 1, Total dan Tech.. Perkhidmatan servis serba lengkap ini memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan selain melindungi keselamatan mereka di jalan raya.

Sejak diperkenalkan, TYREPLUS telah berkembang menjadi salah satu rangkaian pusat servis kereta profesional yang dipercayai, diyakini dan prihatin. Rangkaian pusat servis terbesar di Malaysia ini mempunyai lebih 50 cawangan dan angka ini semakin bertambah. Tambahan lagi, kedai TYREPLUS menyediakan ruang menunggu selesa yang dilengkapi dengan penyaman udara dan juga kemudahan Wi-Fi.

Sejajar dengan perkembangan pantasnya, TYREPLUS baru-baru ini melancarkan identiti visual korporat baharunya, seiring rancangan untuk menjenamakan semula rangkaiannya di Malaysia dalam tempoh empat tahun akan datang. Ini termasuklah penubuhan lima cawangan TYREPLUS di kawasan Pantai Timur.

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, En. Pascal Nouvellon, pelaburan untuk menjenamakan semula cawangannya di Pantai Timur mencerminkan kepentingan pasaran tersebut kepada Syarikat.

“Kawasan Pantai Timur kekal sebagai pasaran yang penting dan pantas berkembang bagi TYREPLUS. Pelaburan strategik kami adalah sejajar dengan matlamat kami untuk memenuhi keperluan pemilik kereta Malaysia di seluruh negara yang mahukan dan mengharapkan tahap keselamatan maksimum untuk diri sendiri dan keluarga mereka. Di TYREPLUS, keselamatan menjadi keutamaan dan dengan demikian kami menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tertinggi, yang diberikan oleh profesional yang terlatih,” kata En Nouvellon.

Mulai 28 Mei hingga 30 Jun, pelanggan yang membeli produk di TYREPLUS berpeluang menerima hadiah beg pendingin Michelin, kad petrol jenama TYREPLUS dan perkhidmatan membaiki tayar Tech percuma dengan pembelian tayar MICHELIN. Pelanggan juga mungkin menerima pelapik anti-gelincir percuma dengan pembelian minyak pelincir Mobil 1.


Bagi pusat servis kereta Pomcek Solutions Sdn Bhd di Kota Bharu, keputusan mendaftar sebagai cawangan TYREPLUS nyata satu keputusan yang tepat bagi perniagaan keluarga berusia 30 tahun ini.

Pengarah perniagaan generasi ketiganya En. Richard Tan berkata prosedur terperinci dan teliti yang perlu dipatuhi oleh setiap cawangan TYREPLUS memastikan pelanggan menerima servis bermutu tinggi yang serba lengkap berbanding pusat servis biasa.

“Banyak yang boleh dipelajari oleh peniaga seperti kami daripada sebuah rangkaian yang diiktiraf antarabangsa. TYREPLUS berbeza daripada bengkel kereta biasa. Pelanggan ditawarkan perkhidmatan yang menyenangkan dan tanpa kerenah, dan aspek yang paling kecil sekalipun akan diteliti. Kami bukan sahaja menyelesaikan masalah kereta pelanggan tetapi melakukan 32 aspek pemeriksaan bagi semua kenderaan pelanggan untuk menentukan keselamatan kereta mereka. Dengan berbuat demikian, kami berharap untuk berganding bahu dengan TYREPLUS bagi  meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia,” tambahnya.

Walaupun kemelesetan pasaran servis kereta baru-baru ini dirasai di seluruh negara, Pengurus Pusat Servis Kenderaan Roda Pro di Kuala Terengganu En. Eddie Chua yakin bahawa kerjasama enam tahun dengan TYREPLUS akan memberikan kelebihan tambahan untuk perniagaannya.

“Michelin ialah jenama yang diiktiraf ramai dan TYREPLUS memang terkenal di rantau ini kerana menyediakan perkhidmatan profesional dan produk yang dipercayai. Justeru, kami gembira untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian ini.

Bekerjasama dengan jenama antarabangsa nyata satu kelebihan besar kepada perniagaan kami. Selama ini, TYREPLUS telah membantu kami dengan menyediakan latihan kemahiran dan pengetahuan produk, dan juga sokongan pemasaran dan promosi. Pelanggan kami juga mendapat jaminan kualiti di pusat servis kami kerana kemahiran kerja dipercayai yang telah kami bangunkan dan produk hebat yang kami tawarkan,” tambahnya.

“Langkah kami dengan menyertai TYREPLUS tidaklah menghairankan kerana kami telah menjalin hubungan yang baik dengan Michelin dalam tempoh setahun lepas. Berkat sokongan kukuh mereka, kami berharap untuk membuka lebih banyak cawangan TYREPLUS di negeri ini,” kata En. Ch’ng yang merupakan Pengurus Jayamas Tyre Service Centre Sdn Bhd di Kota Bahru.

Menyuarakan pandangan sama seperti wakil penjual di Pantai Timur, En. Chin dari UTS Tyre Service Sdn Bhd di Kuantan juga berhasrat untuk memajukan kedai  TYREPLUS menerusi kerjasama jangka panjang yang membuahkan hasil bersama Michelin Malaysia.


TYREPLUS ialah jenama global Michelin dengan konsep perniagaan runcit yang membabitkan rangkaian kedai tayar runcit di pasaran besar seperti China, Thailand, Australia, India, Timur Tengah dan Amerika Selatan. Kemudahan ini ialah pusat sehenti yang menawarkan penyelesaian servis kereta serba lengkap kepada pelanggan.