Kawasaki capai kemenangan WSBK 100 kali

Kemenangan terbaru Jonathan Rea yang menunggang Kawasaki Ninja ZX-10RR meletakkan Kawasaki ke dalam catatan sejarah sebagai satu dari tiga pengeluar yang mencecah jumlah 100 kemenangan perlumbaan. Seramai 12 pelumba telah memenangi perlumbaan untuk Kawasaki di peringkat tertinggi perlumbaan jentera pengeluaran.
Ketika Kawasaki pertama kali menang dalam kelas ini, di Hungaroring pada tahun 1988, pelumbanya iaitu Morillas ketika itu menyatakan, "Pada masa itu saya terutamanya memikirkan bagaimana untuk menjadi pemenang perlumbaan Kawasaki untuk kali kedua juga! Sudah tentu ia adalah satu perasaan yang hebat untuk menjadi pemenang pertama bagi jenama itu dan untuk mengetahui bahawa ia akan kekal selama-lamanya dalam perangkaan ini. "Mengulas mengenai kemenangan ke-100 untuk Kawasaki, Morillas berkata, "Sekarang saya ingin memberi tahniah 100 kali lebih besar untuk Kawasaki dan KRT. Secara peribadi, saya berasa agak lebih tua sekarang tetapi ayuh kita teruskan untuk kejayaan ke-200! "
Jonathan Rea, pemenang perlumbaan  ke-100 Kawasaki, hanya beberapa minit kemenangan perlumbaan terbarunya menyatakan, "Terdapat sedikit tekanan untuk mencapai kemenangan ke-100 Kawasaki ini. Setelah baki separuh perlumbaan saya katakan kepada diri saya sendiri bahawa saya lah yang perlu melakukannya hari ini. Kami berjaya menyuahkan perlumbaan dengan sempurna dan saya juga berjaya melakukan sedikit wheelie pada penghujungnya!"








Penglibatan Kawasaki dalam Kejohanan Superbike Dunia bermula pada tahun 1990 dengan pasukan yang berpangkalan di Amerika Syarikat Muzzy Kawasaki, yang menguruskan aktiviti superbike hingga 1996. Antara tahun 1997 dan 2002, Kawasaki memberikan sokongan kepada pasukan Harald Eckl, yang berpangkalan di Jerman, manakala Muzzy menumpukan perhatian jepada siri domestik AMA Superbike. Dari tahun 2003 hingga 2008, hanya pasukan persendirian seperti Bertocchi dan PSG-1 menyertai kejohanan dunia, dengan sokongan kilang secara kecil kecilan. Pada tahun 2009, Kawasaki secara rasmi kembali ke SBK dengan Paul Bird Motorsport, tetapi selepas tiga musim, pada tahun 2012, Kawasaki beralih kepada pasukan Provec Racing yang berpangkalan di Sepanyol. Jonathan Rea menang kejuaraan FIM Superbike World Championship berturut buat kali keduanya untuk Kawasaki Racing Team setelah mendapat tempat kedua dalam perlumbaan pembukaan di Losail di Qatar pada 2016. Kali terakhir pencapaian ini dicatat adalah pada 17 tahun lepas ketika Tom Sykes (KRT) mencatat kejuaraan dua kali yang sama pada tahun 2013.

Rekod kemenangan Kawasaki dalam World SBK:


1988 – Hungaroring 2 - Adrien Morillas (GPX750)
1990 – Brainerd 2 – Doug Chandler (ZXR750)
1990 – Sugo 2 – Doug Chandler (ZXR750)
1990 – Phillip Island 2 - Robbie Phillis (ZXR750)
1990 – Manfield 2 - Robbie Phillis (ZXR750)
1992 – Albacete 1 – Aaron Slight (ZXR750)
1992 – Spa Francorchamps – Robbie Phillis (ZXR750)
1992 – Jarama 1 – Robbie Phillis (ZXR750)
1993 – Hockenheim 2 – Scott Russell (ZXR750)
1993 – Brno 2 – Scott Russell (ZXR750)
1993 – Sugo 2 – Scott Russell (ZXR750)
1993 – Monza 1 – Aaron Slight (ZXR750)
1993 – Donington 1 – Scott Russell (ZXR750)
1993 – Donington 2 – Scott Russell (ZXR750)
1994 – Donington 2 – Scott Russell (ZXR750)
1994 – Hockenh eim 1 – Scott Russell (ZXR750)
1994 – Hockenheim 2 – Scott Russell (ZXR750)
1994 – Sugo 1 – Scott Russell (ZXR750)
1994 – Sugo 2 – Scott Russell (ZXR750)
1994 – Mugello 1 – Scott Russell (ZXR750)
1994 – Donington 3 – Scott Russell (ZXR750)
1994 – Donington 4 – Scott Russell (ZXR750)
1994 – Phillip Island 2 - Anthony Gobert (ZXR750)
1994 – Laguna Seca 1 - Anthony Gobert (ZXR750)
1995 – Phillip Island 2 - Anthony Gobert (ZXR750)
1996 – Laguna Seca 2 - Anthony Gobert (ZX-7RR)
1996 – Phillip Island 1 - Anthony Gobert (ZX-7RR)
1996 – Phillip Island 2 - Anthony Gobert (ZX-7RR)
1997 – A1-Ring 2 - Akira Yanagawa (ZX-7RR)
1997 – Sugo 1 - Akira Yanagawa (ZX-7RR)
1999 – Sugo 2 - Akira Yanagawa (ZX-7RR)
2000 – Sugo 1 - Hitoyasu Izutsu (ZX-7RR)
2000 – Sugo 2 - Hitoyasu Izutsu (ZX-7RR)
2006 – Assen 1 - Chris Walker (ZX-10R)
2011 – Nürburgring 2 - Tom Sykes (ZX-10R)
2012 - Monza 2 - Tom Sykes (ZX-10R)
2012 – Silverstone 1 Loris Baz (ZX-10R)
2012 – Moscow 1 - Tom Sykes (ZX-10R)
2012 – Portimao 1 - Tom Sykes (ZX-10R)
2012 – Magny-Cours 2 - Tom Sykes (ZX-10R)
2013 – Assen 1 - Tom Sykes (ZX-10R)
2013 – Donington 1 - Tom Sykes (ZX-10R)
2013 – Donington 2 - Tom Sykes (ZX-10R)
2013 – Imola 1 - Tom Sykes (ZX-10R)
2013 – Imola 2 - Tom Sykes (ZX-10R)
2013 – Silverstone 2 – Loris Baz (ZX-10R)
2013 – Nürburgring 1 - Tom Sykes (ZX-10R)
2013 – Laguna Seca 1 - Tom Sykes (ZX-10R) 
2013 – Magny-Cours 1 - Tom Sykes (ZX-10R)
2013 – Magny-Cours 2 - Tom Sykes (ZX-10R)
2014 – Motorland 1 - Tom Sykes (ZX-10R)
2014 – Motorland 2 - Tom Sykes (ZX-10R)
2014 – Donington 1 - Tom Sykes (ZX-10R)
2014 – Donington 2 - Tom Sykes (ZX-10R)
2014 – Misano 1 - Tom Sykes (ZX-10R)
2014 – Misano 2 - Tom Sykes (ZX-10R)
2014 – Algarve 1 - Tom Sykes (ZX-10R)
2014 – Laguna Se ca 2 - Tom Sykes (ZX-10R)
2015 – Phillip Island 1 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2015 – Buriram 1 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2015 – Buriram 2 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2015 – Motorland 1 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2015 – Assen 1 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2015 – Assen 2 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2015 – Imola 1 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2015 – Imola 2 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2015 – Donington 1 - Tom Sykes (ZX-10R)
2015 – Donington 2 - Tom Sykes (ZX-10R)
2015 – Algarve 1 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2015 – Algarve 2 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2015 – Misano 1 – Tom Sykes (ZX-10R)
2015 – Misano 2 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2015 – Jerez 1 – Tom Sykes (ZX-10R)
2015 – Magny-Cours 1 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2015 – Magny-Cours 2 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2016 – Phillip Island 1 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2016 – Phillip Island 2 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2016 – Buriram 1 – Jonathan Rea (ZX-1 0R)
2016 – Buriram 2 – Tom Sykes (ZX-10R)
2016 – Assen 1 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2016 – Assen 2 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2016 – Sepang 1 – Tom Sykes (ZX-10R)
2016 – Donington 1 – Tom Sykes (ZX-10R)
2016 – Donington 2 – Tom Sykes (ZX-10R)
2016 – Misano 1 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2016 – Misano 2 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2016 – Laguna Seca 1 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2016 – Laguna Seca 2 – Tom Sykes (ZX-10R)
2016 - Lausitzring 2 – Jonathan Rea (ZX-10R)
2017 – Phillip Island 1 - Jonathan Rea (ZX-10RR)
2017 – Phillip Island 2 - Jonathan Rea (ZX-10RR)
2017 – Buriram 1 - Jonathan Rea (ZX-10RR)
2017 – Buriram 2 - Jonathan Rea (ZX-10RR)
2017 – Motorland 1 - Jonathan Rea (ZX-10RR)
2017 – Assen 1 - Jonathan Rea (ZX-10RR)
2017 – Assen 2 - Jonathan Rea (ZX-10RR)
2017 – Donington 1 – Tom Sykes (ZX-10RR)
2017 – Donington 2 Jonathan Rea (ZX-10RR)




X-Dot tawar topi keledar tempatan dengan Bluetooth

X-Dot kini menawarkan topi keledar siri B mereka iaitu topi keledar yang dilengkapi dengan peralatan Bluetooth Twiins® D1. Peralatan Bluetooth ini telah direka khusus untuk membolehkan anda menerima panggilan telefon dengan selamat dan mudah dan selamat sewaktu menunggang skuter atau motosikal anda.

Sistem Twiins® D1 ini adalah serasi dengan kebanyakan peralatan Bluetooth® yang memancarkan isyarat audio (telefon mudah alih, telefon pintar, peralatan navigasi GPS dan juga pelbagai peralatan lain). Peralatan ini di integrasi sepenuhnya di dalam topi keledar tersebut.
Untuk menggunakannya buat kali pertama, anda mesti mengecas peralatan ini sepenuhnya dengan menyambungkan terminal pengecas kepada kabel USB yang disediakan USB yang dihubungkan ke pengecas USB. Ketika mengecas, cahaya merah LED akan menyala berterusan dan ia akan padam setelah pengecasan selesai. Jika anda merancang untuk menyimpan peralatan Bluetooth Twiins® anda untuk tempoh masa yang panjang, pastikan untuk mengecasnya semula sekurang kurangnya sekali setiap enam bulan untuk memastikan bateri berfungsi sempurna.

Pembesar suara peralatan ini terletak di sebelah kiri topi keledar tersebut. Letakkan mikrofon ke arah mulut anda dan sentiasa melindungi mikrofon dengan span atau padding yang dibekalkan unuk melindunginya dan menurangkan kebisingan bunyi lain didengari pendengar anda.
Untuk m
enghubungkan atau menggunakan Twiins® ini, adalah perlu untuk ia nya dipasangkan supaya serasi dengan peralatan Bluetooth anda ingin sambungkan (telefon mudah alih, peralatan navigasi GPS). Terlebih dahulu pastikan peralatan anda tidak dihidupkan, dan tekan butang kawalan di sebelah mikrofon sehingga penunjuk LED mula berkelip dalam warna merah dan biru. Telefon mudah alih atau peralatan navigasi GPS akan mencari peranti itu di bawah nama D1VA. Proses mempasangkan peralatan atau pairing ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja.

Setelah memasangkan kedua duanya, untuk menghidupkan sistem hubungan helmet ana dengan telefon atau peranti lain, tekan dan tahan butang untuk beberapa saat sehingga pembesar suara memberi nada bunyi akustik dan penunjuk LED pada mikrofon mula berkelip biru. Untuk mematikan sistem ini, tekan dan tahan butang kawalan untuk beberapa saat sehingga terdengar nada akustik dan penunjuk LED mula berkelip merah sebelum peralatan dimatikan.

Apabila terdapat panggilan masuk, anda akan mendengar nada dering pada pembesar suara, dan hanya perlu mengaktifkannya dengan suara anda, seperti mengucapkan "Hello!"
Peranti Twiins® D1 adalah diprogramkan dengan tahap kekuatan bunyi yang membolehkan anda untuk mendengar optimum pada kelajuan sehingga 80 kmj. Untuk melaraskan kekuatan bunyi, gunakan kawalan pada peralatan yang disambung (contoh: kawal bunyi pada telefon bimbit anda). Walaubagaimana pun, persepsi kekuatan bunyi mungkin berbeza-beza bergantung kepada kedudukan dan jarak pembesar suara dari telinga anda, bunyi motosikal, keadaan luaran dan faktor-faktor lain.
Peralatan ini menggunakan sistem Bluetooth 2.1 Kelas 2 dan dikuasakan oleh bateri lithium polimer, yang tahan sehingga 7 jam masa percakapan dan 200 jam masa siap sedia (bergantung kepada penggunaan dan konfigurasi peralatan). Ia juga bersedia untuk beroperasi sebagai interkom dan boleh dipasangkan dengan sistem Twiins® Intercoms D3 dan Twiins® D2HSAi.
Helmet yang ditunjukkan ini ditawarkan pada harga tawaran RM250 sahaja.