Peluang untuk Pandu Uji Model terbaru dari Kawasaki Motors

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB) akan menganjurkan pameran bergerak serta peluang untuk semua peminat Kawasaki memandu uji motosikal baru mereka pada 14hb Mei 2017 dari 10 pagi hingga 6 petang di Bulatan Bazarena, Stadium Melawati, Shah Alam. 

Tema Kawasaki " Always Close to You " Roadshow ini akan mempamerkan 2017 model terbaru mereka iaitu Kawasaki Z650 ABS, Ninja 650 ABS, Z900 ABS dan Versys-X 250. Peminat motosikal akan diberi peluang untuk menguji dengan menunggang model ini. Ia adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Satu trek akan disusun atur khas bagi membolehkan peminat motosikal merasai kelincahan dan prestasi motosikal yang di tawarkan. Pemilik motosikal Kawasaki juga akan mendapat peluang untuk perkhidmatan servise motosikal mereka dengan kos buruh percuma. Perkhidmatan yang akan dikendalikan oleh Kawasaki Exclusive Service Center yang terlatih (KESC).


Kawasaki Malaysia juga telah merancang pelbagai aktiviti untuk semua orang untuk mengambil bahagian pada hari tersebut. Nestle Malaysia juga akan menawarkan perkhidmatan minuman Nescafe percuma keada pencinta kopi. 

Lain-lain syarikat yang akan mengambil bahagian ialah Alpinestar Malaysia, Shoei Malaysia dan Bridgestone Malaysia, di mana mereka akan mempamirkan dan menawarkan pelbagai produk mereka . Perkhidmatan Kredit Aeon dan Tokio Marine Insuran juga akan berada di sana untuk memberi nasihat dan menawarkan produk mereka kepada bakal pelanggan.

Aktiviti roadshow ini adalah sebahagian daripada program Kawasaki Malaysia untuk mendekati pelanggan mereka dan orang ramai. Ini adalah sebahagian daripada komitmen Kawasaki Malaysia untuk memberikan pelanggan satu pengalaman yang terbaik
dengan slogan roadshow mereka, " Always Close to You".


Acara: Kawasaki Test Ride Roadshow - "Always Close to You"

Tarikh: 14 Mei 2017, 10:00 pagi -06:00 petang
Tempat: Bulatan Bazarena, Stadium Melawati Shah Alam