Kesedaran pemakaian topi keledar semakin meningkat

Duta Khas Setiausaha Agung PBB untuk Keselamatan Jalan Raya, Jean Todt, yang menekankan kenaikan kadar kematian lalu lintas jalan raya di peringkat global menyarankan semua pihak agar mengambil langkah-langkah perlu terutamanya di rantau ini. Penggunaan kenderaan dua roda berkuasa kini semakin berkembang disebabkan oleh pembandaran, keperluan yang lebih tinggi untuk mobiliti, aksesibiliti, kemampuan dan fleksibiliti, terutamanya di Asia Tenggara.

316,000 kematian tahunan berlaku di jalanraya Asia Tenggara, dan kira-kira 34 peratus daripada jumlah tersebut adalah berkaitan dengan kenderaan dua roda dan majoritinya adalah akibat kecederaan kepala. Penguatkuasaan dasar yang mempromosikan penggunaan kualiti dan topi keledar yang betul serta latihan, pelesenan dan insurans yang mencukupi, mampu mengurangkan bilangan kematian dan kecederaan serius kenderaan dua roda dengan ketara.
Beberapa bengkel telah dianjurkan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelesaikan perselisihan dalam kualiti topi keledar sekitar rantau ini serta untuk berkongsi amalan terbaik bagi menangani kesemua perbezaan termasuk pelaksanaan peraturan PBB berkenaan topi keledar atau helmet (peraturan 22) dan pelaksanaan penguatkuasaannya.

Dalam sebuah bengkel yang telah diadakan pada April lepa, beberapa kesimpulan telah dipersetujui wakil wakil negara yang hadir, antaranya:
Tahap keselamatan minimum yang disediakan oleh instrumen undang-undang PBB untuk kenderaan dan aksesori yang digunapakai oleh negara maju pada masa lalu dan pada masa ini, harus dikongsi dengan seluruh komuniti global.

Setiap orang mempunyai hak untuk mempunyai tahap keselamatan jalan raya minimum yang sama. Ia nya adalah hak kemanusiaan setiap orang.

Keseragaman dan harmonisasi keperluan undang-undang bagi reka bentuk dan penggunaan kenderaan atau aksesori seperti
helmet adalah satu cara untuk mencapai matlamat ini. Tidak ada warganegara kelas kedua yang akan mendapat tahap perlindungan  lebih rendah dan Peraturan PBB No. 22 adalah asas utama tahap keselamatan topi keledar minimum ayng akan memanafaatkan para penunggang kenderaan dua roda berkuasa secara global.

Transposisi Peraturan PBB No. 22 ke dalam undang-undang nasional harus sepadan dengan kesertaan pada Perjanjian 1958. Dengan cara ini negara peserta boleh menerima menafaat:
(i) pengetahuan pihak peserta perjanjian yang lain,
(ii) perkhidmatan teknikal pihak peserta perjanjian yang lain dalam melaksanakan ujian ke atas helmet bagi pihak orang lain
(iii) membolehkan pengawasan pasaran yang lebih baik, memandangkan semakan 3 Perjanjian akan membolehkan akses untuk mengkaji data kelulusan (sistem DETA) pihak peserta perjanjian (dengan ini helmet palsu akan lebih mudah dikenal pasti),
(v) penguatkuasaan yang lebih baik, kerana polis boleh lebih mudah mengenal pasti helmet yang diluluskan melalui tanda E.

Tidak mudah mengenal pasti sumbangan Peraturan PBB No. 22 dalam mengurangkan kematian jalan, tanpa mengambil kira penguatkuasaan dan pendidikan.

Walau bagaimanapun, negara-negara yang menjadi pihak peserta perjanjian dan konvensyen UNECE, termasuk Perjanjian 1958 dan Peraturan No. 22 yang dilampirkan, telah berjaya mengurangkan separuh daripada jumlah kematian jalanraya sejak penyertaan mereka.