Suzuki GSX-700 T kan dilancar

Suzuki akan melancarkan model GSX-700 T mereka, yang merupakan sebuah kafe-roadster-naked yang diasaskan pada model konsep Recursion.

Berita kemunculan model ini dikesan dari sekumpulan  peniaga-peniaga Suzuki di Greece yang telah memberitahu akhbar tempatan di sana. Pada pertemuan mereka dengan Suzuki baru-baru ini, mereka diberitahu mengenai penawaran model baharu itu.
Mereka juga diberitahu bahawa model itu akan dikenali sebagai GSX-700 T, dan ia akan dikuasakan oleh enjin dwi-silinder 700cc XE7 dengan turbo bergeometri berubah. Pada Tokyo Motor Show dalam tahun 2013, konsep Recursion Suzuki ini telah dipamerkan dengan enjin versi 588cc.
Motosikal itu dijangkakan mungkin akan ditawarkan dengan nama 'Recursion' juga, dan ia dikuatkan lagi apabila diambilkira bahawa dua tahun lalu Suzuki telah mendaftarkan nama model tersebut sebagai tanda dagang untuk digunakan di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat.


No comments: