Peraturan baharu WSBK 2018 cabar Rea dan Kawasaki

Jonathan Rea akan menghadapi ujian terbesar mempertahankan kejuaraannya apabila musim 2018 WorldSBK bermula kelak. Kejayaan merangkul juara tiga tahun telah diperolehinya melalui 39 kemenangan, 70 podium untuk menghadiahkan tiga gelaran WorldSBK padanya. Hanya Carl Fogarty, Troy Bayliss, dan Noriwaki Haga yang memenangi lebih banyak perlumbaan dalam kerjaya WorldSBK mereka. Ia sebenarnya telah menjadi era bersejarah bagi Rea dan Kawasaki.

Walaubagaimanapun, bagi WorldSBK, pencapaian itu telah disambut dengan reaksi negatif peminat terhadap keputusan ini. WorldSBK kini erasakan bahawa perubahan penting diperlukan untuk memastikan keseimbangan yang lebih kompetitif untuk kejohanan ini. Sehubungan ini pelbagai peraturan baharu telah difikirkan untuk mengurangkan penguasaan Kawasaki. Namun begitu harus difahami bahawa matlamatnya bukanlah untuk menghalang Rea dan Kawasaki dari menang, tetapi semata-mata untuk membolehkan pengeluar lain mendapat persaingan yang lebih adil.
Bagi Rea, perubahan ini akan mengakibatkan perubahan gaya dan falsafah menunggang musim 2018 ini tetapi pelumba Ireland Utara itu ingin menekankan bahawa dia teruja dengan perubahan yang akan dibuat.

"Saya seorang lelaki Superbike tulen, dan saya benar-benar berharap bahawa ia kan berhasil (mencapai tujuannya)," kata Rea. "Saya telah berada di padok WSBK ini selama sepuluh tahun dan saya suka kejuaraan ini. Saya berharap bahawa kita akan mempunyai perlumbaan yang hebat untuk peminat sebenar perlumbaan Superbike, dan saya akan hadi ke musim 2018 dengan fikiran terbuka mengenai peraturan baharu ini.

"Cara orang ramai melihat hasrat peraturan tersebut adalah penting. Secara peribadi, saya fikir bahawa ia pelik untuk berada dalam situasi di mana anda mengekang pasukan terpantas. Di arena MotoGP, mereka memberikan konsesi kepada pasukan untuk kekurangan mereka. Ia mungkin tayar yang lebih lembut, pembangunan enjin, atau lebih banyak peluang ujian. Saya cuba untuk bersikap positif mengenainya dan saya berharap ia boleh membawa pengeluar kepada persaingan yang lebih hampir, tetapi ia sukar untuk dilakukan.

"Kawasaki dan Ducati berada di depan adalah kerana mereka melabur paling banyak wang dalam kejohanan itu. Kedua-duanya membelanjakan lebih banyak pada segi teknikal dan pada penunggang berbanding pasukan yang lain, dan ini membuat mereka sukar ditewaskan. Saya faham bahawa sesuatu perlu dilakukan kerana terdapat perlumbaan tahun ini di mana sama ada diri saya atau Chaz telah menjarakkan diri terlalu jauh di hadapan. Saya fikir ia adalah satu keputusan yang berani untuk membuat perubahan ini dan saya berharap bahawa dari masa ke masa ia akan terbukti betul. "

Perubahan kepada peraturan WSBK 2018 yang paling banyak diperkatakan adalah kekangan had revolusi enjin atau rpm, yang akan mengakibatkan Kawasaki kehilangan kira-kira 1200 rpm untuk pusingan pembukaan musim di Australia kelak. Bagi Rea, dan ketua krunya, Pere Riba, peluang untuk menang dengan falsafah yang berbeza adalah "menarik." Pasukan mereka telah mempertimbangkan apa yang perlu mereka lakukan untuk memastikan penghantaran kuasa jentera mereka masih kan menjadi pendahulu kelasnya, dan yang menariknya dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Rea telah mencari cara untuk menghasilkan penghantaran kuasa yang lebih lancar. Dia mungkin mendapat apa yang dikehendakinya dengan perubahan-perubahan baharu ini, dan dengan secara tak langsung, teori itu dapat memainkan peranannya untuk mengatasi pesaingnya.
"Saya tidak begitu risau terhadap prestasi kami dengan kehilangan RPM. Apabila anda kehilangan kuasa di hujung, ia akan mengubah cara anda menunggang jentera, jadi kami akan memberi tumpuan untuk meningkatkan kelajuan pengambilan selekoh kami. Saya tidak keberatan dengan kekangan RPM tetapi saya tidak bersetuju dengan manipulasi prestasi sepanjang musim. Kita boleh kehilangan lebih banyak RPM sepanjang musim ini dan itu bukanlah bersemangat kesukanan di mata saya. Saya tidak keberatan jika peraturan diubah kerana anda dengan mudah akan memahaminya dan membangunkan motosikal anda sepanjang cuti musim sejuk, tetapi mengubah peraturan pusingan demi pusingan adalah tidak adil.

"Kami gunakan kotak gear bernisbah tetap di WorldSBK, dan ini bermakna jika anda diarah menurunkan RPM pada pertengahan musim, semua kerja yang kami lakukan pada cuti musim sejuk untuk memahami nisbah yang ideal akan menjadi sia sia. Musim sejuk ini kami akan menghabiskan banyak masa untuk memahami apakah penyelesaian terbaik untuk kami. "

No comments: