Minyak masak ganti minyak enjin?

Gambar hiasan dari YouTube
Kereta guna minyak masak ganti minyak enjin, kan murah?

Banyak teori dan juga perbincangan yang telah diperkatakan tentang isu ini. Ada juga yang mengatakan bahawa minyak masak sebenarnya minyak sintetik tanpa kita sedari. Terdapat juga beberapa individu yang menggunakan minyak masak dalam kereta mereka dan mendakwa bahawa ia sama baiknya dengan minyak pelincir yang jauh lebih mahal. Mereka ini bukanlah sekadar orang awam tetapi ada juga yang merupakan jurutera dan sebagainya.

Minyak enjin konvensional yang berkualiti akan mampu menangani dengan suhu operasi enjin sehingga 121° C, tetapi akan mula memecah atau terurai molekulnya apabila suhu melebihi 135° C. Pendekatan lazim adalah untuk cuba mengekalkan suhu minyak di antara 110 dan 127° C darjah.

Minyak sintetik sepenuhnya pula akan mampu menangani suhu takungan melebihi paras 148° C, dan untuk perlumbaan profesional, beberapa pasukan perlumbaan menguji campuran sintetik khusus yang diformulasikan ultra-nipis, yang mampu beroperasi pada suhu 177° C atau lebih tinggi lagi.

Berbalik kepada minyak masak, ramai tukang masak yang menyedari titik didih cecair yang digunakan di dapur. Titik didih untuk air, contohnya, ialah 100° C atau 212° F. Tetapi titik didih minyak, adalah lebih sukar untuk ditentukan. Sebelum minyak atau lemak mencapai titik didih, ia akan mula berasap. Asap adalah bukti pemecahan lemak akibat suhu panas dan mengeluarkan bau dan rasa yang sangat luar biasa. Titik asap untuk minyak goreng berbeza-beza, dan bergantung kepada komponen, asal, dan bahkan tahap perbaikan. Titik asap menandakan kandungan asid lemak terbebas dan tahap penambahbaikan meningkat. Tindakan memanaskan minyak menghasilkan lebih banyak asid lemak bebas, dan proses sains ini jugalah sebab mengapa tukang masak yang baik tidak akan menggunakan minyak yang sama lebih dari dua kali untuk gorengan garing (deep fry).

Minyak zaitun mampu bertahan suhu sehingga 199° C dan minyak kacang pula sehingga 232° C. Benar ia mampu mengangani suhu operasi enjin, tetapi ketika panas, lemak minyak akan terurai dan kualitinya akan menurun seperti yang telah dikatakan tadi. Satu lagi kekurangan minyak masak ialah ia nya tidak mempunyai bahan pembersih untuk menangani kotoran yang disebabkan oleh proses pembakaran dalam operasi enjin, dan kotoran ini mampu mendatangkan kehausan berlebihan terhadap enjin anda.

Mudahnya beginilah........,
Para pengilang minyak masak sendiri sehingga kini belum lagi diketahui menggunakan minyak masak mereka untuk pelinciran enjin dan jentera kilang mereka sendiri.  Kalau mereka sendiri pun belum yakin dengan minyak mereka untuk melindungi enjin dan peralatan mereka, tepuk dada tanya selera lah....

Memang ada pelbagai eksperimen dan ujian sedang dilakukan untuk mengembangkan kegunaan minyak tumbuhan bagi mengurangkan kebergantungan dunia terhadap minyak mineral atau minyak fosil dari hasil bumi. Mungkin satu hari nanti minyak pelincir yang cukup berkualiti dapat dihasilkan dari minyak sawit dan ini akan membantu industri sawit negara.

No comments: