5.47 juta motosikal terjual di Indonesia

Sepuluh kali ganda dari jualan motosikal Malaysia
Persatuan Industri Motosikal Indonesia (AISI) melaporkan jualan motosikal di Indonesia mencatat sejumlah 5.47 juta unit dari bulan Januari hingga November 2017. Sebagai perbandingan, jumlah ini adalah kira kira sepuluh kali ganda jualan motosikal di Malaysia.

Menjelang akhir November, Honda mencatat jualan sebanyak 4.10 juta unit, iaitu kira-kira 75 peratus daripada jumlah jualan negara itu. Yamaha berada di tempat kedua dengan jumlah jualan 1.22 juta unit. Kedua kedua jenama ini telah bersaing di pasaran sejak beberapa tahun yang lalu. Menyusul ialah Kawasaki dengan jumlah jualan 73,184 unit, dan Suzuki dengan produk baharu merekodkan 68,893 unit. TVS dari India berada di belakang sekali dengan jumlah jualan 1,138 unit.

Pada tahun 2016, Honda juga merupakan pemimpin pasaran Indonesia dengan menjual 4.38 juta unit atau 74 peratus jualan motosikal kebangsaan sebanyak 5.93 juta unit. Yamaha menyusul dengan 1.39 juta unit, Kawasaki dengan 97,622 unit, Suzuki dengan 56,824 unit dan TVS dengan 1,873 unit.

Sumber: tempo.co

No comments: