Yamaha Mio S dilancar di Indonesia

Yamaha Motor akan melancarkan (dalam Bahasa Idonesia disebut meluncur) MIO S yang baharu di Indonesia mulai Oktober 2017. Skuter 125cc ini direka dengan badan yang langsing dan bergaya, untuk memudahkan pengendalian oleh para wanita.

MIO S baharu adalah berdasarkan platform skuter MIO semasa. Walaupun ia mengekalkan enjin BLUE CORE yang mantap, ciri-ciri baru dalam MIO S termasuk 
1) panel depan langsing dan reka bentuk badan yang halus, 
2) ruang kaki yang luas dan permukaan bertekstur dengan rasa fabrik yang berkualiti, dan 
3) Sistem kunci jawab balik, dan lampu LED pertama bagi siri MIO. 

MIO S telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang menginginkan kepraktisan tetapi juga sensitif terhadap trend, dan menumpukan kepada pelanggan wanita berusia 18-25 yang mencari skuter yang bergaya tetapi berpatutan.

Menurut kajian Yamaha dalam tahun 2016, pasaran motosikal Indonesia kini mempunyai skala 5.6 juta unit, yang mana kira-kira 80% dari jumlah tersebut adalah skuter. Kira-kira 2 juta daripada skuter ini berada dalam julat harga asas dan rendah, dan membentuk segmen pasaran terbesar.


No comments: