Dwi-podium kali keempat untuk Yamaha di MotoGP Australia

 Pelumba pasukan Movistar Yamaha MotoGP Valentino Rossi dan Maverick Viñales berada dalam kelompok hadapan dalam Grand Prix Motosikal Michelin Australia yang berlangsung sengit di litar Phillip Island. Tujuh pelumba bertarung agresif untuk mendapat tempat di podium, dan kedua dua pelumba Yamaha ini telah mempersembahkan tunggangan cemerlang untuk meletakkan jentera YZR-M1 mereka di dalam kelompok tiga teratas. Tempat kedua dan ketiga di Australia ini merupakan kali keempat mereka menaiki podium bersama sama musim ini.
Rossi telah bermula kukuh dari kedudukan ketujuh di grid permulaan dan tidak lama kemudian mendapati dirinya berada di posisi kelima selepas beberapa selekoh awal. Dia terus mendesak dalam pusingan satu, dan melintasi garisan di tempat keempat, betul betul di belakang rakan sepasukannya Vinales. Pertarungan awal dengan Johann Zarco menyaksikan nya kembali menurun ke tempat kelima, tetapi tidak lama selepas itu beliau menawan tempat ketiga, dengan berbaki 25 pusingan lagi setelah memintas Marc Marquez dan Zarco yang telah tersasar sedikit. Melewati Viñales, Doctor kelihatannya mampu berada di depan ketika dia mengatasi Jack Miller untuk memimpin kesemua pelumba hnaya dua lap kemudian, namun sedikit kekacauan telah berlaku.
Zarco dan Marquez kembali ke hadapan semula ketika Rossi sedikit melebar di selekoh 4, dengan 18 pusingan berbaki, dan Miller pula turut tersasar sejurus selepas itu. Pelumba lagenda Itali itu tidak teragak-agak untuk menawan kembali kedudukannya, tetapi dia tidak mampu memisahkan dirinya kerana persaingan di bahagian depan terus berlanjutan.

Rossi sedang menunggang di tempat kedua apabila berbaki lapan pusingan, namun telah bersentuhan dengan roda hadapan Marquez, yang mendorongnya ke belakang ke tempat keempat. Walau bagaimanapun, persaingan empat pusingan yang sengit pada akhir perlumbaan menyaksikan juara dunia sembilan kali ini membalas dendam. Dia menetapkan masa terbaik yang konsisten dalam sektor satu dan dua untuk memulakan pusingan terakhir di tempat kedua. Dengan jurang dua saat dengan Marquez yang berada di hadapan, Rossi menumpukan perhatian untuk menangkis Zarco dan Viñales dan melintasi garisan penamat pada posisi kedua, 1.799s di belakang Marquez. Ini merupakan podium ke-17 bagi VR46 di litar Phillip Island.

Viñales juga bermula baik dan segera mengancam pendahulu perlumbaan Miller dan Marquez. Selepas dua pusingan tayarnya panas dan dia bersedia memuka langkah. Semasa dia memintas Marquez, dia membawa Rossi bersamanya. Rakan sepasukannya itu telah memintasnya dengan 23 pusingan berbaki, ketika mereka mengejar pemimpin perlumbaan, tetapi pelumba Sepanyol itu tidak mudah berputus asa.
 Apabila Rossi memintas Miller, Viñales pula memintas kedua mereka. Dia mengetuai perlumbaan, tetapi tidak mampu bertahan dalam pertempuran ini. Dia tidak lama lagi terpaksa berurusan dengan Marquez, Zarco dan Miller sekali lagi dan pelumba Sepanyol itu berada di kedudukan kelima, dengan 15 pusingan berbaki, di belakang rakan sepasukannya.

Melihat Rossi mula mencelah ke hadapan, Viñales berhati-hati mengambil tempatnya, tetapi ia tetap satu pertepuran sengit di bahagian depan. Dia cuba mendesak, tetapi tidak lama kemudian terpaksa bermula sekali lagi kerana pertempurannya dengan Zarco dan Andrea Iannone menolaknya turun ke tempat ketujuh. Dia memulihkan semula kedudukannya dengan mengetepikan Miller dan Cal Crutchlow dengan lima pusingan berbaki, dan menggunakan sakibaki tayarnya untuk menyempurnakan pusingan terakhir untuk melepasi Iannone lalu dan mengatasi Zarco di garisan untuk tamat 0.016s di hadapan Zarco bagi menawan tempat ketiga dan 1.826s ddi belakang Marquez.
Hasil perlumbaan di litar Philip Island ini meletakkan Viñales di tempat ketiga dalam kejohanan keseluruhan dengan jurang 50 mata dari pendahulu, sementara Rossi kembali ke tempat keempat dalam kedudukan, 81 mata dari Marquez. Yamaha naik ke tempat kedua dalam klasifikasi Pengeluar atau Constructor, 34 mata di belakang pertama, dan Movistar Yamaha MotoGP berada di tempat kedua dalam cabaran Pasukan, dengan 36 mata ke kedudukan teratas.

Kita nantikan pula aksi mereka dalam Grand Prix Motosikal Shell Malaysia minggu depan di Litar Antarabangsa Sepang. Anda akan ke sana?

No comments: