Yamaha Wolverine X4 kenderaan rekreasi serba boleh






Yamaha akan melancarkan kenderaan rekreasi luar-jalan (ROV) baharu di Amerika Utara dan juga pasaran lain mulai September 2017 yang dinamakan Wolverine X4. Kenderaan rekreasi luar-jalan ROV adalah produk utama dalam segmen perniagaan kenderaan rekreasi RV1, dan model baharu yang memaparkan enjin 2-silinder yang baru dibangunkan untuk kegunaan rekreasi ini mencapai prestasi dan keselesaan luar jalan. Pembuatan kenderaan ini akan dijalankan oleh syarikat Kumpulan A.S. Yamaha Motor Manufacturing Corporation of America (YMMC).

Wolverine X4 merupakan turutan dari model rekreasi 2 tempat duduk Wolverine yang dilancarkan pada 2015. X4  mempunyai dua barisan dua kerusi bagi menawarkan 4 tempat duduk.

Ciri-ciri utama ROV termasuk
1) prestasi enjin 2 silinder 847cm3 yang selesa, tenang, lancar, dan bergetaran rendah yang baru dibangunkan yang juga mempunyai kuasa untuk memandu di luar jalan dengan muatan empat orang
2) pengendalian badan dan lincah sesuai untuk prestasi luar jalan
3) tempat duduk belakang yang serba boleh, di mana kusyen tempat duduk boleh dilipat ke atas dan diluncur ke hadapan untuk memperluaskan ruang bagasi yang ada.

Wolverine X4 ini merupakan model ke-lima ROV Yamaha Motor sejak pelancaran VIKING awal pada tahun 2013, bagi melengkapkan lagi barisan model yang memenuhi pelbagai keperluan pelanggan termasuk bilangan penghuni yang merentasi aplikasi komersil, rekreasi, dan sukan. Yamaha Motor merancang pelancaran produk baru untuk terus memperluaskan jualan pada masa akan datang.

Namun begitu, seperti mana mana model ATV di seluruh dunia, model ini tidak boleh didaftarkan untuk mendapatkan plat lesen, dan oleh itu tidak boleh digunakan di jalan awam, dan khusus untuk kegunaan rekreasi sahaja.

No comments: