Teknologi tetuang Yamaha hasilkan DiASil


Silinder DiASil digunakan dalam enjin model sports seperti LC135, FZ150i, YZF-R25 dan R3
Selepas berjaya membuat silinder untuk enjin YA-1, (klik sini untuk baca artikel terdahulu) Yamaha telah memulakan penyelidikan dan pembangunan R & D untuk pelbagai logam dan kaedah menuang logam. Pengalaman dalam
kepakaran mereka dalam proses tersebut telah membolehkan kilang-kilang Yamaha menghasilkan satu demi satu peralatan logam tetuang yang berprestasi dan berkualiti untuk memenuhi permintaan pemaju produk.

Antara logam yang digunakan, aluminium terbukti lebih sesuai daripada besi atau keluli untuk digunakan bagi menghasilkan kebanyakan bahagian dalam motosikal, enjin sangkut bagi bot, dan
enjin kereta kerana sifatnya yang ringan, ketahanan terhadap karat, penyesaran haba yang tinggi, kemudahan pemesinan, kbolehan kitar semula dan kurangan toksik. Tambahan pula, ia membolehkan pengilang untuk menghasilkan peralatan yang tepat seperti yang dikehendaki dengan penambahan elemen lain seperti silikon, magnesium, zink dan tembaga untuk menghasilkan pelbagai aloi aluminium, yang boleh digunakan dalam kaedah yang berbeza seperti acuan tetuang logam, tangan logam tekanan tinggi dan penuangan logam bertekanan rendah. Ia merupakan usaha berterusan tanpa kompromi untuk memenuhi pelbagai keperluan prestasi yang dituntut pelbagai cawangan penghasilan dalam syarikat itu sendiri yang telah membawa kejayaan teknologi tuangan logam eksklusif Yamaha dan berterusan hingga ke hari ini.

Sebagai contoh, silinder dan omboh enjin sangkut untuk bot yang pertama dikeluarkan Yamaha iaitu P-7 yang dihasilkan pada tahun 1960, telah dibentuk dengan proses tetuang beracuan dan menggunakan aloi aluminium dengan kandungan silikon yang tinggi sebagai langkah untuk melawan karat dan kakisan. Selepas lanjut penyelidikan, Yamaha berjaya mencipta aloi aluminium baru pada tahun 1993 dinamakan "YDC-30," yang menyediakan prestasi dan kebolehpercayaan sangat baik dan turut tahan terhadap kakisan air garam. Aloi ini digunakan untuk menghasilkan bahagian bawah dan unit bawah enjin sangkut, yang berada di dalam air.

Bagi motosikal Yamaha, penggunaan teknolongi tetuang logam aluminium bermula dengan kotak engkol atau crankcase. Pada tahun 1967, Yamaha telah mengembangkan dan mempatenkan Silinder Gabungan Metalik (Metallic Bond Cylinder), yang menggunakan aloi aluminium-besi untuk mencantumkan selinder besi tetuang ke selinder aluminium tetuang bagi menghasilkan silinder ringan dengan kualiti penyejukan yang stabil. Teknologi ini segera diguna pakai dalam empat model, termasuk motosikal sports 350cc R1 bersilinder kembar.

Bagi bahagian casis, Yamaha menjadi pengeluar pertama dalam industri motosikal untuk mengeluarkan roda aluminium secara besar besaran, untuk mendapatkan faedah keseimbangan kekuatan dan ketegaran yang sangat baik. Bermula dengan XS750C yang dikeluarkan di Amerika Sarikat dan Eropah pa tahun 1976, Yamaha memperkenalkan roda-roda ini pada sejumlah model, dan akhirnya ia menjadi peralatan standard untuk penggayaan motosikal.
Proses penuangan logam secara graviti membolehkan logam cair mengalir masuk secara perlahan tanpa menggunakan tekanan, dan ia sesuai untuk penghasilan bahagian atau alanganti berbentuk kompleks atau rompong, seperti roda.
Proses menuang logam  secara pengisian terkawal  (CF iaitu controlleg filling) merupakan kaedah tetuang aluminium yang digunakan hari ini untuk menhasilkan kerangka model motosikal seperti MT-09. Berbeza dengan proses menung logam konvensional, faktor-faktor seperti kelajuan aliran aluminium lebur, tahap vakum dalam acuan dan suhunya semuanya betul betul dikawal. Ini menghasilkan pemejalan seragam aluminium yang lebih bik dan menghalang pembentukan gelembung udara dalam sekeping peralatan atau bahagian siap, membolehkan penghasilan peralatan atau alatganti yang ringan, tipis dan bahagian aluminium berketepatan tinggi dengan permukaan yang licin. Tambahan pula, teknologi ini membolehkan penggunaan aloi aluminium dengan 20% kandungan silikon, yang tidak mampu digunakan dengan kaedah penuangan logam sebelum ini.
Proses ini telah membolehkan Yamaha untuk mencipta silinder DiASil (Die-casting Aluminium-Silicon) dengan kos rendah, berprestasi tinggi yang tidak memerlukan pelapik silinder atau penyaduran dinding silinder. Pertama digunakan pada T135, penggunaan silinder DiASil kini telah menular ke model motosikal sports bersesaran kecil seperti FZ15i, YZF-R25/R3.

Kemajuan kumulatif yang dilakukan oleh teknologi ini juga membawa kepada kemajuan lebih lanjut seperti acuan-tetuang aloi magnesium ayng merupakan logam yang agak sukar untuk dikendalikan semasa penuangan. Teknologi ini kemudiannya membolehkan
pembangunan kaedah cekap kos untuk menghasilkan kerangka magnesium dan subkerangka (subframes) yang lebih baik daripada aluminium kerana ianya adalah lebih ringan.

No comments: