Mini jelajahi negara sempena 60 tahun Merdeka

 Bagi meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60, MINI Malaysia menganjurkan Siri Jelajah ‘The Nation’ MINI. Siri jelajah ke seluruh negara itu menyingkap aspek sejarah, budaya dan kemodenan Malaysia, di samping meraikan warisan, prestasi dan inovasi yang dicapai oleh MINI. 

Siri jelajah ke seluruh negara yang bermula pada 22 September hingga 3 Disember 2017 itu menampilkan sesi pandu uji khas kenderaan MINI baharu. Selain hadiah dan tawaran istimewa dengan rebat yang tinggi dan kadar faedah rendah, tawaran Hari Malaysia dengan rebat menarik sebanyak RM6,000 ditawarkan untuk MINI dengan warna Jalur Gemilang.

Siri Jelajah ‘The Nation’ MINI juga menawarkan pelan Pembiayaan MINI yang istimewa termasuklah pakej Straight Line, Balloon dan bayaran Kitaran Penuh di mana anda boleh memiliki sebuah MINI bermula RM1,970 sebulan. 

MINI JCW Pro Boost Kit menyerlahkan warisan sporty MINI ke atas model MINI Cooper S 5 Door dengan manggabungkan pengalaman berlumba selama lebih 50 tahun bersama teknologi tercanggih dan bahan binaan ringan.

MINI JCW Pro Boost Kit ini terdiri dari rim aloi JCW Pro Cross-Spoke 506 bersaiz 18 inci, Kit Talaan JCW Pro dan Sistem Peredam Injap JCW Pro.

Rim JCW Pro Cross-Spoke 506 bersaiz 18 inci itu ditempa menggunakan aluminium, sekali gus menjadikannya 1 kg lebih ringan berbanding rim tetuang konvensional. Berat jejari rim tersebut juga dioptimumkan untuk menambah baik aspek dinamiknya. Cross Spoke dua tona itu disalut dengan kemasan jernih berkualiti tinggi yang bukan sahaja kelihatan cantik, malah jejari dengan corak filigri dan relief-turned itu disusun dalam lima kumpulan yang menghasilkan penampilan lebih menarik serta mantap buat MINI Cooper S 5 Door baharu.

Salah satu contoh utama keupayaan kejuruteraannya ialah JCW Pro Tuning Kit yang menjanjikan kuasa ekstra untuk pemanduan paling mencabar kepada MINI Cooper S 5 Door. Kemas kini yang mengoptimumkan prestasi baharu enjin, digabungkan dengan peredam injap yang ditala sebaiknya itu ditambah baik dari segi maklum balas serta lonjakan prestasi biasa enjin daripada 192hp menjadi 211hp (+19hp). Cukup berkuasa, tork kenderaan boleh mencapai puncaknya sehingga 300Nm berbanding enjin asalnya iaitu 280Nm (+20Nm).

Setiap MINI dibezakan melalui bunyi enjinnya yang sangat unik. Sistem Peredam Injap JCW Pro dengan kemasan paip krom menawarkan dua mode bunyi – “Sport” hadir bersama bunyi yang menarik untuk menemani pemanduan harian. Manakala bunnyi “Track” pula mampu mengepam adrenalin anda ketika berada di litar lumba. Ridip ekzos mengeluarkan bunyi pop dan pecah, ia boleh dioperasi secara tanpa wayar melalui dua klik pada butang kawalan Bluetooth 4.0 .

MINI JCW Pro Boost Kit ini hanya sah untuk pembelian kereta baharu MINI Cooper S 5 Door pada acara Siri Jelajah ‘The Nation’ MINI. Ia ditawarkan dalam lima warna signatur MINI – merah (Blazing Red), hijau (British Racing Green), putih (Pepper White), perak (White Silver) dan oren (Volcanic Orange).

Harga runcit MINI Cooper S 5 Door dengan JCW Pro Boost Kit (termasuk Jaminan MINI Selama 4 Tahun Tanpa Had Perbatuan bersama Bantuan Tepi Jalan) ialah RM249,888. Harga runcit MINI JCW Pro Boost Kit untuk MINI Cooper S 5 Door sepanjang siri jelajah seluruh negara ialah RM10,000 termasuk kos pemasangan. Harga runcit biasanya ialah RM 26,000.



Lokasi dan tarikh Siri Jelajah ‘The Nation’ MINI adalah seperti berikut:


Lokasi
Tarikh
1.     
Paradigm Mall
22 Sep – 24 Sep 2017
2.     
AEON Seremban 2
29 Sep – 1 Okt 2017
3.     
Setia City Mall
6 Okt – 8 Okt 2017
4.     
Gurney Plaza
13 Okt – 15 Okt 2017
5.     
Suria Sabah
20 Okt – 22 Okt 2017
6.     
Sutera Mall Johor
27 Okt – 29 Okt 2017
7.     
Desa ParkCity
10 Nov – 1Nov 2017
8.     
The Spring Kuching
17 Nov – 19 Nov 2017
9.     
Sunway Velocity Mall
1 Dis – 3 Dis 2017

Maklumat lanjut mengenai siri jelajah MINI, sila layari laman web mini.my/nation-roadshow.


No comments: