Menangi Triumph Bobber di Hard Rock Cafe Penang!

 Sebuah motosikal Triumph Bonneville Bobber 1200cc bernilai RM74,990 kini boleh anda menangi dengan berbelanja sekurang kurangnya RM250 di Hard Rock Cafe Pulau Pinang.

Tawaran in terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang mengunjungi Hard Rock Cafe Penang sehingga 14 Disember 2017 ini. Ini termasuklah ekspatriat dan juga yang bertaraf penduduk tetap (PR).
Promosi ini dianjurkan dengan kerjasama Fast bikes Sdn Bhd dan hard rock hotel Pulau Pinang. " Promosi bersama ini membolehkan kami menerokai kepelbagaian sinergi di antara Triumph dan Hard Rock Cafe yang sudah sememangnya merupakan jenama jenama tersohor sedunia," kata Ketua Pegawai eksekutif Fast bikes Sdn Bhd Dato' Razak Al-Malique Hussain.

Pengurus Besar Hard rock Hotel Pulau Pinang, John Primmer turut teruja dengan respons pengunjung yang datang untuk melihat sendiri motosikal tersebut yang dipamerkan di kafe mereka. "Kami amat gembira dengan maklumbalas yang ditunjukkan umum walaupun peraduan itu baru dua minggu dilancarkan," katanya.
Motosikal Bonneville Bobber merupakan model Triumph yang mempamerkan rekabentuk kustom dari pengilangnya sendiri. Ia menggabungkan rekabentuk penggayaan minimalistik namun berpenampilan berkuasa dengan rekayasa Bobber sebenar.

Cabutan penenuan pemenang akan diadakan pada 15 Disember kelak di Hard rock Cafe Penang, di mana pemenang utama akan menjadi pemilik baharu motosikal Bobber tersebut, manakala beberapa hadiah lain turut menanti penunjung lain, seperti hadiah kedua yang berbentuk penginapan 3hari 2 malam di Casa Del mar, Langkawi dan juga penginapan 2 hari 1 malam di Hard Rock Cafe Penang sendiri sebagai hadiah ketiga.

Maklumat lanjut boleh anda perolehi dengan melayari http://http://penang.hardrockhotels.net/calendar/rock-n-ride/ dan juga laman http://www.fastbikes.com.my





No comments: