Continental perkenal dua teknologi teknologi tayar baharu

Continental memperkenalkan dua konsep teknologi tayar baru yang akan menawarkan keselamatan dan keselesaan jalan yang lebih baik pada masa depan. Kedua-dua sistem ini membolehkan pemantauan berterusan terhadap keadaan tayar, serta penyesuaian keadaan yang sesuai dengan ciri-ciri prestasi tayar dengan keadaan jalan. Teknologi yang dipanggil ContiSense dan ContiAdapt ini akan diperkenalkan buat pertama kali di Pameran Motor Frankfurt 2017 (IAA) yang disertai dengan kajian tayar.

 ContiSense: Menggunakan sensor tayar untuk mengukur kedalaman jejak dan suhu dan memberi amaran kepada pemandu berkenaan kerosakan tayar - penghantaran data melalui getah konduktif elektrik
 ContiAdapt: ​​Melaraskan tekanan tayar dan lebar rim untuk menyesuaikan saiz sentuhan tayar dengan keadaan jalan raya
 Konsep teknologi baharu ini akan dipamerkan di IAA 2017 selaras dengan kajian teknologi tayar yang dikemas kini

ContiSense didasarkan pada perkembangan sebatian getah konduktif elektrik yang membolehkan isyarat elektrik dihantar dari sensor dalam tayar kepada penerima di dalam kereta. Sensor berasaskan getah sentiasa memantau kedalaman dan suhu bunga tayar. Sekiranya nilai-nilai yang diukur ini berada di atas atau di bawah had yang telah ditetapkan, sistem tersebut akan memberi amaran kepada pemandu. Jika apa-apa menembusi bunga tayar, litar dalam tayar juga kakan mencetuskan amaran segera kepada pemandu - lebih cepat daripada sistem yang digunakan masakini yang hanya memberi amaran kepada pemandu apabila tekanan tayar telah mula menurun. Pada masa akan datang, sistem ContiSense akan menampilkan sensor tambahan yang juga boleh digunakan secara individu. Jadi maklumat tentang permukaan jalan, seperti suhu atau kehadiran salji, boleh "dirasakan" oleh tayar dan disampaikan kepada pemandu. Data boleh dihantar kepada sistem elektronik kenderaan atau melalui bluetooth ke telefon pintar.


ContiAdapt pula menggabungkan kompresor mikro yang diintegrasikan ke dalam roda untuk menyesuaikan tekanan tayar dengan rim lebar boleh-ubah. Oleh itu, sistem itu mampu mengubahsuai saiz permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan. Saiz sentuhan tayar ini merupakan faktor penentu untuk keselamatan dan keselesaan.

Empat kombinasi berbeza membolehkan penyesuaian sempurna bagi keadaan jalan yang basah, tidak sekata, licin dan juga keadaan jalan biasa. Sebagai
contohnya, saiz sentuhan tayar yang kecil dan digabungkan dengan tekanan tayar yang tinggi akan merendahkan rintangan golekan tayar dan memberikan pemanduan yang cekap tenaga di jalan yang lancar dan kering. Di sebaliknya, gabungan sentuhan tayar yang lebih besar dengan tekanan tayar yang lebih rendah akan menghasilkan cengkaman yang ideal di jalan licin. Sistem ini juga membenarkan tekanan tayar rendah di bawah 1 bar ditetapkan, untuk membantu mengeluarkan kenderaan dari kawasan salji tebal contohnya, atau merentasi jalan berais yang berbahaya.

ContiSense dan ContiAdapt dilengkapi pada tayar konsep yang membolehkan faedah kedua-dua sistem untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Reka bentuk tayar mempunyai tiga corak bunga yang berbeza untuk pemanduan basah, licin atau permukaan kering. Bergantung pada tekanan tayar dan lebar rim, zon bunga yang berbeza akan diaktifkan dan tayar konsep ini memberikan corak sentuhan tayar yang diperlukan dalam setiap kes. Dengan cara ini, tayar mampu beradaptasi dengan keadaan jalan semasa ataupun pilihan pemandu.

Continental menganggap konsep teknologi tayar ini menjanjikan penyelesaian untuk mobiliti masa depan dengan tayar disesuaikan untuk memenuhi keperluan pemanduan automatik dan elektrifikasi. Sebagai contoh, tayar dengan rintangan golekan yang rendah akan membolehkan kereta elektrik untuk mencapai jarak lebih jauh pada sekali caj penuh. Pada masa yang sama, tayar boleh disesuaikan mengikut keperluan peribadi pemandu atau sebagai tindak balas kepada perubahan mendadak cuaca. Konsep-konsep ini adalah langkah seterusnya yang logik dalam
pembangunan sensor REDI yang berorientasikan masa depan yang telah diperkenalkan ke pasaran oleh Continental pada tahun 2014, yang penting dalam mewujudkan komunikasi pintar antara kenderaan dan tayar. Tayar konsep teknologi baharu ini merupakan turutan dari dua teknologi mobiliti lebih awal iaitu ContiSeal, untuk penampalan kebocoran secara automatik, dan ContiSilent untuk pengurangan ketara bunyi tayar/jalan.

No comments: