Kemaraan Yamaha tak mampu digugat

 Berbaki hanya tiga pusingan lagi, Kejohanan PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix nampaknya didominasi oleh jentera Yamaha, dengan tiga pasukan teratas kini mendahului kutipan mata tanpa mampu digugat pasukan yang menggunakan jentera Honda. Jentera Y15ZR SOHC dengan gerek 57.0 x lejang 58.7mm (undersquare) Yamaha tampak menyerlah dalam tahun sulung penampilannya ini jika dibandingkan dengan prestasi jentera RS10R DOHC Honda dengan gerek dan lejang yang lebih sekata (square engine) pada 57.3 x 57.8 mm.

Tiga pusingan terakhir ini menawarkan jumlah kutipan mata maksima sebanyak 75 mata, dan jika pasukan SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing mampu mengutip semuanya sekali pun, ia masih belum cukup baik untuk menggugat penyandang tempat kedua keseluruhan iaitu pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ yang kini sudah mengutip 155 mata. Malah, peluang untuk menduduki tempat ketiga juga agak getir memandangkan pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang kini berada selesa di sana dengan 116 mata kini. Tempat keempat kini diduduki Onexox TKKR Racing Team, yang telah kehilangan ayam tambatan mereka Norizman Ismail di pusingan ketiga lepas. Al- Fatihah. Pasukan GiVi Honda Yuzy Racing pula kini mengekori di belakang dengan 41 mata setakat ini.

Jauh mendahului di hadapan merupakan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang diterajui Kasma Daniel Kasmayudin. Kepantasan Kasma Daniel Kasmayudin telah membolehkannya meraih kemenangan ketiga berturut-turut yang juga merupakan kemenangan kelimanya bagi musim 2017 apabila menjuarai perlumbaan CP150 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang berakhir di Pasir Puteh, Kelantan, baru baru ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu melintasi garisan penamat secara bersendirian dengan masa keseluruhan 17’52.165s mengatasi rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan perlumbaan dengan masa 17’54.113s. Kasma memulakan perlumbaan di belakang Mohd Izzat Zaidi Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) dan bermula agak perlahan hingga ketinggalan di belakang beberapa pelumba lain. Persaingan pada awal perlumbaan agak sengit sehinggalah beliau dapat mendahului pelumba lain namun masih perlu berhati-hati kerana permukaan litar yang semakin licin.

Perebutan tempat kedua dan ketiga yang menjadi milik Fazli dan Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) setelah seorang lagi pelumba, Ramdan yang berada di kedudukan kedua terjatuh ketika perlumbaan berbaki beberapa pusingan sahaja lagi.

Kasma terus selesa mendahului kedudukan keseluruhan pelumba setelah mengumpul 125 mata daripada tujuh pusingan yang telah berlangsung setakat ini manakala Afif kekal di tangga kedua dengan 99 mata diikuti Fazli ketiga dengan 64 mata.

KEPUTUSAN PUSINGAN 7, PASIR PUTEH, KELANTAN
CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:52.165s
2 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:54.113s
3 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 17:54.739s
4 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 18:06.052s
5 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 18:06.295s

Kedudukan Keseluruhan
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 125 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 99 mata
3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 64 mata
4 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 51 mata
5 Md Fitri Ashraff Razali (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 51 mata

CP115
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:46.688s
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:46.894s
3 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 13:47.727s
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 13:54.385s
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 13:57.524s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 130 mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 96 mata
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 78 mata
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PERONAS Sprinta Yamaha – CKJ 58 mata
5 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 52 mata

WIRA
1 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:12.261s
2 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:12.399s
3 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 11:16.542s
4 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:16.982s
5 Md Aiman Azman (SGR) V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing 11:17.191

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 107 mata
2 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 94 mata
3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 93 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 87 mata
5 Md Danial Syahmi (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 69 mata

Barisan pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton diumum

Genap seratus hari selepas Perjanjian Muktamad antara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding) yang ditandatangani pada 23 Jun, kedua-dua syarikat telah mengesahkan struktur baru lembaga pengarah dan sebahagian pasukan eksekutif bagi PROTON Holdings Berhad dan syarikat-syarikat berkaitannya (Kumpulan PROTON).

Dato' Sri Syed Faisal Albar kekal sebagai Pengerusi PROTON Holdings Berhad (PHB), dan beliau disertai oleh Shaharul Farez Hassan dan Amalanathan Thomas sebagai calon-calon dari DRB-HICOM sebagai ahli lembaga pengarah. Farez dan Nathan merupakan sebahagian barisan pengurusan kanan di DRB-HICOM.
Geely Holding telah mencalonkan Daniel Donghui Li dan Feng Qing Feng untuk menyertai ahli lembaga pengarah PHB. Daniel Donghui Li kini memegang jawatan
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely Holding, sementara Feng adalah Naib Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Teknologi di Geely Auto, syarikat yang tersenarai di Bursa Hong Kong.
Kesemua lima mereka ini juga merupakan ahli lembaga pengarah Perusahaan
Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), bersama Dr. Nathan Yu Ning, yang merupakan Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa dan Penasihat Eksekutif
kepada Presiden di Geely Holding. Winfried Vahland, bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Škoda Auto, juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di
PONSB.
Syed Faisal, Farez, Nathan, Daniel Donghui Li dan Dr. Nathan Yu Ning juga dilantik
sebagai ahli lembaga pengarah di PROTON Edar Sdn Bhd, syarikat pengedaran
PROTON di Malaysia.

Lembaga Pengarah telah memutuskan usaha pemulihan jenama global PROTON
sebagai teras keutamaan syarikat. Barisan Eksekutif Global Kumpulan PROTON telah mencalonkan Dr. Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PONSB, berikutan perletakan jawatan Dato’ Ahmad Fuaad Kenali pada 30 September.

Dr. Li telah mengabdikan selama 30 tahun kerjayanya dalam industri automotif dan
mempunyai pengalaman bekerja dengan jenama utama antarabangsa seperti
Honda, Kia dan Dongfeng dalam pelbagai peringkat tertinggi. Dr. Li bakal bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi PROTON, yang melibatkan pengeluaran, pembuatan, operasi, kualiti dan penyelidikan & pembangunan, serta penjualan dan pemasaran.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif semasa, Dato’ Radzaif Mohammed akan menyokong Dr. Li dan bersama-sama mengetuai pelan pemulihan untuk PROTON.

Pemulihan penuh PROTON adalah matlamat utama kedua-dua Lembaga Pengarah, serta Pasukan Eksekutif yang akan mengetuai perubahan tersebut. Matlamat bersama kedua-dua pasukan ini adalah untuk memulihkan PROTON sebagai
jenama terlaris di Malaysia dan sebagai tiga jenama utama ASEAN pada tahun-tahun akan datang. Bagi mencapai matlamat ini, pihak pengurusan PROTON telah
menubuhkan sebuah pasukan global yang dapat menggemblengkan pengetahuan
terkini pasaran kedua-dua pemegang saham; meliputi maklumat pasaran tempatan DRB-HICOM dan juga sumber-sumber antarabangsa Geely Holding.

Syed Faisal yakin bahawa kerjasama antara kedua-dua syarikat bakal menghasilkan
keputusan yang diinginkan. “Kerjasama bersama Geely Holding ini telah memperkukuhkan lagi struktur syarikat
dan menjana hasil yang memberangsangkan; kami telah menubuhkan satu Lembaga Pengarah global dan bakal mewujudkan sebuah pasukan global terkemuka untuk bekerjasama bagi pemulihan global jenama PROTON. Saya amat yakin bahawa kita boleh mencapai matlamat yang telah kita tetapkan hari ini,” kata Syed Faisal.

Daniel Donghui Li bersetuju dengan keyakinan Syed Faisal. “Selepas usaha pencarian global bersama bagi calon yang sesuai untuk merealisasikan visi bersama kami demi masa depan PROTON, kedua-dua
pemegang saham percaya bahawa Dr. Li adalah calon terbaik untuk memulihkan
PROTON sepenuhnya. Kami akan menggunakan sumber dan kesinambungan
global kami untuk merealisasikan potensi sebenar PROTON dengan kerjasama
DRB-HICOM,” ujar Daniel Donghui Li.

Dr. Li akan menjadi CEO PONSB berkuatkuasa 1 Oktober, 2017 dan akan
memainkan peranan penting dalam pembangunan kenderaan baharu untuk
PROTON. Kenderaan pertama hasil usahasama ini merupakan SUV bersaiz
sederhana, dan ianya kali pertama PROTON memasuki segmen ini.

CEO PONSB yang baru dilantik Dr. Li berkata, beliau teruja untuk menghadapi
cabaran dalam peranan baru ini.
“Saya dicalonkan oleh Lembaga Pengarah untuk menghidupkan semula PROTON
dan saya percaya jenama kereta Malaysia itu bakal menjadi jenama domestik
nombor satu dan sebuah jenama terkemuka ASEAN. Untuk merealisasikan visi ini, PROTON kini mempunyai akses kepada sinergi global, kepakaran dan sokongan kewangan yang diperlukan daripada keluarga Geely. Saya yakin bahawa hari-hari terbaik PROTON bakal menjelang semula,” kata Dr. Li.

Sementara itu, pengambil alihan 51% ekuiti dalam pengeluar kereta Britain Lotus
oleh Geely Holding daripada PROTON juga telah diselesaikan. DRB-HICOM telah
menganjurkan bidaan antarabangsa untuk rakan strategik asing untuk PROTON
pada tahun 2016, dan telah menilai lebih daripada 30 syarikat global. Geely Holding
diumumkan sebagai rakan strategik asing baru PROTON pada 24 Mei tahun ini
berikutan Perjanjian Dasar yang ditandatangani di Kuala Lumpur.

Barisan pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton diumum

Genap seratus hari selepas Perjanjian Muktamad antara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding) yang ditandatangani pada 23 Jun, kedua-dua syarikat telah mengesahkan struktur baru lembaga pengarah dan sebahagian pasukan eksekutif bagi PROTON Holdings Berhad dan syarikat-syarikat berkaitannya (Kumpulan PROTON).

Dato' Sri Syed Faisal Albar kekal sebagai Pengerusi PROTON Holdings Berhad
(PHB), dan beliau disertai oleh Shaharul Farez Hassan dan Amalanathan Thomas
sebagai calon-calon dari DRB-HICOM sebagai ahli lembaga pengarah. Farez dan
Nathan merupakan sebahagian barisan pengurusan kanan di DRB-HICOM.
Geely Holding telah mencalonkan Daniel Donghui Li dan Feng Qing Feng untuk
menyertai ahli lembaga pengarah PHB. Daniel Donghui Li kini memegang jawatan
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely Holding, sementara
Feng adalah Naib Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Teknologi di Geely Auto,
syarikat yang tersenarai di Bursa Hong Kong.

Kesemua lima mereka ini juga merupakan ahli lembaga pengarah Perusahaan
Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), bersama Dr. Nathan Yu Ning, yang
merupakan Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa dan Penasihat Eksekutif
kepada Presiden di Geely Holding. Winfried Vahland, bekas Pengerusi dan Ketua
Pegawai Eksekutif Škoda Auto, juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di
PONSB.
Syed Faisal, Farez, Nathan, Daniel Donghui Li dan Dr. Nathan Yu Ning juga dilantik
sebagai ahli lembaga pengarah di PROTON Edar Sdn Bhd, syarikat pengedaran
PROTON di Malaysia.
Lembaga Pengarah telah memutuskan usaha pemulihan jenama global PROTON
sebagai teras keutamaan syarikat.
Barisan Eksekutif Global
Kumpulan PROTON telah mencalonkan Dr. Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) PONSB, berikutan perletakan jawatan Dato’ Ahmad Fuaad Kenali
pada 30 September.
Dr. Li telah mengabdikan selama 30 tahun kerjayanya dalam industri automotif dan
mempunyai pengalaman bekerja dengan jenama utama antarabangsa seperti
Honda, Kia dan Dongfeng dalam pelbagai peringkat tertinggi.
Dr. Li bakal bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi PROTON, yang
melibatkan pengeluaran, pembuatan, operasi, kualiti dan penyelidikan &
pembangunan, serta penjualan dan pemasaran.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif semasa, Dato’ Radzaif Mohammed akan
menyokong Dr. Li dan bersama-sama mengetuai pelan pemulihan untuk PROTON.

Pelan Pemulihan
Pemulihan penuh PROTON adalah matlamat utama kedua-dua Lembaga Pengarah,
serta Pasukan Eksekutif yang akan mengetuai perubahan tersebut. Matlamat
bersama kedua-dua pasukan ini adalah untuk memulihkan PROTON sebagai
jenama terlaris di Malaysia dan sebagai tiga jenama utama ASEAN pada tahun-
tahun akan datang. Bagi mencapai matlamat ini, pihak pengurusan PROTON telah
menubuhkan sebuah pasukan global yang dapat menggemblengkan pengetahuan
terkini pasaran kedua-dua pemegang saham; meliputi maklumat pasaran tempatan
DRB-HICOM dan juga sumber-sumber antarabangsa Geely Holding.
Syed Faisal yakin bahawa kerjasama antara kedua-dua syarikat bakal menghasilkan
keputusan yang diinginkan.
“Kerjasama bersama Geely Holding ini telah memperkukuhkan lagi struktur syarikat
dan menjana hasil yang memberangsangkan; kami telah menubuhkan satu
Lembaga Pengarah global dan bakal mewujudkan sebuah pasukan global
terkemuka untuk bekerjasama bagi pemulihan global jenama PROTON. Saya amat
yakin bahawa kita boleh mencapai matlamat yang telah kita tetapkan hari ini,” kata
Syed Faisal.
Daniel Donghui Li bersetuju dengan keyakinan Syed Faisal.
“Selepas usaha pencarian global bersama bagi calon yang sesuai untuk
merealisasikan visi bersama kami demi masa depan PROTON, kedua-dua
pemegang saham percaya bahawa Dr. Li adalah calon terbaik untuk memulihkan
PROTON sepenuhnya. Kami akan menggunakan sumber dan kesinambungan
global kami untuk merealisasikan potensi sebenar PROTON dengan kerjasama
DRB-HICOM,” ujar Daniel Donghui Li.

Dr. Li akan menjadi CEO PONSB berkuatkuasa 1 Oktober, 2017 dan akan
memainkan peranan penting dalam pembangunan kenderaan baharu untuk
PROTON. Kenderaan pertama hasil usahasama ini merupakan SUV bersaiz
sederhana, dan ianya kali pertama PROTON memasuki segmen ini.
CEO PONSB yang baru dilantik Dr. Li berkata, beliau teruja untuk menghadapi
cabaran dalam peranan baru ini.
“Saya dicalonkan oleh Lembaga Pengarah untuk menghidupkan semula PROTON
dan saya percaya jenama kereta Malaysia itu bakal menjadi jenama domestik
nombor satu dan sebuah jenama terkemuka ASEAN. Untuk merealisasikan visi ini,
PROTON kini mempunyai akses kepada sinergi global, kepakaran dan sokongan
kewangan yang diperlukan daripada keluarga Geely. Saya yakin bahawa hari-hari
terbaik PROTON bakal menjelang semula,” kata Dr. Li.

Mini jelajahi negara sempena 60 tahun Merdeka

 Bagi meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60, MINI Malaysia menganjurkan Siri Jelajah ‘The Nation’ MINI. Siri jelajah ke seluruh negara itu menyingkap aspek sejarah, budaya dan kemodenan Malaysia, di samping meraikan warisan, prestasi dan inovasi yang dicapai oleh MINI. 

Siri jelajah ke seluruh negara yang bermula pada 22 September hingga 3 Disember 2017 itu menampilkan sesi pandu uji khas kenderaan MINI baharu. Selain hadiah dan tawaran istimewa dengan rebat yang tinggi dan kadar faedah rendah, tawaran Hari Malaysia dengan rebat menarik sebanyak RM6,000 ditawarkan untuk MINI dengan warna Jalur Gemilang.

Siri Jelajah ‘The Nation’ MINI juga menawarkan pelan Pembiayaan MINI yang istimewa termasuklah pakej Straight Line, Balloon dan bayaran Kitaran Penuh di mana anda boleh memiliki sebuah MINI bermula RM1,970 sebulan. 

MINI JCW Pro Boost Kit menyerlahkan warisan sporty MINI ke atas model MINI Cooper S 5 Door dengan manggabungkan pengalaman berlumba selama lebih 50 tahun bersama teknologi tercanggih dan bahan binaan ringan.

MINI JCW Pro Boost Kit ini terdiri dari rim aloi JCW Pro Cross-Spoke 506 bersaiz 18 inci, Kit Talaan JCW Pro dan Sistem Peredam Injap JCW Pro.

Rim JCW Pro Cross-Spoke 506 bersaiz 18 inci itu ditempa menggunakan aluminium, sekali gus menjadikannya 1 kg lebih ringan berbanding rim tetuang konvensional. Berat jejari rim tersebut juga dioptimumkan untuk menambah baik aspek dinamiknya. Cross Spoke dua tona itu disalut dengan kemasan jernih berkualiti tinggi yang bukan sahaja kelihatan cantik, malah jejari dengan corak filigri dan relief-turned itu disusun dalam lima kumpulan yang menghasilkan penampilan lebih menarik serta mantap buat MINI Cooper S 5 Door baharu.

Salah satu contoh utama keupayaan kejuruteraannya ialah JCW Pro Tuning Kit yang menjanjikan kuasa ekstra untuk pemanduan paling mencabar kepada MINI Cooper S 5 Door. Kemas kini yang mengoptimumkan prestasi baharu enjin, digabungkan dengan peredam injap yang ditala sebaiknya itu ditambah baik dari segi maklum balas serta lonjakan prestasi biasa enjin daripada 192hp menjadi 211hp (+19hp). Cukup berkuasa, tork kenderaan boleh mencapai puncaknya sehingga 300Nm berbanding enjin asalnya iaitu 280Nm (+20Nm).

Setiap MINI dibezakan melalui bunyi enjinnya yang sangat unik. Sistem Peredam Injap JCW Pro dengan kemasan paip krom menawarkan dua mode bunyi – “Sport” hadir bersama bunyi yang menarik untuk menemani pemanduan harian. Manakala bunnyi “Track” pula mampu mengepam adrenalin anda ketika berada di litar lumba. Ridip ekzos mengeluarkan bunyi pop dan pecah, ia boleh dioperasi secara tanpa wayar melalui dua klik pada butang kawalan Bluetooth 4.0 .

MINI JCW Pro Boost Kit ini hanya sah untuk pembelian kereta baharu MINI Cooper S 5 Door pada acara Siri Jelajah ‘The Nation’ MINI. Ia ditawarkan dalam lima warna signatur MINI – merah (Blazing Red), hijau (British Racing Green), putih (Pepper White), perak (White Silver) dan oren (Volcanic Orange).

Harga runcit MINI Cooper S 5 Door dengan JCW Pro Boost Kit (termasuk Jaminan MINI Selama 4 Tahun Tanpa Had Perbatuan bersama Bantuan Tepi Jalan) ialah RM249,888. Harga runcit MINI JCW Pro Boost Kit untuk MINI Cooper S 5 Door sepanjang siri jelajah seluruh negara ialah RM10,000 termasuk kos pemasangan. Harga runcit biasanya ialah RM 26,000.

Lokasi dan tarikh Siri Jelajah ‘The Nation’ MINI adalah seperti berikut:

Lokasi
Tarikh
1.     
Paradigm Mall
22 Sep – 24 Sep 2017
2.     
AEON Seremban 2
29 Sep – 1 Okt 2017
3.     
Setia City Mall
6 Okt – 8 Okt 2017
4.     
Gurney Plaza
13 Okt – 15 Okt 2017
5.     
Suria Sabah
20 Okt – 22 Okt 2017
6.     
Sutera Mall Johor
27 Okt – 29 Okt 2017
7.     
Desa ParkCity
10 Nov – 1Nov 2017
8.     
The Spring Kuching
17 Nov – 19 Nov 2017
9.     
Sunway Velocity Mall
1 Dis – 3 Dis 2017

Maklumat lanjut mengenai siri jelajah MINI, sila layari laman web mini.my/nation-roadshow.

Pembeli kini makin bermaklumat dan bijak memilih

 Kepuasan pelanggan dengan pengalaman pemilikan kenderaan baharu mereka telah meningkat di Malaysia. Para pembeli kini membuat penyelidikan awal dari pelbagai sumber sebelum membuat keputusan pembelian untu mengetahui apa yang terbaik untuk mereka di dalam pasaran. Begitulah hasil kajian Indeks Kepuasan Jualan JD Power 2017 Malaysia (SSI ) yang telah didedahkan hari ini.

Nyata pelanggan masa kini lebih bermaklumat dan menginginkan layanan lebih baik berbanding sebelum ini. Pasaran sekarang merupakan pasaran pembeli, jadi pengeluar kereta terutamanya agen agen jualan mereka haruslah berusaha lebih kuat dan kreatif dalam mendekati pelanggan bagi menghasilkan pengalaman pembelian yang lebih baik.

Lebih dari 3 dalam 10 pelanggan (31%) menggunakan internet dalam penyelidikan  pembelian kenderaan baharu mereka, berbanding 27% pada 2016. Carian dalam talian kebanyakannya tertumpu pada harga / pembiayaan dan promosi kenderaan (91%) serta ciri-ciri kenderaan dan spesifikasi (63%). Tiga daripada laman web yang paling kerap dilawati adalah laman web pengguna / portal pengguna (55%), laman web kereta / forum (45%) dan laman web peniaga (28%).

Seperkara yang menarik, pembeli kini semakin didorong pengetahuan dan menggunakan pelbagai sumber maklumat apabila membeli kenderaan baru mereka. Kajian mendapati bahawa 44% pembeli menyemak panduan harga penyelidik sebelum keputusan pembelian mereka, meningkat 13 peratus dari 2016, dan 62% pelanggan telah melawat pameran dan / atau pameran kereta di pusat membeli-belah, berbanding dengan 53% pada 2016.

Selain itu, peratusan pelanggan yang secara serius telah mempertimbangkan model lain selain pilihan awal mereka telah meningkat sebanyak 24 peratus (44% vs 20%). Kajian ini juga menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus pelanggan yang telah diberikan perbandingan dengan model lain oleh jurujual mereka (49% vs 38%).

Peniaga kini juga menyediakan pelanggan dengan lebih banyak penjelasan tentang ciri dan keistimewaan kenderaan, seperti menunjukkan katalog / brosur (75% vs 69% pada 2016) dan menunjukkan ciri-ciri semasa ujian memandu ujian (49% vs 42% pada 2016). Tambahan pula, 91% pelanggan menunjukkan bahawa mereka telah ditanya mengenai profil, penggunaan, keperluan dan kehendak mereka, iaitu peningkatan sebanyak 3 peratus dari 2016. Kepuasan pelanggan yang ditanya mengenai profil mereka oleh jurujual mereka juga meningkat sebanyak 47 mata (pada skala 1,000 mata ) kepada 808 daripada 761.

Berikut adalah beberapa penemuan utama kajian tersebut:

Kepuasan keseluruhan telah meningkat: 
Pelanggan lebih berpuas hati pada tahun ini dengan pengalaman keseluruhan pembelian mereka, berbanding 2016 (12% vs 8%, masing-masing). Kepuasan keseluruhan di kalangan pelanggan telah meningkat kepada 923 mata pada 2017 daripada 901 mata pada 2016.

Pandu uji meningkatkan kepuasan: Kepuasan keseluruhan di kalangan pelanggan yang ditawarkan ujian memandu mencatat 810/1000 mata, berbanding 783/1000 mata bagi pelanggan yang tidak ditawarkan pandu uji. Peratusan pelanggan yang ditawarkan pandu uji tahun ini juga meningkat 13 peratus dari 2016 (80% vs 67%).

Hadiah percuma dihargai:
Lebih banyak pelanggan menerima hadiah percuma dari peniaga mereka tahun ini, dengan aksesori (51%) dan hadiah (39%) yang paling banyak diterima. Kepuasan pelanggan meningkat sebanyak 36 mata apabila pelanggan menerima hadiah percuma berbanding mereka yang tidak mendapat hadiah (811 vs 775).

Masa penghantaran/penyampaian kereta yang lebih cepat:
Lebih daripada 4 dalam 10 (43%) pelanggan menunjukkan bahawa mereka mengalami masa penghantaran kereta yang dibeli lebih baik daripada yang dijangkakan, peningkatan 3 peratus daripada 2016. Insiden masa penghantaran dijadualkan semula oleh jurujual berbanding janji asal telah menurun pada tahun 2017 dari tahun lalu (42% vs 50%). Kepuasan keseluruhan adalah lebih tinggi apabila tiada penjadualan semula tarikh penghantaran diperlukan (820), berbanding apabila terdapat penjadualan semula (782).

Hasil Kajian
Kepuasan jualan keseluruhan dalam segmen pasaran pelanggan mencatat purata 804 mata pada tahun 2017, berbanding dengan 789 pada 2016. Isuzu dan Toyota menduduki tangga tertinggi, dengan skor masing-masing 823. Isuzu sangat baik dalam memulakan minat pembelian, kemudahan peniaga dan faktor masa penghantaran. Toyota mencatat mata tertinggi dalam kesepakatan, penjual dan faktor proses penghantaran.

Jaga rantai mampu jimatkan wang

 Rantai pacuan motosikal anda harus dijaga dan diperiksa selalu untuk menjamin ketahanan. Rantai yang baik boleh tahan sehingga dua tahun dalam penggunaan biasa jika dijaga dengan baik.Penjagaan rantai agak mudah, pastikan rantai sentiasa berminyak dan tidak kering, kerana rantai yang kering akan cepat panas dan cepat haus, begitu juga sprocket.

Rantai yang haus tidak perlu menunggu pecutan untuk putus, ada rantai yang putus sewaktu anda baru memasuki gear satu untuk bergerak....  Sentiasa memeriksa rantai anda dan pastikan operasi rantai adalah licin dan agak senyap apabila anda memusingkan tayar belakang, rantai yang kering atau rosak selalunya berdesing, atau  seperti tersentap. Jika ianya seperti tersangkut-sangkut, periksa dahulu pin sambungan rantai, atau setiap sambungan dan minyakkan. Jika ini tidak menyelesaikan masalah anda, sudah sampai waktunya rantai perlu ditukar baru.
Rantai yang beralun ketika menunggang selalunya disebabkan oleh rantai yang terlalu kendur. Tongkatkan motosikal dengan tongkat tengah dan periksa rantai anda. Masukkan gear dan pusingkan tayar ke belakang untuk menegangkan bahagian atas rantai. Kemudian periksa tahap kekenduran rantai di bahagian bawah. Lazimnya kekenduran nya (bacaan "A" dalam gambar di atas) tidak harus melebihi 30-45 mm jika rantai digerakkan ke atas dan ke bawah.

Motosikal kini selalunya mempunyai penanda kehausan rantai pada pengikat gandar atau axle belakang. Apabila anda melaras rantai, perhatikan tanda tersebut agar sama penandanya di kiri dan kanan, atau jika tiada tanda, memadai dengan memerhatikan samada skru pelaras telah habis dipusing. Jika rantai masih kendur setelah skru pelaras diikat sepenuhnya atau telah sampai ke hujung tanda, maka tukarlah rantai anda.
 Satu lagi tanda kehausan rantai ialah apabila rantai tidak lagi sama muat dengan gegancu (sprocket) anda. Tegangkan rantai dan cuba gerakkan rantai itu di gegancu, jika ia longgar, tandanya rantai telah haus dan perlu ditukar, kerana rantai akan memanjang apabila lama digunakan (stretched). Cara mudah untuk memahami keadaan ini ialah dengan mengambil seutas rantai baru dan pasangkan pada sebuah gegancu yang baru, anda akan dapati bahawa rantai itu akan sama muat dengan gegancu baru tanpa sebarang kelonggaran. Rantai ini yang memindahkan kuasa menarik jentera dan juga berat anda sendiri sewaktu bergerak di jalanraya, bayangkan tenaga tarikan yang telah dilalui oleh rantai anda.

Rantai secara amnya terdapat dalam dua jenis iaitu rantai biasa dan rantai yang dilengkapi "O-ring" atau "x-ring" dan sebagainya yang lazim digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi dan juga dalam perlumbaan. Rantai "O-ring" memerlukan minyak khas yang sesuai untuk kegunaan rantai "O-ring", kerana minyak yang tidak sesuai akan menyebabkan "O-ring" menjadi kembang dan membocorkan gris yang terdapat di dalam rantai itu.

Sentiasa minyakkan rantai anda dengan minyak yang bersih; minyak hitam mungkin mengandungi bahan logam yang haus dari enjin. Rantai yang berminyak juga mudah menjadi kering selepas perjalanan meredah hujan, oleh itu jadikanlah amalan meminyakkan semula rantai selepas hujan. Bersihkan rantai jika selepas melalui jalan yang berdebu, kerana debu jalanan akan melekat pada rantai dan mempercepatkan kehausan lantas memendekkan usia rantai dan gegancu anda. Adalah menjadi amalan yang baik untuk menukarkan set rantai dan gegancu secara serentak, usahlah cuba berjimat dengan menukar rantai tanpa menukar gegancu ataupun sebaliknya, kerana kesepadanan rantai dan gegancu tidak akan anda perolehi dan akhirnya menyebabkan jangka hayat gegancu menjadi jauh lebih pendek dan merugikan. Rantai yang telah memanjang melebihi had juga perlu ditukar; adalah amala yang tibak digalakkan untuk memotong rantai dan menyambungnya semula, "penjimatan" ini mungkin menyebabkan anda terpaksa menolak motosikal anda apabila rantai itu putus sewaktu menunggang.

Terdapat juga sistem meminyakkan rantai automatik seperti "Scott-Oiler" namun ianya melibatkan belanja permulaan yang besar sekitar RM600, dan selalunya digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi, namun dari segi ekonomiknya ia memanjangkan usia rantai; ada yang mencapai 60,000km sebelum perlu menukar rantai baru.

Pam basikal dalam poket anda

  Apabila seseorang penunggang basikal terpaksa menukar tayar di tepi jalan, mengepamnya dengan menggunakan pam tangan yang padat boleh menjadi sesuatu yang merengsakan. Itulah sebabnya ramai penunggang menggunakan katrij udara termampat walaupun ia nya tidak dapat diguna atau dikitar/isi semula. Satu lagi alternatif dilancarkan di Interbike minggu ini,  iaitu pam elektrik bateri miniFumpa yang boleh anda beli.
Pam untuk injap Presta ini cukup kecil untuk dimasukkan ke dalam poket dan hanya berat 190 g (6.7 oz), dan boleh mengepam tayar 700 x 23C sehingga tekanan maksimum 120 psi (8 bar). Caj USB satu jam dengan bateri litium-polimer dilaporkan mencukupi untuk mengepam dua tayar sedemikian sehingga 100 psi setiap satu (7 bar). Proses inflasi mengambil masa kira-kira 40 hingga 50 saat setiap tayar.

 Para penunggang basikal yang memikirkan untu menggantikan pam di rumah mereka juga mungkin berminat dengan abang miniFumpa yang lebih besar iaitu Fumpa standard (gambar di atas). Ia boleh digunakan dengan kedua-dua injap Presta dan Schrader, dan boleh mengepam enam tayar pada sekali cas, mempunyai paparan bacaan digital, dan boleh mengepam tayar 700 x 23C sehingga 100 psi dalam hanya 20 hingga 25 saat. Namun begitu ia mungkin agak besar untuk disimpan dalam saku.

MiniFumpa ini berharga USD$129, manakala Fumpa pula berharga USD$179.
Sumber: Fumpa Pumps

Leona Chin kini duta jenama MMM

Mitsubishi Motors Malaysia mengalu-alukan Leona Chin sebagai duta jenama mereka. Leona telah banyak terlibat dalam pelbagai acara perlumbaan kereta di seluruh dunia dan baru-baru ini mencatat kemenangan dalam Siri Piala Clio di China, sebagai salah seorang dari
dua pemandu wanita pada perlumbaan pertama pada Mac 2016 di Zhuhai, China.

"Penglibatannya dalam menjadi menjadi platform yang hebat, sama juga seperti kami yang menghasilkan kenderaan rali Mitsubishi, yang kami kira akan menguntungkan pelanggan kami dari segi pengendalian, prestasi dan tidak melupakan keselamatan juga, "kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

"Leona juga telah menyertai Mitsubishi Motors dalam banyak acara lepas yang membuktikan kejayaan Triton berenjin MIVEC. Menaklki cabaran getir seperti Borneo Safari,
Jambore 4x4 pertama di Sarawak bukanlah tugas yang mudah, tetapi kami memutuskan untuk menncabar manusia dan jentera ke had mutakhirnya," tambah beliau lagi.

Selain Triton, MMM juga akan memneri penekanan kepada SUV Mitsubishi Motors iaitu
SUV Outlander dan ASX Compact. Kedua-duanya dipasang tempatan di Malaysia dengan ciri premium dan keselamatan yang membanggakan.

"Saya bangga mewakili Mitsubishi - jenama yang kuat dan berprestij dengan warisan sukan bermotor yang hebat. Ia merupakan satu perjalanan yang menarik untuk saya tahun lepas, sebagai duta produk dan pemilik Triton. Kebanyakan acara ekstrim yang saya turut serta dengan Mitsubishi telah membuktikan kekuatan, ketahanan dan kelasakan Triton. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mitsubishi Motors Malaysia untuk peluang bekerja bersama-sama lagi dan saya tidak sabar-sabar untuk mewakili jenama keseluruhan kali ini, "kata Leona Chin.

Sebagai seorang wanita dalam profesi yang didominasi oleh lelaki, Leona telah membuktikan dirinya dan meningkah banyak pandangan stereotaip setelah menakluki dunia sukan bermotor. Dengan senyuman manis
dan personaliti ceia, Leona banyak terlibat dalam Mitsubishi Motors selepas video "Gadis agen jualan bawa pelanggan utuk aksi drift dalam pikap" yang telah tular dan mendapat 7.3 juta tontonan di YouTube.

Sebagai duta jenama Mitsubishi Motors, Leona akan muncul dalam beberapa kempen termasuk semua jenis media, jerayawara dan pameran bergerak, serta dalam media sosial. Beliau akan muncul pada jerayawara pra-tonton Outlander pemasangan tempatan yang akan diadakan di Mid Valley Megamall, Bangsar, Kuala Lumpur dari 27 September ini hingga 1 Oktober mulai pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jumpa beliau di sana!

KTM Duke 250 dan 390 bagi 2017 kini tiba

KTM Malaysia malam ini mengumumkan kedatangan 250 Duke dan 390 Duke yang baharu.
Siri motosikal Duke  yang terdiri dari Duke 200, 250 dan Duke 390 merupakan model jualan terbaik di Malaysia sejak tahun 2012 dan telah menguasai pasaran motosikal ringan. Reka bentuk agresif, ringan, pengendalian, kuasa dan teknologi Duke mengatasi pesaingnya dan dianggap hebat oleh ramai penunggang.

Mengetuai rangkaian baharu bagi 2017 ini ialah Duke 390. Kuasanya yang mendebarkannya itu menjadi kegemaran disamping tunggangan yang mengujakan. Duke 390 2017 ini lebih berkuasa di bawah rekabentuk badannya yang baharu, dengan enjin yang menjana 44 hp dan 37 Nm.

Pendikitnya kini dikawal dengan wayar (Ride-by-Wire) yang tidak lagi memerlukan kabel pendikit untuk tindak balas pendikit yang lebih licin. Kuasa disalurkan melalui cekam atau klac gelincir berbantu (slip and assist) yang bukan sahaja menghilangkan getaran semasa penurunan gear yang agresif tetapi juga menekan plat klac bersama untuk meminimumkan kehilangan kuasa apabila mengilas pendikit dengan kasar. Cakera brek depan 320mm lebih besar dan sistem ABS BOSCH memastikan kuasa hentian yang lebih selamat walaupun dalam keadaan yang sukar.

Duke 390 dibekalkan paparan pelbagai fungsi baharu yang merupakan konsol paparan TFT berbilang warna berkemampuan pepasangan Bluetooth dengan telefon pintar dan boleh dikawal dari hendal, yang merupakan perintis dalam kelasnya. Duke 390 ini juga buat pertama kalinya didatangkan dengan lampu utama LED radikal baharunya yang serupa dengan lampu Super Duke R.

Duke 250 baru juga telah menerima penambahbaikan yang agresif. Enjin Duke 250 kini mengeluarkan 30 bhp dan dipasangkan dengan transmisi cekam atau klac gelincir berbantu (slip and assist), kesemuanya disokong kerangka yang ringan. Tupang hadapan adalah dari pakar suspensi White Power atau WP, yang memaparkan kartrij terbaharunya dengan teknologi terkini yang terdiri daripada peralatan yang sedikit dan ini membuatnya lebih ringan, lasak dan berprestasi tinggi dalam semua spektrum keadaan.

Duke 250 baharu kini direka bentuk secara agresif sebagai saudara Super Duke R 1290, selain reka bentuknya yang unik. Kedudukan menunggang yang agresif mempercepatkan nadi penunggang ke mod perlumbaan, dan tangki bahan api lebih besar dibekalkan untuk simpanan lebih banyak, sementarapelana baharunya adalah selesa untuk penunggangan sporty serta perjalanan berpembonceng.

Kedua-dua KTM Duke 250 dan KTM Duke 390 baharu ini boleh didapati dalam dua warna. Harga runcitnya termasuk GST adalah Rm21,730 bagi KTM Duke 250, manakala KTM Duke 390 pula ditawarkan pada harga RM28,800

Galeri Duke 390

Galeri Duke 250