Touratech failkan permohonan insolvensi


 Pengeluar aksesori motosikal terkenal dunia iaitu Touratech AG, telah memfailkan untuk memasuki status insolvensi. Walau bagaimanapun, operasi perniagaan akan diteruskan tidak berubah. Status tersebut telah dimaklumkan kepada pentadbir insolvensi sementara oleh Lembaga Eksekutif tentang ketidakmampuan bayar dan status semasa dalam mesyuarat syarikat, namun upah dan gaji 400 pekerja syarikat telah dibayar.

Fasa insolvensi lazimnya diumumkan sementara untuk mendapatkan gambaran keseluruhan keadaan ekonomi syarikat dan untuk mengkaji pilihan penstrukturan semula, dan bukan melambangkan bahawa syarikat btersebut telah bankrap.

Touratech juga mngumumkan bahawa mereka kini telah merangka prinsip permulaan untuk konsep pengubahsuaian dengan perundingnya sebelum aplikasi untuk insolvensi. Penyusunan semula kewangan telah bermula untuk membangun peluang dan meletakkan syarikat itu dalam kedudukan kewangan dan ekonomi yang sihat untuk memelihara lokasi dan pekerjaan sebanyak mungkin.
Antara sebab ketidakmampuan bayar adalah pelaksanaan lewat gedung baharu, kesulitan yang berkaitan dengan logistik dan pengeluaran serta kerugian pengeluaran dan bekalan yang banyak, yang akhirnya menjadi keadaan insolvensi atau ketidakcairan aset.

Syarikat ini juga terkenal di dunia untuk Touratech Travel Event yang menarik ribuan peminat motosikal ke Niedereschach setiap tahun sejak tahun 2004. Pada tahun 2017, syarikat itu dipilih sebagai jenama terbaik dalam bidang penukaran dan lampiran / aksesori untuk kali ketujuh berturut-turut oleh pembaca jurnal perdagangan Motorrad. Pada tahun 2015, Touratech meraikan sambutan jubli perak dengan lebih daripada 12,000 pengunjung dari Jerman dan luar negara sempena ulang tahun ke-25nya.
Touratech bermula pada tahun 1990 dengan perkembangan dan pengeluaran aksesori untuk motosikal yang terbukti terutamanya dalam tunggangan jarak jauh dalam keadaan cuaca yang sukar. Produk awal mereka terdiri dari meter rpm digital (tachometer), kotak aluminium untuk jelajah motosikal serta komputer motosikal kalis air.

Kesemua produk mereka diuji mereka sendiri dalam perjalanan panjang, contohnya, melalui Tibet, Bolivia, Mexico dan Afrika Selatan di bawah keadaan paling sukar dan juga digunakan dalam Rali Paris-Dakar. Touratech juga merupakan pembekal dan rakan pembangunan untuk beberapa jenama motosikal. Lebih 80 peratus produk Touratech dieksport melalui rangkaian jualan di seluruh dunia.



No comments: