MINI Clubman Sterling Edition Baharu diperkenal






MINI Malaysia, jenama kenderaan premium kompak yang sofistikated di Malaysia kini memperkenalkan MINI Clubman Sterling Edition baharu. Dibina khas dengan nilai estetik yang tiada tandingan dan cukup elegan, MINI edisi terhad baharu itu merupakan ekspresi sebenar kereta lelaki budiman yang moden. Ia hanya dibuka untuk tempahan secara dalam talian di www.mini.my/sterlingedition, pertama seumpamanya dalam industri automotif Malaysia. 

 
“Terhad kepada hanya 20 unit di Malaysia, MINI ini dihasilkan dengan versatiliti unik yang luar biasa dari segi konsep badan dan gaya individualnya," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun. "Dikenali sebagai kereta untuk lelaki budiman zaman moden, MINI edisi terhad ini dijangka mencetuskan keterujaan dan meninggalkan kesan dalam segmen kompak premium tempatan,”

Tempahan MINI Clubman Sterling Edition baharu hanya akan dibuka secara dalam talian di www.mini.my/sterlingedition, di mana jualan pantas bakal dibuat. Tempahan bermula pada Selasa, 15 Ogos hingga Sabtu, 26 Ogos 2017.

Untuk tempoh terhad, lengkap dengan jam kiraan detik, pelanggan perlu membuat tampahan MINI Clubman Sterling Edition mereka pada masa yang tepat. Mereka harus mengisi borang di laman web terbabit dan membuat pembayaran tempahan apabila tiba masanya.



Reka bentuk: Premium tetapi tidak terlalu menonjol.
MINI Clubman Sterling Edition baharu menawarkan nilai estetik dan elegan yang tiada tandingannya. Idea pintar, reka bentuk yang mengusik emosi, gabungan warna sofistikated dan material diadun bagi mencipta karekteristik untuk lelaki moden yang budiman, sofistikated dan yakin.

Salah satu ciri utama ialah warna badan perak (Melting Silver) dengan perumah cermin sisi dan bumbung diwarnakan hitam (Matte Black Jack). Penampilan itu diserlahkan lagi dengan simbol Black Union Jack pada bahagian scuttle sisi bagi mengingatkan asal-usulnya dari Britain. Rim khas MINI Yours Masterpiece bersaiz 18 inci didatangkan dalam warna hitam, seterusnya memberikan gaya elegan dalam apa jua keadaan. Dengan gaya, tumpuan terhadap perincian dan sofistikasi tingkat tinggi, MINI Clubman Sterling Edition baharu nyata menyerlah walaupun pertama kali tampil dalam bentuk sebegini.

Sama seperti sehelai jaket yang ditempah khas, garisnya dibiarkan dengan lebih jelas dan kontras berbanding warna jaket sebagai satu bentuk ekspresi karekter, kelas serta gaya pemiliknya. Konsep yang berani ini dinyatakan pada bahagian dalaman MINI Clubman Sterling Edition menerusi kombinasi warna biru (Indigo Blue) dan merah bata (Pure Burgundy). Ruang kabin berwarna Pure Burgundy itu juga hadir dengan ciri iluminasi MINI Yours yang membolehkan pemilik untuk memilih 12 warna yang telah ditala ke bahagian kemasan, untuk disesuaikan dengan mood dan kecenderungan pemandu serta penumpangnya.

Pemandu dialu-alukan oleh tempat duduk yang dibalut oleh upholsteri kulit lembut dan mewah Chester berwarna biru yang dihasil untuk memberi keselesaan kepada tangan pemandu melalui jahitan berbentuk diagonal. Tempat duduk generasi baru ini sebenarnya meniru sofa klasik Chesterfield. Bukan itu sahaja, reka bentuk tempat duduk sports itu menyerlahkan warisan British pada MINI. Pada masa yang sama memberikan interpretasi yang kontemporari ke atas karekteristik corak berliannya. 

Sterengnya juga mewakili pertukangan terbaik British. Ia dibalut dengan kulit Nappa yang lembut dan disempurnakan lagi menerusi jahitan tangan berwarna aluminium. Di bahagian bawah stereng, terdapat lencana union jack yang menjadi signaturnya.

Teknologi premium untuk memaksimumkan pengalaman.
Fungsi Parking Assist memarkir MINI baharu ke dalam ruang parkir selari secara automatik. Fungsi kawalan jarak parkir mengukur ruang kosong di antara dua buah kereta ketika kereta dipandu. Sebaik sahaja ruang parkir yang sesuai ditemui, MINI akan mengarahkan pemandu untuk berhenti. Kelajuan boleh dikawal melalui panduan yang dipaparkan pada skrin menggunakan stereng automatik. Mengundur masuk atau keluar dari ruang yang sempit kini semakin mudah kerana Kamera Undur memberikan paparan jelas tentang apa yang ada di belakang pemandu. Ia juga memberi panduan kepada pemandu supaya memandu di laluan yang betul.


MINI Connected, bantuan mobiliti peribadi yang baru.
MINI sememangnya dikenali kerana dua perkara: gaya dan dinamik pemanduan yang mengagumkan. Tetapi dengan pemilik menghabiskan banyak masa di dalam kereta, ciri utama MINI ialah sustem infotainmen tercanggih dikenali sebagai MINI Connected.

Antara muka infotaimen MINI Clubman Sterling Edition baharu memang cantik - dengan LCD beresolusi tinggi bersaiz 6.5” dipasang pada bahagian tengah speedometer bersama grafik yang menghiasi bahagian sekelilingnya. Infotaimen MINI Connected menampilkan lebih 30 juta lagu yang boleh distrim secara langsung ke dalam MINI. Antara muka Spotify yang intuitif ada pada skrin MINI, manakala semua fungsi kawalan mudah diakses menggunakan MINI controller yang kecil tetapi padat dengan pelbagai ciri.

Pemandu boleh memutar tombol kawalan untuk melihat menu, menolak ke bahagian sisi bagi meneroka antara muka tersebut dan tekan selepas item tertentu dipilih. Sebagai tambahan, maklumat standard seperti penggunaan bahan api semasa, jarak minyak sekarang dan lokasi terakhir boleh dilihat menerusi aplikasi telefon MINI Connected.  

Navigasi ke destinasi baru atau yang kerap dikunjungi kini semakin mudah. Temu janji dan alamat yang disimpan di dalam kalendar pemilik juga boleh digunakan sebagai destinasi yang ditetapkan terlebih dahulu. Menerusi sistem baru dan lebih canggih, panduan jalan dipaparkan secara serta merta sebaik sahaja pemilik MINI menyambungkan iPhone mereka dengan kereta.

Bantuan Tepi Jalan MINI.
MINI Clubman Sterling Edition baharu turut dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan selama 5 Tahun yang terbaru daripada MINI Malaysia. Ditawarkan ke atas semua kereta baharu MINI, ia hadir dengan senarai perkhidmatan yang komprehensif seperti talian On the Spot Hotline, Help on the Phone dan bantuan Kemalangan 24 jam, 365 hari setahun, Perkhidmatan Tunda Percuma dan apabila diperlukan (lebih 200km dari kediaman), Kenderaan Gantian, Tempat Tinggal, Penyelesaian Servis Mobiliti serta servis Penghantaran Pulang.

Program Bantuan Tepi Jalan MINI boleh diakses dengan menghubungi talian 1800-88-8808.


Kunjungi MINIFest 2017.
MINI Clubman Sterling Edition baharu akan dipamerkan pada acara MINIFest di Desa ParkCity! Berlangsung selama sehari pada Ahad, 20 Ogos, MINIFest 2017 akan menjadi tempat jualan MINI yang julung-julung kali diadakan, di mana penjual dan pemilik akan menjual pelbagai barangan gaya hidup, fesyen dan aksesori daripada but pelbagai jenis kereta MINI.

Festival itu menyaksikan pelbagai aktiviti disediakan untuk dinikmati oleh keluarga dan rakan-rakan. Aktiviti itu termasuklah pandu uji kereta MINI, menaiki belon udara panas, trak makanan dan jualan but kereta. MINI Malaysia turut menjemput kumpulan muzik dan DJ untuk membuat persembahan sepanjang hari.

MINI Clubman Sterling Edition baharu didatangkan dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun dan Servis Berjadual Percuma. Harga anggaran (di atas jalan tidak termasuk insurans untuk pendaftaran peribadi) ialah: RM 268,888.


No comments: