Komuter gaya superbike

 Sayang sekali kehadiran motosikal bersesaran rendah Suzuki mungkin kian pupus di negara ini. Lihat saja Suzuki GSX250R: berenjin kembar selari namun kelihatan seperti motosikal lumba, walaupun tunggangan dan kegunaannya lebih seperti komuter.

GSX-250R merupakan permulaan penampilan semula motosikal berkapasiti kecil Suzuki, dan ia kelihatan direka sangat menarik untuk para pelumba pemula. Di bawah liveri perlumbaan itu, walaupun hanya lojikuasa komuter, dan menurut ujian para penguji di luar negara, ia memberikan tunggangan yang santai, mudah dan menyenangkan.
Lampu depan dan fairing depan kelihatan hebat, dengan tayar jalanan IRC dan brek depan cakera tunggal. Paparan meter adalah dari jenis digital berlatar cahaya biru, lengkap dengan jam, tolok bahan api dan penunjuk kedudukan gear. Hiasan grafik dan kerja cat membawa inspirasi Suzuki MotoGP semasa.
Suzuki sudah sekian lama tidak mengeluarkan motosikal sports kelas kemasukan sejak GSX250F dahulu yang berenjinkan 4 silinder yang hebat dengan ruang simpanan helmet di tempat tangki bahan api palsu. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, model kemasukan Suzuki merupakan SV650. GSX-250R ini tampak seperti sebuah motosikal yang cantik dilihat.

Suzuki mempunyai sejarah pengeluaran motosikal sports yang hebat. Rangkaian model GSX-R terkenal dengan reputasi prestasi mengancam dan berfokus ke litar.
Namun motosikal ini bukan sebuah Gixxer, dan sebab itulah ia tudak dinamakan GSX-R250. Sebagai ganti sebuah enjin 4 silinder yang mungkin anda mimpikan dan inginkan, ia mendapat sebuah enjin kembar selari 248 cc yang ringan, dengan pemasaan injap aci sesondol tunggal SOHC yang dibangunkan daripada model Inazuma GW250 yang lebih ringan. Enjin ini berbekalkan 24.7 kuasa kuda dan tork 17.3 kilogram,  tidak banyak, namun mungkin cukup untuk menjadikan 250R sangat mesra alam sebagai sebuah motosikal pemula.

Harapnya ada yang berminat membawanya masuk ke Malaysia, dengan harga mampu miliklah, kan......







No comments: