Gasket Alley dibuka khas untuk Moto Guzzi

 Piaggio Asia Pacific dan Didi Resources secara rasminya telah membuka pusat Moto Guzzi 3S yang dikenali sebagai Gasket Alley, dengan pelantikan Stronghold Cycles dan Goh Brothers Motorcycles untuk mengendalikan bilik pameran dan perkhidmatan selepas jualan Moto Guzzi tersebut. Kedua dua pihak ini telah dikenal pasti mempunyai kemampuan bagi menawarkan nilai terbaik untuk menawarkan pengalaman yang unik kepada pelanggan mereka.

Pusat Moto Guzzi Gasket Alley ini merupakan fasiliti seluas 30,000 kaki persegi yang dikendalikan oleh Stronghold Cycles dan menawarkan gaya hidup seorang pemilik Guzzi di mana mereka boleh bersantai di restoran dan bar, kedai kustom dan pelbagai lagi.
 Bilik pameran Moto Guzzi berkonsepkan garaj yang membolehkan pelanggan menghalusi kreativiti mereka bagi menjadikan Guzzi milik mereka menyerlah dengan citarasa istimewa dengan pelbagai aksesori dan barangan yang disediakan. Untuk pusat khidmat lepas jualan, empat ruang telah didedikasikan dengan alat khas, diagnostik berkomputer, bilik alatganti dan juruteknik terlatih Piaggio bagi mengendalikan setiap permintaan pelanggan. Ia juga akan dapat mengendalikan perkhidmatan pembaikan badan dan cat.

Bersempena dengan pembukaan ini, Didi Resources juga merayakan ulang tahun ke lima puluh tahun model pertama Guzzi dengan memperkenalkan edisi terhad Moto Guzzi V7 III Anniversario. Hanya 1,000 unit akan dibina sedunia. Generasi ketiga Moto Guzzi ini yang dikenali dan disayangi di seluruh dunia telah dirombak sepenuhnya: setiap perincian telah disempurnakan dengan baik bagi memaksimumkan kepuasan pemilik dan keselesaan menunggang, namun mengekalkan keaslian dan gaya tersendiri motosikal ikonik ini.

No comments: