BMW G 310 R akhirnya tiba

 BMW Motorrad Malaysia bakal memperkenalkan BMW G310R serba baharu pada hujung minggu ini, Sabtu, 12 dan Ahad, 13 Ogos 2017 di Sepang Motorcross Track. Lokasi tersebut bkal menyaksikan Pusingan Kelayakan peringkat Malaysia bagi kejohanan BMW Motorrad GS Trophy 2017 Asia Tenggara.

G 310 R serba baharu ini dikatakan sebagai Roadster BMW bawah 500 cc yang dinanti nanti kehadirannya dalam pasaran negara.

BMW G 310 R ini berbekalkan karekter sebuah roadster BMW, namun masih disasarkan sebagai sebuah motosikal premium daripada BMW bagi menawarkan prestasi dinamik dan keselesaan, sama ada ketika ditunggang di bandar atau laluan kampung.

Dikuasakan oleh enjin 313cc satu silinder sejukan cecair, empat injap, DOHC suapan sutikan bahanapi elektronik bersesaran . Gerek 80 milimeter dan lejang 62.1 milimeter menghasilkan sebuah enjin 'oversquare' yang diletakkan dalam kedudukan terbalik dalam reka bentuk dek terbuka dengan kepala silinder diubah sebanyak 180 darjah. Ini membolehkan  salur kemasukan diposisikan menghadap ke depan, ke arah pergerakan motosikal. Ia menjanjikan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork maksimum 28Nm pada 7 500rpm, bagi memacu jentera seberat 158.5 kilogram basah ini. Pemetaan enjin BMW G 310 R serba baharu telah ditala semula untuk memenuhi piawaian pencemaran EU4. Kadar penggunaan bahan api kekal pada 3.3 liter bagi setiap 100 kilometer.

Suspensi roda hadapan menggunakan tupang atau fork jenis terbalik (upside-down) manakala roda belakang diapung lengan ayun aluminium bersama tupang berspring gegelung yang dipasang terus di atas. Kerangka tiub besi utamanya dipadankan dengan kerangka belakang jenis diikat skru (bolt-on).

Sistem brek ABS merupakan ciri standard kesemua motosikal BMW. ABS dua saluran ini mengawal roda hadapan dengan brek cakera tunggal 300mm bersama angkup empat omboh, dan diimbang oleh angkup terapung 2 omboh bersama cakera brek bersaiz 240 milimeter di roda belakang. Kluster instrumen G 310 R terdiri daripada paparan cecair kristal yang menawarkan bacaan yang jelas untuk pelbagai jenis maklumat. 

BMW G 310 R akan dilancarkan secara rasmi hujung minggu ini dan bakal berada di semua bilik pameran sah BMW Motorrad mulai minggu depan.





Harga atas jalan tanpa insurans, termasuk 6% GST) bagi motosikal baharu BMW Motorrad ini ialah:

            BMW G 310 R                                    -                       RM 26,900.00

No comments: