Plug anda cukup baik? Guna Brisk!

 
 Mungkin ada yang tak pernah dengar jenama ini. Brisk adalah salah sebuah pengeluar palam pencucuh atau plug terbesar di dunia. Berbekalkan 80 tahun pengalaman dalam pembuatan plug, Brisk USA mengkhususkan dalam penggunaan teknologi elektrod pusat perak dalam palam pencucuh prestasi tinggi dan juga  kegunaan perlumbaan, dan menawarkan pelbagai jenis palam pencucuh iridium, tembaga, palam pencucuh platinum dan malahan palam pencucuh jenis yttrium. Bagi mereka yang mencari kecekapan dan prestasi palam pencucuh maksimum, Brisk USA menawarkan beberapa reka bentuk plug yang dipatenkan khas, termasuklah palam pencucuh Brisk Multi-Spark dan LGS (Lamborghini design) yang dibuat khas untuk mereka.

Sama ada anda mencari palam pencucuh pemotong rumput, palam pencucuh motosikal, ATV, marin, atau plug untuk pemandu harian anda atau kereta yang dibina sepenuhnya untuk perlumbaan, Brisk USA adalah penyelesaian yang sesuai untuk semua keperluan plug anda. Brisk USA merupakan pengeluar plug yang pertama di dunia yang menawarkan reka bentuk bilah plat tunggal untuk mengelakkan palam pencucuh pemasangan kilang dari pecah atau patah di dalam kepala silinder enjin. Sejak itu, plug Brisk telah menjadi pilihan sebagai sebahagian daripada rekod enjin terpantas dunia seperti Mustang, LS, Hemi, Subaru dan banyak lagi.
 Plug Brisk menawarkan prestasi terbaik untuk motosikal anda, walaupun harganya mungkin hampir sepuluh kali ganda dari plug biasa. Satu saja masalahnya: sekali cuba pasti nak lagi!

Anda boleh dapatinya di beberapa kedai terpilih di Sentul, Kuala Lumpur atau bandar bandar besar berhampiran anda. Tak racing ler kalau tak pakai Brisk...!





No comments: