Khazanah Jepun ditemui di Sg Bakap!

Siapa sangka akan dapat menemui harta Jepun pada era 60 tahun selepas merdeka ini. namun khazanah yang dimaksudkan bukanlah harta karun atau longgokan emas seperti yang mungkin telah diceritakan bapa atau datuk anda dahulu. Ia nya merupakan himpunan ribuan basikal terpakai yang telah dibawa masuk secara pukal untuk ditawarkan kepada pasaran tempatan.
Basikal basikal terpakai ini terdiri dari pelbagai jenis, daripada basikal kanak kanak, BMX, basikal bandar atau city bikes, basikal elektrik, yang beroda tiga, hinggalah ke basikal kruiser klasik dan chopper dari Amerika Syarikat seperti yang berjenama Schwinn, Marina dan Southbay Bicycles. Anda juga boleh menemui basikal dengan gear tangan dan juga gear tengah seperti gear kereta yang pernah digunakan untuk basikal chopper satu ketika dulu.
Harga basikal di sini adalah mengkut jenis, keadaan dan juga aksesori. Basikal bandar tanpa gear ditawarkan dalam lingkungan harga RM250, dan naik ke RM350 jika dilengkapi sistem gear. Basikal lumba dan gunung (mountain bike) mungkin mencecah harga RM700 hingga RM1,000, begitu juga jenis basikal klasik kruiser.
Yang beroda tiga ditawarkan pada harga permulaan RM500 bagi yang belum dibaikpulih dan mampu mencecah seribu ringgit bagi yang telah dipulihkan lengkap dengan kesemua aksesorinya seperti bakul, gear dan lampu, malahan anda boleh memilih untuk memasang bangku kanak kanak jika mahu. Datang sendiri ke sana, selepas keluar di Tol Jawi, Pulau Pinang dari hala lebuhraya Utara Selatan PLUS.


























No comments: